0% found this document useful (0 votes)
557 views2 pages

Pengenalan RPI

Uploaded by

ilurvekekmango
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
557 views2 pages

Pengenalan RPI

Uploaded by

ilurvekekmango
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd

Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kanak-kanak berkeperluan khas


memerlukan guru member perhatian khusus kepada individu murid bagi memastikan
murid itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar. Justeru, RPI dirangka
untuk membantu murid berkeperluan khas.

RPI merupakan satu perjanjian bertulis di


antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang
keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana
keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi.
Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah
kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan
yang perlu disediakan untuk seseorang murid
tersebut”
(Hallahan D.P dan Kauffman, J.M.,1978)

RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama


sepenuhnya oleh murid, ibu bapa, guru, golongan professional, dan kumpulan
pelbagai displin yang berkenaan. Semua pihak terbabit perlu bekerjasama sebagai
satu pasukan untuk melaksanakan RPI. Mesyuarat RPI perlu diadakan dalam
lingkungan 30 hari kalander untuk menentukan kesesuaian dalam program
pendidikan khas. Setiap individu membawa peranan yang penting dalam
melaksanankan RPI. Mereka akan bekongsi maklumat bersama untuk menulis RPI.
Setiap maklumat tambahan yang diberikan membantu semua pihak memahami dan
memutuskan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.

Kandungan RPI sekurang-kurangnya mengandungi komponen-komponen


seperti pencapaian sedia ada (semasa), matlamat jangka panjang, objektif jangka
pendek dan juga penilaian.

Matlamat jangka panjang di dalam RPI merupakan satu kenyataan berkaitan


apa yang diharapkan dicapai oleh seseorang murid dengan keperluan khas dalam
bidang tertentu. Ia ditulis bagi menegaskan tentang kelemahan yang dikenalpasti
dalam pencapaian semasa seseorang murid itu. Matlamat yang dinyatakan
menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid itu dalam kemahiran ,
kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu. Matlamat
ini dinyatakan dalam bentuk yang dapat diukur, tingkah laku yang dapat diperhatikan
dan melibatkan ketidakupayaan utama yang dikenalpasti dalam pencapaian
pembelajaran murid.

Objektif jangka pendek melibatkan beberapa langkah dalam urutan bagi


mencapai matlamat jangka panjang. Objektif ini tidak spesifik seperti rancangan
pengajaran tetapi menyatakan langkah-langkah antara pencapaian semasa
seseorang murid dengan matlamat jangka panjang. Objektif ini perlu dinyatakan
Pengenalan

dalam bentuk tingkah laku, dapat diukur dan mencatatkan apa yang dicapai oleh
murid. Objektif ini haruslah menggambarkan kaedah-kaedah atau langkah-langkah
untuk mencapai matlamat jangka panjang. Ia juga dapat membentuk konsep dan
memajukan seperti labih khusus menunjukkan kemahiran yang dipelajari.

Memandangkan RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi


seseorang murid dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan,maka
kebaikan yang diperolehi daripadanya adalah:

1) Dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas


kurikulum asal.
2) Dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari oleh setiap
individu murid kurang upaya.
3) Dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan
untuk mengajar individu kurang upaya.
4) Dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap individu murid kurang
upaya

Melalui penilaian yang dilakukan, ianya dapat mengesan tahap pencapaian yang
diperlukan bagi sesuatu objektif yang diberi. Ini dapat dinyatakan dalam bentuk
peratus pencapaian, dan bilangan. Frenkuansi penilaian adalah jadual bagi menilai
murid itu untuk menjelaskan kekerapan murid itu dinilai bagi satu-satu objektif yang
ditentukan. Objektif yang dinilai sama ada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan
ataupun pada tarikh tertentu. Penilaian bergantung pada sifat dan bentuk objektif itu,
tahap perkembangan murid dan kadar perkembangan murid. Penilaian dapat
dijalankan melalui ujian yang spesifik, ujian yang dihasilkan oleh guru, bahan
kurikulum, temu bual, rekod anekdot, pemerhatian dan portfolio murid.

Perancangan RPI yang teliti dengan menetapkan matlamat yang realistic akan
dapat membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai.
Laporan penilaian RPI akan membantu guru dan ibu bapa merancang matlamat
jangka panjang seterusnya, membuat pengubahsuaian pembelajaran, dan
mencadangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh disediakan bagi murid
berkeperluan khas.

You might also like