You are on page 1of 1

Yang berusaha, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong kanan HEM, , Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Margarate Tina yang

dirai, guru-guru, kumpulan pelaksana, dan rakan-rakan perjuangan sekalian. Salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini. Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Margate Tina Ak Minor akan berpindah. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dengan perpindahan ini. Perpindahan beliau ini menyebabkan kami kehilangan seorang guru berdedikasi yang kami sayangi. Beliau telah mengajar di sekolah ini selama 9 tahun. Selama beliau di sini, beliau bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau membimbing dan menasihati kami tanpa berasa jemu. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan jadikan panduan hidup. Jasa beliau tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Saya mewakili semua murid SK Ng Encheremin mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan tingkah laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu sukar untuk kami membalasnya. Tiada hadiah yang mampu kami berikan, hanya keputusan UPSR yang cemerlang mampu kami janjikan sebagai hadiah paling bermakna buat cikgu. Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baharu dan dapat menjalankan tugas dengan selesa, dan sentiasalah ingat kami di sini. Harapan kami agar kita dapat berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

You might also like