You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

TUGASAN

PKUK2043P
PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

NAMA :NUR FAZLIN BINTI ZULKIPLI


NO KAD PENGENALAN :910810-02-5510
ANGKA GILIRAN :2020182430009
UNIT :PITO JUN 2020
NAMA PENSYARAH :PN SURAYA BINTI BAI
TARIKH SERAHAN :20 OKTOBER 2020
Tugasan 1 – Penulisan Akademik (40%) Individu

Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan


bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Hak bagi individu dengan
keperluan khas sentiasa diperjuangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan.
Keprihatinan masyarakat dalam bidang pendidikan khas semakin terserlah. Namun
begitu, perjuangan dalam bidang ini tidak pernah selesai kerana bidang ini
merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.

Pendidikan khas di Malaysia mula diberi perhatian pada tahun 1920-an oleh
golongan sukarelawan yang mula terlibat dalam pembukaan sekolah khas
bermasalah pendengaran dan penglihatan. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui perakuan 169 adalah titik tolak yang
membawa kepada penekanan yang lebih jelas terhadap perkembangan pendidikan
khas di Malaysia. Perakuan yang dipetik daripada Buletin Pendidikan Khas,
November 1997 menyebut

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya


bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah
diperakukan kerajaan mengambil alih tanggungjawab pendidikan khas dari
pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-
kanak cacat hendaklah terus digalakkan (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2006).

Penubuhan sekolah St. Nicholas merupakan detik permulaan berkembangnya


Pendidikan khas di Malaysia. Penubuhan sekolah ini seterusnya telah melahirkan
sekolah-sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, pendidikan khas
bermasalah pembelajaran dan pendidikan inklusif. Kini murid-murid Pendidikan khas
di Malaysia telah dikategorikan kepada beberapa golongan iaitu golongan murid-
murid yang bermasalah penglihatan, murid-murid bermasalah pendengaran dan
murid-murid bermasalah pembelajaran.
Beberapa tahun kebelakangan penekanan terus diberikan kepada keperluan
pendidikan khas melalui Akta Pendidikan 1996. Dalam menjalankan kuasa yang
diberikan oleh Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan telah
membuat peraturan-peraturan seperti berikut (i) Peraturan-peraturan ini bolehlah
dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah
mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, (ii) Dalam Peraturan-Peraturan ini,
melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain :

"Murid-murid dengan keperluan khas" ertinya murid-murid yang mempunyai


kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai
masalah pembelajaran”

"Program pendidikan khas bermaksud suatu program yang disediakan di


sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau
kecacatan pendengaran dan suatu program percantuman di sekolah biasa
bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran ; serta suatu program
pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa”

Manakala Bahagian II, Pendidikan Khas menyatakan bagi sekolah kerajaan


dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik
adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali bagi murid-murid
yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid
biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat
anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

Mengikut kehendak Akta dan Rang Undang-Undang, mulai 1 hb Oktober


1995, penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan telah
berkuatkuasa dengan mewujudkan 6 jabatan di mana salah satu darinya ialah
Jabatan Pendidikan Khas. Dengan penstrukturan baru Kementerian Pendidikan, Unit
Pendidikan Khas telah dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan Pendidikan Khas.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Timbalan Pengarah Pendidikan dan dibantu
oleh 3 orang Ketua Penolong Pengarah Bahagian. Sebelum ini pengurusan
pendidikan khas di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah di bawah Unit
Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah-sekolah. Pada bulan November 1995 semua
jabatan pendidikan negeri turut sama di susun semula di mana pengurusan
pendidikan khas adalah di bawah Unit Teknologi Pendidikan, Unit Kecil Pendidikan
Khas (Jabatan Pendidikan Johor, 1998).

Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia menumpukan


aktiviti seperti perancangan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan, dan
latihan dan khidmat bantu. Program-programnya dan kategori muridnya adalah
seperti Sekolah Pendidikan Khas - bermasalah penglihatan dan pendengaran,
Sekolah Rancangan Percantuman Pendidikan Khas - bermasalah penglihatan,
pendengaran dan pembelajaran (termasuk "mild", down's syndrome & austistik dan
mobiliti tidak terhad), Program Pendidikan Inklusif - bermasalah penglihatan,
pendengaran dan pembelajaran (termasuk down's syndrome, austistik dan mobiliti
tidak terhad); kesemuanya dalam kategori "ringan" (mild).

Pada masa ini pendidikan khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab


lima kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Tinggi
dan Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, terdapat juga badan bukan kerajaan
(NGO) yang turut memainkan peranan penting dalam usaha untuk memartabatkan
dan memperkembangkan pendidikan khas di Malaysia seperti Persatuan Orang
Buta Malaysia (MAB), Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM),
persatuan-persatuan orang kurang upaya dan sebagainya.

Untuk memenuhi harapan bangsa dan negara serta membentuk masyarakat


penyayang seperti yang diharapkan dalam wawasan 2020, Kementerian Pendidikan
dalam usahanya merealisasikan konsep pendidikan untuk semua telah menyediakan
peluang dan perkhidmatan pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas,
iaitu yang bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran termasuk kanak-kanak down syndrome dan autistik ringan.
Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian daripada
perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Murid-murid dengan
keperluan khas diberi pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan
murid-murid normal dan pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam
kelas dan disokong dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
agar murid-murid ini mampu memperolehi pencapaian yang optimum.

Pendidikan inklusif telah dimasukkan dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU
Kementerian(m.s. 22) : sasaran tahun 2000; 6.1 "mengintegrasikan pelajar yang
mempunyai keperluan khas di sekolah biasa". Menurut Jabatan Pendidikan Khas
(1998), Kementerian Pendidikan dalam usaha menyediakan perkhidmatan
pendidikan, sentiasa merancang, melaksana dan menilai segala aspek pengurusan
pendidikan supaya apa yang dilaksanakan dan dihasilkan adalah bernas, mantap
dan berkesan. Dalam usaha ini dan sehubungan dengan pendidikan bagi murid-
murid dengan keperluan khas, kementerian pendidikan sedang berusaha bagi
melaksanakan pendidikan inklusif secara meluas dan sepadu. Pada masa sekarang,
sebilangan besar murid-murid khas bermasalah penglihatan adalah ditempatkan di
kelas-kelas normal dengan diberi bantuan dan sokongan mengikuti pembelajaran
dalam kelas oleh guru resos khas.

Murid-murid khas bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran


yang mampu mengikut kurikulum biasa juga diberi peluang belajar dalam kelas yang
sama dengan rakan sebaya yang normal mengikuti kesesuaian pencapaian mereka.
Ada di antara mereka yang ditempatkan dalam set inklusif secara total telah
membuktikan kejayaan yang amat cemerlang. Adalah diakui bahawa untuk
melaksanakan sepenuhnya pendidikan inklusif memerlukan pemikiran yang
mendalam, usaha yang gigih, komitmen yang jitu dan semangat yang kental.

Bantuan Pelajaran Tahunan dan LPBT adalah berdasarkan Pekeliling


Kewangan Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari
1995 dan sedang diguna pakai masa kini iaitu rancangan percantuman pendidikan
khas bermasalah pembelajaran rendah dan menengah, program pendidikan inklusif
dan program pendidikan pemulihan di sekolah rendah biasa adalah sama seperti
kadar untuk murid biasa (Jabatan Pendidikan Johor,1998).

Dalam pengendalian pendidikan khas banyak lagi perkara dan isu yang masih
perlu diberi perhatian dan penekanan. Jabatan Pendidikan Khas (1998)
mengariskan perlu wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan
menyediakan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas. Pihak
sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh masyarakat sekolah perlu
bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan murid-murid
berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti
intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya bersedia
memasuki alam persekolahan adalah amat penting diberi penekanan. Adalah
penting bagi ibu bapa dan masyarakat menyambung dan memperkukuhkan lagi
usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di rumah bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dan
sudah sampai masanya seluruh masyarakat mengubah sikap dan membuat
persediaan supaya dapat menerima golongan khas sebagai rakan. Bagi
melaksanakan perkara ini usaha yang sepadu dan tindakan yang teratur dan
tersusun perlu dibuat dan diharapkan.
RUJUKAN

Cikgu Sue. (2016). Program Pendidikan Khas.


http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2016/11/program-pendidikan-khas.html
Ghani, M.Z & Che Ahmad, A. (2011). Penghantar Pendidikan Khas. Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Jabatan Pendidikan Khas (1998). Hala Tuju Pendidikan Khas. Kertas yang tidak
diterbitkan.
Jabatan Pendidikan Johor (1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Murid dan
Pelajar Dengan Keperluan Khas. Kertas yang tidak diterbitkan.
Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Khas (Masalah Penguasaan 3M). Jabatan Pendidikan Khas.
Mohamed, J. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Sang, M.S. (2000). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Undang-Undang Malaysia,(1999). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-
Peraturan Terpilih. International Law Book Services.

You might also like