You are on page 1of 3

Jenis Karangan: Fakta

Soalan: Ibu bapa ialah insan yang melahirkan dan mendidik kita sejak kecil hingga dewasa. Selaku anak, kita perlu

menghormati ibu bapa. Jelaskan cara-cara menghormati mereka. Panjang karangan kamu hendaklah antara 70-110

patah perkataan.

______________________________________________________________________________________

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa nikmat

kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru

sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka. Antaranya ialah dengan

menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik

untuk anak-anak. Sudah semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk

kebaikan kita. Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau membuat keputusan yang boleh

merosakkan kehidupan anak-anak.

Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara mendengar nasihat dan menerima setiap

teguran daripada mereka dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap

langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan demi

kebaikan kita sendiri.

Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara yang boleh kita lakukan

sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi

pendidikan kepada kita. Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga

kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar berjaya

mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.

Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti mengemas rumah,

mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu menjaga adik juga adalah

merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat

meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya berasa gembira dan bangga

mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada

kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga

dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada.
Jenis Karangan: Syarahan

Soalan: Hari ini merupakan Hari Ibu. Kamu telah menyertai pertandingan syarahan di sekolah kamu. Syarahan kamu

bertajuk “Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa”. Tuliskan syarahan tersebut. Panjang karangan kamu hendaklah antara

70-110 patah perkataan.

______________________________________________________________________________________

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya muliakan dan

rakan-rakan yang saya kasihi. Salam satu Malaysia dan selamat sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, saya, Sa Ziyang

dari kelas 6A akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa”.

Hadirin sekalian,

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.

Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita

lakukan untuk membalas jasa mereka.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah tentu

mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan

anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.

Selain itu, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia sebagai anak yang baik. Segala nasihat

mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan

bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.

Malah, kita juga haruslah bersikap ringan tulang membantu mereka. Penat lelah mereka mencari nafkah

menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka. Antara bantuan yang boleh dihulurkan

kepada mereka ialah mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, menjaga adik dan sebagainya.

Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa adalah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia

dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada Tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur

dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas menunaikan solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit-jerih mereka

membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan

pengorbanan mereka.
Jenis Karangan: Fakta

Soalan: Semua orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Setiap ahli keluarga mempunyai peranannya yang tersendiri

dalam membentuk keluarga bahagia. Tuliskan peranan tersebut. Panjang karangan kamu hendaklah antara 70-110

patah perkataan.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang

akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih. Ibu bapalah yang

akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Bak kata pepatah,”bagaimana

acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan,

yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru

berumur setahun jagung agar tidak terjebak dalam gejala yang negatif seperti merempit, meragut dan lain-lain.

Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang

penuh”. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah

“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh

diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di

samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa

janganlah begitu rakus mengejar kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.

Selain peranan ibu bapa, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-

sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya menjaga maruah

diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram,

menagih dadah dan sebagainya. Jika sudah berjaya, mereka hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap

seperti “kacang lupakan kulit”.

Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan sentiasa bersopan bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan

perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga seharusnya saling

membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dij injing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh

diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan

unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, Syurgaku.” Keluarga bahagia ialah

keluarga impian saya.

You might also like