You are on page 1of 3

UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU

Terima kasih pengacara majlis


Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang diraikan Pn Khamisah binti Yusof,


Yang Berusaha, Ust Md Fouzar bin Norsirin, Guru Besar Cemerlang, SK Simpang Durian,
Yang Dihormati En, Nor Azshahrin b.
Yang Dihormati En. Radzuan bin Jaamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Rakan-rakan guru, rakan-rakan staf sokongan, seterusnya hadirin dan hadirat yang
dirahmati Allah.

Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata dalam Majlis
Sanjungan Budi Lambaian Kasih Dan Majlis Sambutan Hari Guru SKSD 2021. Majlis ini kita
adakan untuk meraikan persaraan Pn Khamisah binti Yusof, Mantan GPK1 SK Simpang
Durian dan juga Majlis Sambutan Hari Guru 2021. Walaupun saya hanya mengenali beliau
selama 1 tahun 3 bulan 13 hari di SK Simpang Durian ini, saya dapat lihat keakraban dan
keserasian Pn Khamisah bt Yusof dengan seluruh warga sekolah, sama ada dikalangan rakan
pentadbir, rakan guru, mahupun staf sokongan, pekerja pembersihan dan pengawal
keselamatan. Sesungguhnya Pn Khamisah binti Yusof seperti Ibu di sekolah ini, tempat
anak-anak mengadu dan berkongsi cerita, seorang pemimpin yang mudah di dekati dan
mudah berbincang mengenai apa juga tugasan yang perlu diselesaikan. Selaku ibu dan guru
paling senior di sekolah ini, Pn Khamisah bt Yusof sentiasa menjadi suri teladan yang baik
kepada seluruh warga sekolah. Amat sesuai jika saya mengatakan bahawa Pn. Khamisah bt
Yusof merupakan GURU IKON SK SIMPANG DURIAN.
menjadi contoh, mencurah ilmu,
tak kenal lelah, tak tahu jemu;
dialah cikgu khamisah, dialah ibu,
besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 30 November 2021, setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun
1989, dengan menabur bakti sebagai pendidik selama 32 tahun akhirnya Pn Khamisah binti
Yusuf yang mesra dipanggil Kak Khamisah memilih untuk bersara secara pilihan pada hari
lahir ke-57 beliau. Pengalaman Kak Khamisah cukup luas justeru telah berkhidmat di tiga
buah buah sekolah rendah, dan menjadi pentadbir di dua buah sekolah.

Saya percaya bahawa warga seluruh warga SK Simpang Durian berasa kehilangan seorang
pendidik yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi anak-anak murid yang pernah
menerima bimbingan ikhtisas beliau.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian tatacara operasi piawai


atau S.O.P. di semua peringkat organisasi pendidikan, termasuklah sekolah. Tujuan utama
majlis ialah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan demi kepentingan
perkhidmatan dan kemajuan organisasi tempat seseorang pegawai itu bertugas.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pn Khamisah binti Yusuf sudah
tentu meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Di SMK
BAKTI ini BELIAU membimbing pelajar sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga, PN KHAMISAH
BINTI YUSOF telah bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian pelajar ……………
cemerlang saban tahun, di samping melaksanakan tugas lain yang diamanahkan dengan
jayanya.
Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram petang yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

Kak Khamisah panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia


Pada SKSD juga yang setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Ustazah Santi dan Ustazah Adura juga


Bekas pelajar Kak Khamisah jua
Lihatlah betapa dedikasinya mereka
Hasil didikan Cikgu Khamisah Kita

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Khamisah kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selama-lamanya


Jasamu cikgu Khamisah tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kita


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim kita terus terpatri
Biarpun cikgu Khamisah tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami di sini sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Khamisah sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sekeluarga hendaknya.

Bagi pihak sekolah dan majikan, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah
payah yang PN KHAMISAH BINTI YUSOF lalui semata-mata untuk menyumbang terhadap
pendidikan generasi muda Malaysia sebagai modal insan terbilang.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada PN KHAMISAH
BINTI YUSOF
Pisang emas pisang berangan
Selang seli si pohon ara
Bersara puan terasa kehilangan
Doa kami puan sejahtera

Terbang bebas si rama-rama,


Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.

Indah panorama menghias alam,


Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas.

Tampak dari Tanjung Agas,


Menggamit rindu datang ke mari;
Rinduan kami tetap berbekas,
Kenangan bersama memahat memori.

Menggamit rindu datang ke mari,


Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.

Teman sepermainan di tengah laman,


Pakat bersama menunggang kuda;
Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa kiranya ada.

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masa cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Selamat bersara PN KHAMISAH BINTI YUSOF, Mantan GPK 1, SK SIMPANG DURIAN.

Sekian. Terima kasih.

You might also like