You are on page 1of 5

JENIS-JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

JENIS-JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Sekolah Khas (Berasrama)
Sekolah Khas (Harian)
Program Inklusif
Program Integrasi
Sekolah Vokasional Khas
Kelas Khas

SEKOLAH KHAS
 Program Sekolah Khas menempatkan kanak-kanak yang mengalami satu kategori
masalah ( kecacatan), contohnya bermasalah pendengaran atau bermasalah
pendengaran.
 Sekolah khas diwujudkan bagi mengumpul dan menempatkan nurid-murid dengan
keperluan khas
 Peruntukan dan bantuan mudah disalurkan
 Pelajar bergaul dan berinteraksi dengan rakan mereka yang sama ketidak upayaan
 Sehingga kini terdapat 28 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah
 23 Masalah pendengaran dan 4 sekolah masalah penglihatan sekolah rendah
 1 untuk masalah pendengaran 2 masalah pendengaran dan 1 untuk semua kategori

MBK TINGGAL DI DALAM


SEKOLAH ASRAMA SEKOLAH
KHAS PEMBELAJARAN SEPERTI
SEKOLAH BERASRAMA PENUH
BERASRAMA

MURID TINGGAL DI LUAR


SEKOLAH TIADA KEMUDAHAN ASRAMA
KHAS DIS EDIAKAN
IBU BAPA MENGHANTAR DAN
HARIAN AMBIL ANAK MEREKA

PROGRAM INKLUSIF
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 Program Percantuman adalah program yang mnempatkan kanak-kanak khas


bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan ,bermasalah pendengaran
bermasalah pembelajaran belajar di sekolah biasa tetapi dalam kelas yang berasingan
daripada murid biasa.
 Program yang dibuka di sekolah harian biasayang mempunyai kelas pendidikan khas
yang diubahsuai.
 Program disleksia dan autisme
 program intergrasi ialah program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas
di sekolah-sekolah biasa. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah
dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan atau separa inklusif

Pelaksanaannya
•Sekolah Harian Biasa
•Sekolah Menengah Teknik / Vokasional

Pendekatan Proses Pembelajaran


•Pengasingan
•Separa Inklusif

PENDIDIKAN VOKASIONAL
 Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala BPK bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
 Murid MBK yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional
(MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau
sekolah menengah teknik.
 sekolah menengah pendidikan khas vokasional itu kini terdapat di Inderaputra, Johor;
Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Merbok, Kedah.
 sekolah pendidikan khas vokasional, yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK), sebagai usaha memastikan
golongan itu turut menikmati akses pendidikan di tahap lebih tinggi.

PRA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS


 Satu program pendidikan khas yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak
pada peringkat umur 5-6 tahun. Mengkhusus kepada pendidikan Intervensi awal terdiri
daripadagabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan
kemahiranmotor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga sebelum mereka di
tempatkan di sekolah rendah.

 Peringkat ini amat penting kerana Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk
mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya
menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.

 Pendidikan awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepadakeluarga dan


masyarakat. Memberi impak yang positif kepadapersekitaran terdekat kanak-kanak
berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiapindividu dalam sesebuah komuniti perlu sedar
akan tanggungjawab masing-masingke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003)

PERMATA KURNIA

PERMATA Kurnia telah dibangunkan untuk mencapai objektif berikut

 Mendidik kanak-kanak autisme menjadi berdikari dan memberi sumbangan kepada


masyarakat

 Memperkasakan ibu bapa untuk membolehkan mereka menyediakan penjagaan yang sesuai
bagi memupuk perkembangan kanak-kanak autisme.

 Menyediakan latihan dan konsultasi kepada guru dan ahli terapi tentang penggunaan
strategi-strategi berasaskan penyelidikan dalam mendidik kanak-kanak autisme

 Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap autisme dan cabaran yang dihadapi oleh
kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.

 Menjadi model kepada pusat-pusat autisme yang akan dibina pada masa akan datang di
seluruh negara.

PROGRAM SELEPAS PENDIDIKAN KHAS

Di samping itu juga Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menghadkan Program Pendidikan Khas
berakhir di peringkat menengah sahaja ianya perlu diteruskan sehinggalah ke peringkat yang lebih
tinggi lagi apabila golongan istimewa ini diberi peluang memasuki bidang teknik dan vokasional yang
menyediakan kursus tertentu untuk diceburi mereka dan antara peluang dan tempat yang
disediakan oleh kerajaan bagi golongan berkeperluan khas ini adalah seperti:
1.

Politeknik Johor Bahru, Johor

a) Jabatan Hospitaliti dan Fesyen yang memfokuskan kepada Kemahiran Khas Fesyen dan Pakaian
dan Kemahiran Khas Hotel dan Katering

b) Jabatan Rekabentuk yang memberikan tumpuan kepada Kemahiran Khas Rekabentuk Grafik.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

a) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang memberikan Kemahiran Khas Penyelenggaraan Mekanikal 1

2. Politeknik Ungku Omar, Perak

a) Jabatan Kejuruteraan Awam yang memberikan tumpuan kepada Kemahiran Khas Kejuruteraan
Awam Pembinaan

Buying seats

 Program Buying Seats memberikan peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas


(MBPK) untuk menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan serta memperolehi pengalaman
belajar di institusi swasta dan industri selaras dengan Key Performance Indicator (KPI)
Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV). Peluang ini perlu diberikan semasa
MBK dalam usia persekolahan. Selain itu MBK juga dapat mengisi ruang kemahiran yang
tidak diperolehi di sekolah dan menamatkan persekolahan dengan kelayakan kemahiran
yang bersijil dalam bidang kemahiran yang diminati.

 Pelaksanaan Program Buying Seats ini akan dapat memberikan latihan kepada MBK dalam
menguasai bidang vokasional serta akademik seterusnya menyediakan mereka peluang
pekerjaan.Program ini ditawarkan kepada MBPK yang berminat dan mendapat persetujuan
ibu bapa/penjaga serta memenuhi syarat yang ditentukan dalam Program Buying Seats  oleh
panel yang dilantik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). MBK yang mengikuti program
ini akan dinilai secara berterusan dan diberikan sijil mengikut bidang yang diikuti.

You might also like