You are on page 1of 1

Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar

Terima kasih saya ucapan kepada yang dihormati Pengerusi Majlis , yang berusaha Tuan
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn , Encik Kamarul Ahmad , yang
dihormati Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Hashim Musa , Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar ,
Puan Hasnah Othman , Penolong Kanan kokurikulum , Encik Majid , guru-guru , serta hadirin di
dewan ini . Salam sejahtera saya ucapan . Tajuk sceramah pada pagi ini ialah “Peranan Ibu Bapa
dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar".

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati ,


Masalah disiplin pelajar sering dikaitkan dengan gejala ponteng , buli , dan gengsterime .
Semua gejara ini memberikan kesan yang tidak baik kepada pelajar , baik
yang secara langsung mahupun yang tidak . Selain guru dan pihak sekolah , ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah disiplin pelajar . Ibu bapa sebagai
individu yang paling hampir dengan pelajar perlu sentiasa mengambil berat akan anak-anak
mereka , contohnya dengan memantau pergaulan anak-anak selain mengambil tahu perihal
rakan sebaya mereka . Rakan sebaya merupakan pengaruh dominan yang dapat mengubah
tingkah laku anak-anak . Oleh itu , wajarlah ibu bapa memastikan anak-anak mereka bergaul
dengan rakan yang baik . Ibu bapa juga perlu banyak meluangkan masa bersama-sama anak-anak
untuk mengurangkan penggantungan anak terhadap rakan sebaya di samping membantu anak
menyelesaikan masalah yang dihadapi .
Ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil dengan didikan agama dan akhlak yang baik, sesuai
dengan peribhasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya” . Didikan agama dapat menjadi
bentang kepada anak-anak selain membolehkn merek membezakan perkara yang buruk dengan
yang baik. Ibu bapa boleh mendidik sendiri atau menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas
agama seperti kelas KAFA, PAFA, dan sebagainya. Anak-anak yng dididik dengan sempurna sejak
kecil akan menjadi insan yan berguna kepada keluarga, msyarakat, dan negara.

Hadirin yang dikasihi,


Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah amat diperlukan dalam perkara-perkara yang
melibatkan pelajar. Ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh berpernan sebagai
orang tengah dalam menyelesaikan masalah antara pelajar, guru, dan masyarkat setempat.
Persatuan boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang menberi manfaat kepada pelajar. Ibu bapa
juga perlu membuang sikap terlalu memanjakan anak. Mereka perlu sentiasa berfikiran terbuka
dalam perkara-perkara yang melibatkan perilaku anak-anak. Perbincangan dengan pihak sekolah
dan persatuan merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Dengan
cara ini, perilaku negatif dapat dikurangkan seterusnya menggambarkan kerjasama erat antara
ibu bapa dengan pihak sekolah.
Tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah disiplin
pelajar. Kerjasama semua pihak dapat mengatasi masalah disiplin pelajar dan mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Sekian, terima kasih.

You might also like