You are on page 1of 2

Tugasan 1

Tugasan - sesetengah ibu bapa tidak mahu anak mereka ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) walaupun anak mereka disahkan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Bincangkan mengapa keadaan ini berlaku dan apakah pilihan pendidikan lain yang sesuai untuk kanak-
kanak ini.

Masalah ini berlaku kerana kurang kesedaran daripada pihak ibubapa. Sebahagian Ibu bapa beranggapan
tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka memang
begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain
sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru
Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak
dapat menunjukkan perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka.

Kesibukan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor ibubapa tidak mahu anak mereka ditempatkan
didalam program Pendidikan khas. Kesibukan mereka berlaku sehingga mengurangkan tumpuan dan
perhatian kepada anak-anak mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi terapi yang pada mereka
tidak membawa makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada
anak-anak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan .

Selain itu ialah ada segelintir ibubapa yang mempunyai tanggapan yang negatif dan sudah pasrah
dengan kemampuan anak-anak mereka dalam sudut pembelajaran. Misalnya ibu bapa tidak percaya
dengan keupayaan guru-guru menguruskan anak-anak mereka sehingga sanggup tunggu bersama di
sekolah hanya semata untuk memberikan makanan dan menghantarkan ke tandas. Pihak sekolah
sebenarnya boleh menolak penempatan anak mereka sekiranya mereka tidak boleh mengurus diri
dengan baik.

Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha mengatur program yang mampu memberikan kesedaran dan
keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga tentang amanah yang telah Allah kurniakan kepada mereka.
Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam merancang proses pembelajaran yang
berterusan . Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun
pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan di
rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak
mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.

Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Adalah
digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan
dengan masalah anak,contohnya Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain lagi. Tindakan ini akan
mendedahkan ibu bapa kepada perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai masalah yang
hampir sama dengan apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar dari masalah kesihatan,
perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam
mendidik anak-anak khas anda.
Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional perubatan seperti dokor di hospital atau para-
profesional yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau audiology. Ibu bapa digalakkan
membuat dairi atau catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan anaknya. Seterusnya
berbincang dengan pihak perubatan atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah anak
anda capai. Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor membuat analisa tentang masalah
perkembangan anak. Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad dengan memberi
maklumat yang boleh membantu ibu bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang pertumbuhan
fizikal atau minda yang selari dengan kanak-kanak normal yang lain.

Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak bekeperluan khas
ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan
yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat penting kepada mereka kerana adalah tugas ibu bapa
mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan memahami peratutan-peraturan dalam hidup.

You might also like