You are on page 1of 1

Soalan: Bincangkan perbezaan antara pentaksiran, pengukuran, pengujian dan penilaian dari

sudut definisi, tujuan, cara, masa dan proses pelaksanaannya

PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN
DEFINISI: Proses menentukan pencapaian dan membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya
TUJUAN: Memperoleh dan memberi maklumat yang berterusan untuk menambah baik
pembelajaran
CARA: Pelbagai kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif, merangkumi ujian bertulis dan
markah/gred
MASA: Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu,
misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan.
PROSES PELAKSANAAN: 1.Proses pengujian 2. Merekod markah atau gred

PENGUKURAN
DEFINISI: Satu proses untuk menentukan tahap pencapaian murid
TUJUAN: Membuat pengelasan bagi pencapaian kedudukan dlm pembelajaran
CARA: Mengumpulkan data kuantitatif
MASA: Selepas pembelajaran
PROSES PELAKSANAAN: Menfokuskan pada sesuatu peringkat pembelajaran
` PENGUJIAN
DEFINISI: Alat untuk mengukur perubahan tingkah laku murid dlm pembelajarannya
TUJUAN: Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran
CARA: Pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian bertulis
MASA: Selepas pembelajaran
PROSES PELAKSANAAN: Terhad kepada sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran. 1.
Persediaan Ujian 2. Pentadbiran 3.Pemeriksaan

PENILAIAN
DEFINISI: Proses untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan/
penghakiman nilai
TUJUAN: Memberikan maklumat tentang pencapaian hasil pembelajaran, kaedah mengajar
dan kurikulum utk membuat keputusan
CARA: Berorientasikan produk/hasil mengenai apaapa yg telah dipelajari
MASA: Sebelum semasa dan selepas
PROSES PELAKSANAAN: 1.Proses pengukuran 2. Proses penganilisisan 3. Proses Interpretasi
4. Melapor 5. Tindakan

You might also like