You are on page 1of 7

PKUK3113: PENTAKSIRAN

DALAM PENDIDIKAN KHAS

TUGASAN 2

NAMA NUR LIYANA BINTI MUHAMAD

ANGKA GILIRAN 2018142340037

NOMBOR KAD PENGENALAN 980915-03-5954


Laporan Kajian Kes terhadap Murid Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan
Danau Kota

Satu kajian kes telah dilaksanakan kepada salah seorang murid bermasalah
pembelajaran melalui pemerhatian dan temubual dengan guru sekolah tersebut. Subjek
kes ini ialah seorang murid Tahun 2 yang mempunyai masalah hiperaktif tahap
sederhana; Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Menurut Shihin (2017)
menerusi portal KidsHealth, kanak-kanak yang mempunyai ADHD merupakan
seseorang yang mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak yang
kemudiannya memberi kesan kepada perhatian, keupayaan untuk duduk diam, dan
kawalan diri. Menurutnya lagi, ADHD boleh menjejaskan kanak-kanak di sekolah, di
rumah, dan dalam persahabatan.
Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang, kekuatan dan
kelemahan serta cadangan penambahbaikan bagi satu instrumen yang dibina oleh saya
bagi mentaksir kemahiran kognitif murid tersebut. berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Asas 3M bagi Tahun 2, instrumen yang dibina adalah
bertujuan mentaksir komponen Matematik dengan Standard Kandungan 1.2: Nilai
Nombor. Saya telah memilih untuk menggunakan ujian sebagai instrumen bagi
mentaksir kemahiran kognitif murid tersebut (rujuk lampiran). Pemilihan ini bertepatan
dengan pendapat Ariston (2007) yang menyatakan bahawa ujian bilik darjah memainkan
peranan yang penting dalam menilai status pemikiran pelajar.
Setelah membina item ujian dengan berpandukan aras Taksonomi Bloom,
penilaian ini ditadbir pada jam 10:30 pagi bagi memberi ruang kepada murid untuk
sarapan pagi di kantin terlebih dahulu. Seterusnya, dengan mengambil kira ciri-ciri murid
yang didapati lebih aktif setelah pulang dari kantin, saya memberi masa kepada murid
tersebut untuk bertenang dan menjalankan ujian setelah diberi kebenaran oleh guru
kelasnya. Beberapa hari sebelum pentadbiran ujian, saya sering kali mengingatkan
murid tersebut bahawa satu ujian akan dilaksanakan ke atasnya agar murid lebih
bersedia terutamanya dari segi mental. Kemudian, sepanjang pentadbiran berlangsung,
murid berjaya menjawab semua soalan walaupun fokusnya sentiasa terganggu oleh
persekitaran. Situasi tersebut adalah bertepatan dengan ciri-ciri kanak-kanak ADHD
yang dinyatakan oleh Lahey (!997) dalam Amizah (2017). Beliau berpendapat bahawa
kanak-kanak ADHD mempunyai kesukaran dalam menumpukan perhatian kerana
kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan.
Seterusnya, berdasarkan pentaksiran yang telah dibuat, terdapat
beberapa kekuatan, kelamahan serta cadangan penambahbaikan dapat saya utarakan
berkaitan instrumen pentaksiran yang dibangunkan. Pertama sekali, kekuatan bagi
instrumen ini adalah berkaitan denga nisi kandungan ujian. Berdasarkan kepada skor
yang agak baik yang diperoleh murid tersebut, dapat saya simpulkan bahawa item ujian
yang dibina adalah bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Pembinaan item ujian
yang selari dengan keupayaan kognitif adalah amat penting. Sehubungan dengan itu,
saya telah memilih untuk membina item ujian dengan berpandukan kepada Tahap
Taksonomi Bloom. Perkara ini selari dengan prosedur yang digariskan oleh Mohd Najib
(1997) dalam Mohd Fakhrudzafie (2010) kepada para guru sebagai panduan untuk
merancang ujian bilik darjah yang baik. Selain itu, pemilihan imej yang menarik dan
sesuai dengan persekitaran murid juga telah menjadi satu daya tarikan bagi murid
tersebut menjawab ujian. Penggunaan imej yang dicetak menggunakan warna hitam
dan putih sahaja telah memberi peluang kepada untuk mewarna imej-imej tersebut.
Perkara ini juga membolehkan murid berimaginasi dan mengembangkan kreativiti selain
guru dapat menilai emosi murid tersebut melalui penggunaan warna yang dipilih. Pada
masa yang sama, ianya juga dapat membantu murid meningkatkan kemahiran motor
kasar dan halus serta menambah baik kemahiran koordinasi mata dan tangannya.

Dalam pentadbiran instrumen ini, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat
dikenal pasti, antaranya termasuklah penggunaan perkataan yang agak sukar untuk
difahami Murid Berkeperluan Khas (MBK). Berdasarkan instrumen yang dibina, saya
telah menggunakan perkataan “tertib” pada soalan 5 dan 6 bagi menggambarkan
susunan nombor yang menaik dan menurun. Ketika ujian berlangsung, murid
mengalami kesukaran dalam memahami konsep perkataan “tertib” akibat daripada
kekurangan kosa kata dan ianya amat jarang digunakan dalam persekitaran murid
tersebut. Selain itu, kelemahan lain yang didapati dalam instrumen tersebut serta telah
mengganggu kelancaran pentadbiran ujian ialah saiz tulisan yang digunakan bagi
menyatakan arahan-arahan soalan. Dalam membina arahan soalan, adalah amat
penting bagi guru mengambil kira penggunaan saiz tulisan yang agak besar. Hal ini
demikian kerana, melalui arahan-arahan soalan yang dinyatakan, guru boleh mengambil
peluang tersebut untuk meningkatkan kemahiran membaca dan memahami maklumat
murid.
Akhir sekali, berdasarkan kelemahan-kelemahan yang telah dinyatakan,
beberapa cadangan penambahbaikan telah dirancang bagi menambahbaik kandungan
serta kualiti instrument ini. Pertama sekali, bagi mengelakkan murid keliru dengan
perkataan-perkataan yang terdapat dalam ujian, guru perlulah memastikan setiap
perkataan yang digunakan dalam item ujian adalah bersesuaian dengan konteks
kehidupan serta kepelbagaian kosa kata murid. Perkara ini selari dengan panduan
pembinaan ujian bilik darjah oleh Mohd Najib (1997) dalam Mohd Fakhrudzafie (2010) di
bawah langkah penyediaan soalan ujian. Menurutnya, semasa menggubal atau menulis
item ujian, guru hendaklah memastikan bahawa item adalah mudah difahami, ringkas
dan tepat dari segi kandungan dan penggunaan bahasa. penyataan itu menunjukkan
bahawa penggunaan dan pemilihan bahasa juga akan menyumbang kepada
keberkesanan ujian. Kemudian, bagi meningkatkan kualiti instrumen, saya juga akan
menukarkan saiz fon kepada yang lebih sesuai dengan mengambil kira murid yang
mempunyai masalah atau gangguan penglihatan.

Kesimpulannya, kajian ini memberi pendedahan yang jelas kepada saya tentang
pengurusan pentadbiran ujian kepada murid ADHD. Setelah menjalankan kajian ini,
ianya telah mendorong saya untuk menghasilkan instrumen-instrumen yang berkualiti
bagi mentaksir keupayaan kognitif MBK. Hal ini adalah kerana, dapatan kajian Notar C.
E., et al., (2004) telah merumuskan bahawa terdapat perkaitan yang sangat rapat antara
pembinaan ujian oleh guru dengan akauntabiliti guru itu sendiri bagi memastikan
kesahan sesuatu ujian itu. Oleh itu, dalam usaha menjadi seorang guru Pendidikan
Khas yang kompeten, pembinaan instrumen yang baik merupakan salah satu
penyumbang utama bagi mencapai impian itu. Kemahiran dan pengalaman guru-guru
Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Danau Kota semestinya akan dijadikan panduan
kepada saya untuk menyusun strategi dalam menghasilkan instrumen-instrumen yang
baik serta dapat membantu murid memajukan diri dalam setiap aspek kehidupan.
Rujukan

Amizah Abdullah Hashim (2017). Sokongan keluarga terhadap anak ADHD. Diakses pada 28
September 2020 daripada http://www.myhealth.gov.my/sokongan-keluarga-terhadap-
anak-adhd/

Ariston Shah Muhaimin (2007). Keseragaman antara pernyataan hasil pembelajaran kursus
dan item soalan peperiksaan akhir Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Fakulti
Kejuruteraan Elektrik UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Disertasi Sarjana.

Mohd Fakhrurazie (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
dalam membina ujian bilik darjah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Notar, C. E., Zuelke, D. C., Wilson, J. D., & Yunker, B. D. (2004). The table of specifications:
Insuring accountability in teacher made tests. Journal of Instructional Psychology.
31(2). Diakses daripada https://www.questia.com/library/journal/1G1-119611686/the-
table-ofspecifications-insuring-accountability

Shihin Hasan. (2008). ADHD. Diakses pada 26 September 2020, daripada


https://kidshealth.org/en/parents/adhd.html
Lampiran
Jenis Intsrumen: Ujian

Nama: _______________________ Tahun: _________________

Jawab semua soalan.

1. Tuliskan nilai digit bagi nombor di bawah

11 15

2. Namakan nilai tempat bagi nombor yang bergaris

13: _____ 18: _____ 10: _____


3. Bilang objek dan bulatkan nombor yang betul.

5 7
4 6
3 6
Lampiran

4. Susun nombor dalam urutan menaik.

15 13 16 14

5. Lengkapkan urutan nombor di bawah dalam tertib menaik.

6 10

6. Lengkapkan urutan nombor di bawah dalam tertib menurun.

15 12

You might also like