You are on page 1of 1

Contoh esei : soalan 3 Selamat sejahtera, tuan pengerusi majlis yang dihormati , para guru yang disayangi dan

rakan-rakan yang dikasihi . Hari ini saya akan sampaikan satu ucapan yang bertajuk keluarga bahagia . setiap keluarga pasti mimpikan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia ialah kelurga yang saling menyayangi dan hormat menghormati antara satu sama lain . Bagi mewujudkan keluarga yang bahagia , setiap ahli keluarga mestilah memainkan peranan yang penting tanpa mengenal usia .dalam keluarga mestilah diterapkan nilai-nilai bertanggungjawab sesama ahli keluarga , saling berdikari dan tabah menghadapi sebarang cabaran serta saling sayang menyayangi antara satu sama lain . Malahan,semangat kekitaan perlu diterapkan .dengan ini, secara tidak langsung, akan terjalin hubungan yang erat dan wujudnya keluarga yang bahagia . Justeru itu, kita perlulah membentuk keluarga kita menjadi keluarga yang bahagia .dengan itu, keluarga kita akan melahirkan rakyat yang cemerlang. Kita seharusnya berbangga dilahirkan di Malaysia. Malaysia merupakan negara yang aman dan makmur. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah bersyukur dan berterima kasih kerana kita dapat hidup dengan aman sejahtera.

You might also like