You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA ENCIK DZULKIFLI BIN JAMHARI

GURU BESAR SK BATU 38


SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN YANG KE-57
PERINGKAT SEKOLAH 2014

Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia kepada warga SK Batu 38,


Yang dihormati Puan Hajah Noormah Binti Naroddin, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati Puan Alizah Binti Johari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati Encik En. Ahmad Sibaweh Bin Jaafar Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati Pn. Zahrah Bt. Ahmad Ismail, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada
hari ini sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Batu 38 bagi
tahun 2014.
Guru-guru dan murid sekalian,
Sesungguhnya, kehadiran warga SK Batu 38 pasti akan menyemarakkan lagi program
kita pada pagi ini dan seterusnya memberi sokongan yang padu dalam setiap aktiviti
yang telah dianjurkan. Terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa induk serta ahli
jawatankuasa kecil sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan kerana usaha
gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana, merancang, menyusun sekali gus
menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan pada majlis sambutan ini di
peringkat sekolah.

Hasil permuafakatan dan canaian idea yang bernas ahli jawatankuasa induk dan ahli
jawatankuasa kecil Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ini maka lahirlah pelbagai
program dan aktiviti yang dirasakan cukup mantap dalam melahirkan warga SK Batu 38
yang patriotik serta nasionalis.
Guru-guru dan murid sekalian,
Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini kesemuanya berpaksikan
kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam
kalangan kita semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak lalu dandang
di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi kita semua menumpahkan taat setia
dan meluahkan kecintaan buat negara Malaysia yang tercinta.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada
rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecap kehidupan
dalam suasana yang harmonis, aman serta sejahtera.
Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih selesa, harmoni dan
makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum.
Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. Oleh
itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan
Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah
menjadi taruhan.
Kita juga seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam mencorakkan
murid-murid yang berjiwa patriotisme dan kental akar umbi nasionalismenya. Mereka
inilah yang bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti.
Saya amat bertuah dan berbangga kerana warga SK Batu 38 selama hari ini telah
menunjukkan sikap yang positif, saling membantu serta bekerjasama dalam setiap
bidang pekerjaan. Ia cukup sejajar dengan budaya kerja kita yang mementingkan

semangat berpasukan. Benarlah sudah kata bidalan, yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing dan pasti apa jua pekerjaan yang dilakukan akan berhasil. Dalam
setiap aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah, warga SK Batu38 telah
membuktikan permuafakatan dan perpaduan yang telah terjalin sekelian lamanya
menjadi resipi kelancaran penganjuran program tersebut.
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan
syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang
telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Peringkat SK Batu 38 bagi tahun 2014.
Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan Peringkat SK Batu 38 bagi tahun 2014.
Sekian, terima kasih.

You might also like