You are on page 1of 2

PROGRAM INKLUSIF DI MALAYSIA

Program Pendidikan Khas diperkenalkan atas saranan dan gesaan beberapa


deklarasi diperingkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada
pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs
Education (Salamanca Statement) 1994 yang memberi tumpuan kepada dasar, polisi
dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas. Rangka
Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak
berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk
mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-
kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan
keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka
untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti
pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.

Selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua” yang diperkenalkan oleh


Kementerian Pendidikan, satu sistem pendidikan yang relevan perlu diberikan kepada
murid-murid berkeperluan khas agar mereka dapat mengembangkan potensi ke tahap
yang optima (Mohd Rosman, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar (2009). Lantaran itu,
kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia diberi pendidikan sama ada dalam
persekitaran khas ataupun dalam persekitaran bersepadu yang dipanggil pendidikan
Inklusif. Implementasi Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula
pada 1987. Program ini di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan
digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif
menitikberatkan pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri kelas biasa (bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan) dan
membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya
mereka yang tipikal.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan
pendidikan inklusif secara rasmi di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif
telah lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau
percantuman (Norshidah, Aliza & Zalizan, 2009). Ini merupakan satu usaha kerajaan
untuk memperbaiki sistem pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan
khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan
masalah ketidakupayaan mereka. Kini, Kementerian Pendidikan sedang berusaha
bagi melaksanakan Pendidikan Inklusif secara meluas dan sepadu (Mazlinah, 2009).

You might also like