You are on page 1of 5

NAMA LING IK SIN

KUMPULAN :PISMP PJ(A) AMB JAN 2014


N0.KAD PENGENALAN :930701-13-5989


Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program
khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah
dilaksanakan di ASRAMA ANAK YATIM PERKIM pada 23 Ogos 2014 yang lepas.
Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang
semester ini, selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas
kerana saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa
dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas
menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan
manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.
Pertama sekali, saya sedar bahawa guru dan pentadbir sekolah haruslah sentiasa
prihatin dan mencuba untuk memenuhi keperluan fisiologi murid-muridnya. Hal ini
demikian kerana pada hari tersebut kami dikehendaki untuk berkumpul di Astaka
pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas ke situ tanpa memakan sarapan pagi.
Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan program khidmat
masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan menyediakan
sarapan pagi iaitu roti untuk kami. Sememangnya penyediaan sarapan pagi tersebut
memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita harus
sentiasa memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah makanan dan
minuman. Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan
psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan
potensi diri, belajar perkara baharu, memanipulasikankeupayaan diri sepenuhnya
serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Daripada insiden ini, ia
memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi seorang guru kelak,
saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka dapat belajar
dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada pagi
tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang
terbaik pada hari tersebut.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan
sanggup berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang
diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Hal ini
demikian kerana apabila kami sampai ke destinasi kami, iaitu ASRAMA ANAK YATIM
PERKIM, Kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan yang pertama
ditugaskan untuk mengutip sampah, kumpulan yang kedua ditugaskan untuk
membersihkan dewan tersebut, dan kumpulan yang ketiga diberi tugas
membersihkan dapur, serta melakukan kerja-kerja khas .Saya berasa sangat terharu
apabila semua peserta termasuk saya menerima apa-apa kerja yang diamanahkan
kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah memberikan
satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup berkhidmat
untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk tujuan
kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada
masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid dan
sekolah kita. Secara peribadi, saya dan rakan-rakan sekelas saya diketegorikan
dalam kumpulan satu pada hari tersebut. Namun, kami tetap memberikan bantuan
kepada kumpulan tiga dan kumpulan dua apabila mereka memerlukan bantuan kami.
Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup
dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan
kepada mereka yang memerlukan bantuan kami, tanpa mengira kaum dan bangsa.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu
sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya
adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana rumah anak yatim
yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan
dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang
sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang
diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi,
jelaslah di sini bahawa program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan
ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.
Bukan itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat membantu kami
mengenali rakan-rakan bangsa Melayu di rumah anak yatim. Saya sedar dan
mengaku bahawa biasanya kumpulan kami yang terdiri daripada semua guru pelatih
berbangsa Cina kurang bergaul dengan kaum Melayu dari kumpulan-kumpulan lain di
kampus. Namun, pada program khidmat masyarakat ini, kami berasa bertuah kerana
berpeluang bergaul dan berkongsi pendapat dengan mereka yang berlainan
bangsa.Daripada pergaulan dengan anak yatim berbangsa melayu sepanjang
program khidmat masyarakat ini, kami berpeluang untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi mereka,
cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan sebagainya. Walaupun masa
pergaulan kami dengan mereka hanyalah selama setengah hari sahaja, namun kami
berharap agar kami dapat bertemu lagi dalam program khidmat masyarakat yang
akan diadakan pada masa yang akan datang.
Selain daripada menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kapada kami dalam
kumpulan tiga, kami juga pergi meninjau dan memberikan bantuan kepada
kumpulan-kumpulan yang lain sekiranya perlu. Sebagai contoh, kami telah pergi
meninjau kumpulan dua yang menjalankan tugas membersihkan dewan pada asrama
tersebut. Daripada pemerhatian kami berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan oleh
ahli-ahli kumpulan tersebut, saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba
boleh, kita haruslah mempunyai unsur-unsur kekreativiti dan inovasi dalam
menjalankan rutin tugas kita. Hal ini demikian kerana kumpulan tersebut telah
menghiasi dewan sekolah tersebut dengan begitu kreatif sekali, sehingga dewan
tersebut nampak berbeza dan cantik sekali juga berbanding dengan keadaan asal
dewan. Ini menyedarkan saya bahawa kekreativitian ini adalah begitu penting sekali,
khususnya bagi kita yang akan bergelar guru pada masa depan. Hal ini demikian
kerana kita perlu kreatif dalam merancang set induksi, merancang pelan mengajar,
merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang P&P, mereka kertas soalan,
mengendalikan projek-projek kelas, dan banyak lagi. Tanpa unsur kreatif, murid-murid
akan berasa bosan dan kesannya, mereka tidak dapat menerima dan menerap apa
yang hendak kita sampaikan. Oleh itu, mula dari sekarang, saya akan cuba
mencungkil potensi kreativiti yang terpendam dalam diri saya agar saya dapat
menjalankan rutin tugas saya dengan kreatif, lancar dan sempurna pada masa depan
kelak.
Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna
dan penting melalui program khidmat masyarakat ini, iaitu bersosial dengan orang
lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai
manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan
golongan yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata
lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai,
kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan
bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita. Dengan mengambil
contoh khidmat masyarakat pada kali ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dan
berbual-bual dengan mentor dan anak yatim dalam program khidmat masyarakat
pada hari tersebut. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat
penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain
dengan baik. Malah, saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah
berani berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang
harmoni dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa
atau memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, mustahil saya akan
dapat mendapatkan maklumat atau infomasi.
Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis kerana menyediakan
program khidmat masyarakat ini bersempena dengan kursus Bina Insan Guru untuk
mengisi masa lapang kami dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru
yang sentiasa tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan
meningkatkan semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi
dan cinta akan pekerjaannya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Encik Elias dan Ideris aitu penyelaras program khidmat masyarakat
kerana sentiasa membantu kami sepanjang program khidmat masyarakat ini. Saya
yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala
aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat ini dapat
dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua
aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan
pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang
lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa
yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya
untuk menyertai aktiviti ini.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan
lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang
berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau
rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat
memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik
anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,
saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat
masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun

You might also like