You are on page 1of 1

Muhammad Ikhwan Bin Ismail

Pernyataan Salamanca 1994

Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik
tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi
yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special
Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada
dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan
Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk
mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap
pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan,
minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka
untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan
yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.

Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi supaya
sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa
kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. Negara negara
yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan
kewangan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas
diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan
mereka. Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme merancang,
memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada
persidangan ini,kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan
inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah lama dilaksanakan di Malaysia
melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009)

You might also like