You are on page 1of 6

Procedia

Social and
Behavioral
Sciences
Procedia - Social and Behavioral Sciences 00 (2010) 000–000
www.elsevier.com/locate/procedia

International Conference on Learner Diversity 2010

Keperluan Pendidikan Inklusif dalam Program Pendidikan Arus


Perdana di Malaysia

Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozubi*


Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600, Selangor, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan Pendidikan Inklusif dalam pendidikan arus perdana. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan kajian lepas sebagai rujukan. Program Pendidikan Inklusif untuk golongan bekeperluan khas bermula pada 1987
dibawah Kementerian Pendidikan dan digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif menitik
beratkan program Pendidikan Inklusif bagi murid - murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa belajar
bersama-sama dengan murid-murid biasa. Hasil kajian mendapati bahawa Pendidikan Inklusif perlu dilaksanakan kerana
keperluan kesaksamaan, pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. Namun terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani untuk
memastikan keberkesanan Pendidikan Inklusif sepenuhnya dalam Pendidikan di Malaysia.

Keywords: Pendidikan Inklusif, Pendidikan Malaysia, Keperluan Khas

1. Pendahuluan

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai
hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar
berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal.
Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih
daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang
setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal
( Lokman, 2009).

* Corresponding author. Tel.: +6019-3145373-; fax: .


E-mail address: tiena_808@yahoo.com.
Noorizah Mohd. Noor et.al/ Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif
iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan
inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi
Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam
bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti
murid-murid lain tanpa mengira status.
Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas
untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas,
teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999)
menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan
sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

1.1 Murid Berkeperluan Khas di Aliran Perdana


Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks
definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta
terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori
KBK dalam setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam
aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah :

i. fizikal (cacat anggota)


ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)
iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)
iv. penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang
normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya
mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat
memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad,
2010).

2. Sejarah Pendidikan Inklusif

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi
diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara” (Sabilah, 2006).
Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan
Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira
perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil
satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk
belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut:
a) Intelek
b) Rohani
c) Jasmani
d) Emosi
e) Sosial
f) Bakat
g) Nilai-nilai moral
h) Estetika
(Mohd Najib, 2006)
Author name / Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000

2.1 Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas di Malaysia


Terdapat empat kementerian yang terlibat secara langsung menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk KBK
di Malaysia iaitu Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM). Agensi-agensi di
bawah kementerian berkenaan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk
golongan berkeperluan khas. Antara bidang tugas utama setiap kementerian adalah seperti berikut;

a) KPM: Pendidikan formal peringkat prasekolah, rendah dan menengah.


b) KKM: 1. Proses Saringan dan Diagnostik
2. Intervensi awal
c) KPWKM: 1. Pendidikan tidak formal
2. Intervensi awal
d) KPT: Pendidikan tinggi (tertiary education)

Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-
kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak
dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8,
Perlembagaan Malaysia mengenai ‘Disabled Person Act 2002’ serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi
antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna
kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak
termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan. Untuk memenuhi tanggungjawab tersebut maka
KPM dan kementerian-kementerian lain yang dinyatakan di atas, memainkan peranan dalam menyediakan
kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Supiah Saad, 2010).

3. Keperluan Pendidikan Inklusif

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi
keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan
hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar
‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara
penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan
inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan
kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

3.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi


Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap
pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas
atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara
umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut
keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai
hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-
kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan
Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang
komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga
seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan
yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini
dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan
sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

3.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti


Noorizah Mohd. Noor et.al/ Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara
maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah
mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf
dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf
pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada
setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk
keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada golongan bekeperluan khas .
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang
sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang
pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-
kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran
yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di
setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas.
Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti
pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada
pendidikan arus perdana di Negara kita.

3.3 Keperluan Sosial


Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan
bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana
realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan
menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan
Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas
secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan,
rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan
membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa
panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut
kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

5.0 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai
dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam
melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama
ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke
dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas
berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah:

a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran
pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif.
b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru
Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak
ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan
pembelajaran murid.
c. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak
kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini
didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Author name / Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000

d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka
tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang negatif kepada guru lain
sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.
e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau
ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan bilik yang terlalu kecil.
Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat
pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya
menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan.
Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan
lain.
g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam
pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh,
tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah
disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang
dijalankan untuk anak-anak mereka.

6.0 Penutup

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah
sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi
penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam
menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah
bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk
berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu
juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan
khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama
semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang
ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat
martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.
Noorizah Mohd. Noor et.al/ Procedia – Social and Behavioral Sciences 00 (2012) 000–000

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996

Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special


Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6)

Culatta, R.A. & Tompkins, JR., “ Fundamentals of Special Education ”, 1999.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak
Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan
Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor
Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like