You are on page 1of 2

BERDASARKAN LINK VIDEO KULIAH https://www.youtube.com/watch?

v=OniN
zEtNv00&t=14 s, HURAIKAN PENYATAAN SALAMANCA STATEMENT BAGI
MEMASTIKAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS.

JAWAPAN ANDA PERLU MERUJUK KEPADA DUA ARTIKEL YANG BOLEH


DIPEROLEHI DARIPADA LINK JURNAL DI PUSTAKA TUANKU BAINUN UPSI
DAN LAMPIRKAN LINK TERSEBUT PADA JAWAPAN ANDA.

ANDA JUGA DIKEHENDAKI RESPON KEPADA SEORANG JAWAPAN RAKAN


ANDA DALAM FORUM DENGAN MEMBERI PENDAPAT DAN ULASAN ANDA.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Hari ini saya ingin
menghuraikan sebuah pernyataan, iaitu Pernyataan Salamanca. Pernyataan ini dinamakan
Pernyataan Salamanca kerana pernyataan ini diggubal di tempat dinamakan Salamanca di
dalam negara Sepanyol. Pada tahun 1994, Rangka Tindakan Salamanca diperkenalkan.
Rangka Tindakan Salamanca ini berfokus kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk
golongan kanak-kanak dan individu-individu berkeperluan khas. Pernyataan ini menggesa
dan menyarankan seluruh negara untuk menyediakan dan memulakan Pendidikan Khas untuk
golongan berkeperluan khas. Jelaslah di sini bahawa pernyataan ini berpegang kepada prinsip
“Pendidikan Untuk Semua”. Rangka Tindakan Salamanca ini telah menggariskan banyak
perkara untuk membantu murid berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan.
Antaranya ialah Pernyataan Salamanca menyatakan bahawa pendidikan merupakan
hak asasi semua orang tanpa mengira kekurangan atau faktor-faktor lain. Golongan
berkeperluan khas layak untuk diberikan peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap
pembelajaran yang boleh diterima. Selain itu, Pernyataan Salamanca juga menyatakan
bahawa satu sistem pendidikan perlu direka agar murid berkeperluan khas dapat mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini kerana mereka mempunyai minat dan cita-
cita yang berbeza. Bukan itu sahaja, melalui pernyataan ini juga mereka diberikan peluang
untuk datang ke sekolah biasa dan belajar bersama dengan murid biasa di sekolah biasa.
Program ini dinamakan sebagai pendidikan inklusif. Melalui Pernyataan Salamanca ini juga,
semua negara disarankan untuk menjadikan pendidikan orang kurang upaya menjadi
sebahagian penting daripada sistem pendidikan negara mereka. Tambahan pula, setiap negara
digesa untuk mewujudkan sebuah sistem yang dapat merancang, memantau dan menilai
pendidikan murid berkeperluan khas. Hal ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan akses
kanak-kanak berkeperluan khas kepada pendidikan.
Pernyataan Salamanca ini banyak mendatangkan impak positif terhadap dunia
pendidikan. Di dalam Malaysia, kerajaan amat mengambil berat tentang pendidikan golongan
berkeperluan khas. Malaysia tidak mendiskriminasi golongan berkeperluan khas. Negara ini
mewujudkan sebuah sistem pendidikan terbuka kepada golongan berkeperluan khas dengan
mewujudkan pendidikan inklusif, pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi.
Terdapat dua jenis pendidikan inklusif yang diamalkan oleh Malaysia. Antaranya ialah
inklusif sepenuh masa dan separa inklusif. Pendidikan khas sememangnya diberikan
perhatian oleh Malaysia. Banyak perkara yang telah dirancang atau dilaksanakan untuk
menjamin kualiti pendidikan golongan berkeperluan khas. Intan Shazila Samsudin dan
Muhamad Hariz Muhamad Adnan (2021), mencadangkan untuk membangunkan kerangka
teknologi bantu berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mendiagnosis
Kecerdasan Visual Spasial (VSR) di kalangan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran
(LD). Melalui platform ICT, proses ujian diagnostic VSR menjadi lebih mudah kerana hanya
melibatkan tiga proses sahaja. Antaranya ialah pengumpulan data, interpretasi data, serta
pemetaan dan diagnosis. Kaedah ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa bergantung
kepada pakar. Dengan ini, diharapkan guru-guru dapat mendiagnosis VSR pelajar dengan
masalah pembelajaran tanpa bergantung kepada pakar. Kekurangan bukanlah satu
penghalang untuk mendapatkan pendidikan di Malaysia. Banyak kaedah-kaedah yang
digunakan dalam bidang pendidikan untuk memastikan golongan berkeperluan khas ini dapat
mengikuti sesi PdP. Hal ini dapat dilihat apabila Norzuraina Mohd Nor (2021) menyatakan
gabungan pelbagai jenis komunikasi seperti Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT), gerak
badan, lisan, ejaan jari, bacaan gerak bibir,dan kiuvisual seperti bahan maujud atau carta alir
dapat membantu meningkatkan kefahaman Murid Masalah Pendengaran (MMP) tentang
konsep seni visual. Dari sini kita dapat melihat kesungguhan para guru-guru untuk mengubah
cara berkomunikasi semasa proses PdP agar murid berkeperluan khas dapat memahami
konsep-konsep pembelajaran seperti murid biasa yang lain.
Konklusinya, Pernyataan Salamanca merupakan asas untuk mencapai aspirasi
“Pendidikan Untuk Semua”. Pernyataan ini dilihat memberikan akses pendidikan yang sama
rata kepada golongan berkeperluan khas melalui Pendidikan Inklusif. Pernyataan ini juga
membela hak pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu, Malaysia perlu sentiasa
memperbaiki sistem dan kurikulum pendidikan untuk golongan berkeperluan khas agar
mereka dapat mengikuti dan mencapai cita-cita mereka seperti golongan biasa. Itu sahaja
daripada saya. Sekian, terima kasih.
Intan Shazila Samsudin & Muhamad Hariz Muhamad Adnan. (2021). Kerangka
teknologi bantu untuk diagnosis hubungan kecerdasan visual spasial bagi pelajar dengan
masalah pembelajaran. Journal of ICT in Education, 8(4), 113-121.
https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.sp.2.11.2021.
Norzuraina Mohd Nor. (2021). Komunikasi dalam pemahaman konsep seni
visual semasa proses pembelajaran murid masalah pendengaran. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan,10(1), 66-76. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.6.2021.

You might also like