You are on page 1of 6

TUGASAN 1: LAPORAN TEMU BUAL

Pada 12 hingga 16 Mac yang lalu, saya telah menjalankan program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kota Bharu.
Sehubungan dengan itu, saya juga telah dibekalkan dengan tugasan kerja kursus Budaya
Dalam Pembelajaran iaitu menjalankan pemerhatian tentang pelaksanaan program-program
kepelbagaian budaya yang telah berlangsung di sekolah serta dikehendaki menemu bual
pihak pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dari segi objektif dan
matlamat, tujuan, pengisian serta implikasi program-program tersebut terhadap murid-murid.

Semasa menjalankan PBS di sekolah tersebut, secara kebetulannya Sekolah


Kebangsaan Padang Garong 2 telah menjadi tuan rumah bagi program Majlis Tilawatul
Quran (MTQ) bagi sekolah di sekitar jajahan Kota Bharu. Oleh itu, saya telah menggunakan
modus operandi ini untuk mengetahui sejauh mana program MTQ ini menitikberatkan
tentang sosiobudaya terhadap murid-murid dalam komuniti sekolah. Dengan ini, saya telah
menemu bual Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2 iaitu
Puan Fauziah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang berlangsung ini.

Menurut Puan Fauziah, objektif dan matlamat Sekolah Kebangsaan Padang Garong
2 menawarkan diri sebagai tuan rumah bagi program MTQ kali ini ialah untuk memberikan
pendedahan pengurusan kerja kepada guru dan juga murid-murid tentang program besar –
besaran yang melibatkan penglibatan pelbagai sekolah di sekitar Kota Bharu. Hal ini
demikian kerana, guru-guru di sekolah ini belum pernah lagi terlibat secara langsung dalam
menganjurkan program besar-besaran seperti ini. Selain itu, dengan penganjuran MTQ ini
juga dapat mendedahkan pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2 kepada
persekitaran yang baru iaitu dapat berkenalan serta menjalinkan persahabatan dengan
pelajar dari sekolah lain di samping mengukuhkan kemahiran sosial pelajar untuk bersosial
dengan masyarakat luar.

Jikalau sebelum ini pelajar hanya berinteraksi dengan rakan satu sekolah sahaja,
melalui penganjuran ini, secara tidak langsung pelajar yang terlibat dalam acara MTQ akan
membuka mulut untuk bertanya khabar kepada pelajar dari sekolah lain. Antara
pertandingan yang telah dipertandingkan ialah hafazan bagi kategori lelaki dan perempuan,
tilawah Al-Quran bagi kategori lelaki dan perempuan, bercerita bagi kategori lelaki dan
perempuan juga nasyid bagi kategori lelaki dan perempuan. Jikalau dilihat secara kasar,
program MTQ ini memberikan peluang kepada kesemua murid tidak kira jantina untuk
meyertai setiap pertandingan yang telah dipertandingkan.

1
Oleh itu, program MTQ ini tidak terhad kepada satu jenis jantina sahaja. Maka,
secara tidak langsung hal ini dapat mencungkil bakat yang terpendam di dalam diri setiap
pelajar di samping memberikan keseronokan kepada pelajar untuk mereka membuat
persembahan. Apabila sesuatu kemahiran telah dilatih dan digilap, maka dengan ini akan
memberikan kesan yang positif kepada diri pelajar itu sendiri iaitu mereka dapat
mengembangkan lagi bakat yang ada ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Implikasi daripada berlangsungnya program MTQ ini ialah dapat mengeratkan


hubungan antara guru dan juga murid-murid. Hal ini demikian kerana, apabila guru hendak
menghias dewan, menyusun kerusi dan mengangkat barang, khidmat tenaga kerja muridlah
yang amat diperlukan bagi meringankan tugas mereka. Melalui pertolongan yang diberikan
ini, secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan juga murid-
murid di samping memupuk rasa kepunyaan dalam diri setiap murid. Selain itu, bagi murid
yang menyertai pertandingan pula, tidak ketinggalan juga untuk cenderung lebih rapat dan
mendengar arahan guru yang telah melatih serta membimbing mereka di samping
memberikan mereka motivasi untuk terus mengharumkan nama sekolah dalam acara yang
dipertandingkan.

Kesimpulannya, melalui program yang dijalankan ini, sedikit banyak dapat


memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid dan juga guru. Setiap individu
membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya
merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Hal ini demikian
kerana, budaya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan mempengaruhi pandangan serta
perasaan seseorang. Oleh itu, melalui program yang telah dijalankan ini, secara tidak
langsung dapat membentuk iklim sekolah yang memberi kesan kepada pengalaman
pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.

2
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya banyak bergantung pada
pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan pembelajaran yang berkesan akan
menjadikan objektif pengajaran yang dirancang dapat dicapai dengan baik tanpa sebarang
halangan dan kekangan. Setiap guru haruslah peka bahawa pengurusan pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja dalam memastikan agar pelajarnya mencapai hasil
pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, tetapi guru haruslah menyedari bahawa hasil
pembelajaran kemahiran insaniah tidak wajar diketepikan begitu sahaja. Hal ini juga
merupakan satu tuntutan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu,
terdapat beberapa usaha yang telah diutarakan agar Cikgu Hamzah berupaya mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya.

Antaranya ialah, Cikgu Hamzah boleh menggunakan kepelbagaian aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan perbezaan budaya murid di mana terdapat
ramai murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Menurut Chris
Watkins (2005), sejak dua dekad yang lalu kajian empirikal menunjukkan perbezaan antara
budaya mempunyai kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan. Sehubungan
dengan itu, Cikgu Hamzah perlulah peka dengan faktor ini dalam merancang dan
menguruskan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid daripada latar belakang
yang berbeza dapat menerima peluang pembelajaran yang sama. Antara aktiviti yang boleh
Cikgu Hamzah lakukan ialah menjalankan aktiviti dalam bentuk berkumpulan ataupun
berkolaborasi sesama sendiri untuk menyelesaikan masalah. Misalnya dalam matapelajaran
sains iaitu melalui penyelesaian eksperimen.

Menurut Haliza Hamzah (2009), melalui kaedah ini, secara tidak langsung mereka
akan bekerjasama menggembleng tenaga antara ahli kumpulan di samping menggalakkan
perkongsian idea, pandangan dan pendapat untuk menyelesaikannya. Secara tidak
langsung permasalahan yang terdapat di dalam bilik darjah dapat dielakkan. Seterusnya,
Cikgu Hamzah mestilah memainkan peranan sebagai agen penyatuan di dalam kelas.
Sepertimana yang kita ketahui, pelajar di dalam kelas Cikgu Hamzah seringkali
menimbulkan ketidakfahaman antara mereka sesama sendiri di mana pelajar lelaki sering
menyindir pelajar perempuan, pelajar pandai sering memulau pelajar yang lemah dan
pelajar yang berada sering mengejek pelajar yang miskin. Bagi mengatasi permasalahan ini,
Cikgu Hamzah perlulah meletakkan mereka semua ke dalam satu kumpulan meja di dalam
kelas.

3
Hal ini demikian kerana, apabila kerap kali berlaku interaksi antara mereka, secara
tidak langsung akan wujudnya perasaan sayang serta empati dalam diri pelajar setelah
mengetahui keadaan sebenar tentang latar belakang setiap pelajar. Pada waktu inilah
mereka berfikir bahawa pelajar yang pandai tidak sepatutnya memulau pelajar yang lemah.
Sebaliknya membimbing mereka supaya berjaya dan dapat memahami isi pengajaran yang
telah dipelajari. Selain itu, Cikgu Hamzah juga boleh menggunakan aktiviti “one stay two go
around” sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Untuk menjalankan
aktiviti ini, Cikgu Hamzah mestilah terlebih dahulu memberikan kuliah kepada anak
muridnya dan selepas itu membahagikan mereka ke dalam beberapa kumpulan.

Selepas itu, Cikgu Hamzah perlulah melantik seorang ketua yang akan bertindak
sebagai cikgu ataupun moderator. Kebiasaannya disuruh pelajar yang pandai di dalam kelas
untuk menjadi cikgu di samping akan menerangkan semula subjek yang telah dipelajari.
Misalnya kumpulan A terdiri daripada tiga orang ahli berbincang tentang keperluan asas
haiwan manakala kumpulan B juga terdiri daripada tiga orang ahli dan berbincang tentang
keperluan asas tumbuhan. Setelah mendengar penerangan dan perbincangan dalam
kumpulan masing-masing, dua orang daripada ahli setiap kumpulan A dan B akan bertukar
kumpulan tetapi akan ada seorang yang akan tunggu di dalam kumpulan asal mereka iaitu
pelajar yang bertindak sebagai cikgu. Menurut Amir Hasan Dawi (2006) input yang akan
diperoleh adalah lebih luas di samping dapat menggalakkan interaksi antara pelajar di
samping mengelakkan aktiviti pulau-memulau antara pelajar pandai dan lemah. Secara tidak
langsung aktiviti ini dapat memupuk kefahaman pelajar di samping mewujudkan kelas yang
mesra budaya.

Akhir sekali, Cikgu Hamzah juga boleh menjalankan aktiviti main peranan ketika
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti main peranan yang boleh
dilakukan oleh Cikgu Hamzah ialah melalui lakonan. Misalnya Cikgu Hamzah ingin
mengajarkan tentang haiwan peliharaan. Oleh itu, Cikgu Hamzah mestilah menyediakan
beberapa topeng haiwan peliharaan untuk dipakaikan kepada murid. Contoh haiwan
peliharaan tersebut ialah lembu, ayam, itik dan juga kambing. Apabila Cikgu Hamzah
menyebut lembu, pelajar yang memakai topeng lembu akan membunyikan bunyi lembu iaitu
“moo” dan diikuti dengan bunyian haiwan yang lain. Melalui cara ini, setiap pelajar akan
bekerjasama untuk memainkan peranan masing-masing tidak kira pelajar itu kaya, miskin,
pandai ataupun kurang pandai. Dengan menjalankan aktiviti main peranan ini, mereka tahu
bahawa mereka sangat penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran di samping dapat membaiki masalah sosial mereka. Maka secara tidak
langsung Cikgu Hamzah dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan
mesra sosiobudaya.

4
Kesimpulannya, persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra sosiobudaya
adalah sangat penting kdalam mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan
harmoni. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang
guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Menurut Noriati A. Rashid (2011), menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid
dalam menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya. Dalam
usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri
fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang
dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan
pelajar yang  lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan.
Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak
langsung dapat  mengurangkan permasalahan di dalam kelas. 

5
RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah

Laku. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.

Noriati A. Rashid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.

Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. KualaTanjung

Malim: Quantum Books.

Chris Watkins. (2005). Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?.

Routledge Taylor & Francis Group.

You might also like