You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT

PETI SURAT 18, BANDAR PENAWAR


81900 KOTA TINGGI
JOHOR
TEL: 019-7507798
Email: sktgsurat@gmail.com

Ruj Kami : JBA3022/200-2/9(11)


Tarikh : 14 November 2018

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Agama Tanjung Surat,
81930, Kota Tinggi,
Johor Darul Ta’zim.

Tuan,

PERMOHONAN MEMBERI KEBENARAN KEPADA MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 UNTUK MENGIKUTI


PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
BERSAMA SK PASIR GOGOK 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah mengadakan program perkhemahan integrasi unit
beruniform dengan ketetapan berikut:

Tarikh : 15 November sehingga 16 November 2018


Hari : Khamis sehingga Jumaat
Tempat : Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat

3. Pihak SK Tanjung Surat ingin memohon kepada Sekolah Agama Tanjung Surat memberi
kebenaran kepada murid tahun 4, 5 dan 6 untuk mengikuti Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform TKRS
pada hari sekolah petang dijalankan.

4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………

You might also like