You are on page 1of 2

Terima kasih pengacara majlis

Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang diraikan Tuan / Puan _____________________________


Penolong-penolong Kanan, Yang Dipertua PIBG, guru kanan, guru, pemimpin
pelajar
dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.

Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata
dalam majlis meraikan persaraan hj yahya b wagiman guru tingkatan 6 SMK
TTA. Selama setahun saya mengenali hj yahya di SMKTTA ini, saya
berpendapat bahawa beliau seorang guru yang sejati dan berjaya
melaksanakan segala tugas keguruan beliau dengan cemerlang.

Pengalaman HJ yahya cukup luas justeru telah berkhidmat di 2 buah


sekolah rendah dan 3 sekolah menengahsebelum  bergelar guru di SMK
______________ sejak tahun 1989, iaitu bersamaan 32 tahun lamanya.
Sudah pasti bahawa sumbangan dan bakti _________________ tidak
terhitung jumlahnya dalam konteks kemajuan dan perkembangan sekolah
yang kita kasihi ini.

Saya percaya bahawa warga SMK TTA akan berasa kehilangan seorang
pendidik yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi pelajar yang pernah
menerima bimbingan ikhtisas beliau dan rakan sejawatan. Bagi mereka yang
tidak mengenali ___________________, beliau mungkin kelihatan pendiam,
tetapi sebenarnya mudah mesra dan tidak lokek berkongsi kepakaran dan
pengalaman.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian tatacara


operasi piawai atau S.O.P. di semua peringkat organisasi pendidikan,
termasuklah sekolah. Tujuan utama majlis ialah untuk menghargai segala
jasa yang telah ditaburkan demi kepentingan perkhidmatan dan kemajuan
organisasi tempat seseorang pegawai itu bertugas.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.Cikgu Hj yahya


sudah tentu meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam ingatan
sampai bila-bila. Di SMK TTA ini Hj yahya membimbing pelajar sepenuh jiwa
dan raga. Di sini juga, beliau bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian
pelajar STPM cemerlang saban tahun, di samping melaksanakan tugas lain
yang diamanahkan dengan jayanya.

Bagi pihak sekolah dan majikan, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia,


saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala
bakti, pengorbanan dan susah payah yang Beliau lalui semata-mata untuk
menyumbang terhadap pendidikan generasi muda Malaysia sebagai modal
insan terbilang.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada
cikgu yahya
           Pisang emas pisang berangan
           Selang seli si pohon ara
           Bersara tuan terasa kehilangan
           Doa kami tuan sejahtera

Selamat bersara cikgu yahya b wagiman .

Sekian ucapan saya. Terima kasih.

You might also like