You are on page 1of 14

LATIHAN MODUL KPK

NAMA : MUHAMMAD ARIFF BIN IBRAHIM


NO. MATRIK : D20192091926
NAMA PENSYARAH : DR. MOHAMED FAWZI BIN YUSOF

SOALAN LATIHAN

UNIT 1
SOALAN STRUKTUR
SOALAN ESEI

1. Jelaskan kepentingan Pendidikan Inklusif dalam Sistem Pendidikan Malaysia.?

Antara kepentingannya adalah mendapat tempat yang sama dalam pendidikan. Program
Pendidikan Inklusif (PPI) yang dijalankan di negara kita membawa banyak kepentingannya kepada
semua pihak. Pendidikan dahulu tidak lengkap dari segi pengurusan murid atau murid berkeperluan
khas (MBK) tetapi kini PPI telah menyediakan kelengkapan yang sempurna. Bentuk pendidikan
inklusif yang diwujudkan turut memberi kepentingan kepada pelajar MBK. Pendidikan Inklusif
Sepenuh Masa di mana pelajar mengikuti semua mata pelajaran.

Seterusnya adalah menggalakkan Hubungan Sosial yang Positif Antara Pelajar MBK dan Pelajar
Biasa dimana Program Pendidikan Inklusif ini membawa kepentingan dalam menggalakkan hubungan
sosial yang positif antara pelajar MBK dan pelajar biasa dengan menempatkan pelajar pendidikan
khas ini dalam persekitaran yang kelihatan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuk mereka dan
memberi peluang kepada mereka untuk menimba pelbagai ilmu. Pelajar khas dapat berinteraksi
dengan semua pelajar normal. Mereka juga akan dinilai dari segi kelayakan menyertai program
kokurikulum bersama pelajar biasa mengikut tahap kemampuan mereka. Melalui program ini, murid
pendidikan khas dapat menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak awal
lagi. Ini membuktikan mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan
rakan sebaya biasa. Pelajar inklusif khas menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam
semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Selain itu, Murid
Berkeperluan Khas Boleh Berdikari dan Mendapat Peluang Pekerjaan. Selaras dengan konsep
pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan. Pelajar
Berkeperluan Khas berpeluang menjalani kehidupan seperti pelajar biasa. Program Pendidikan
Inklusif telah menjadi matlamat usaha murni untuk memberi peluang kepada murid berkeperluan khas
untuk berdikari dan mendapat peluang pekerjaan. Ini kerana, program pendidikan inklusif dapat
memberi pendedahan kepada MBK untuk mempelajari bidang yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Apabila pelajar ini tamat pengajian, mereka akan diberi peluang oleh kerajaan atau pihak tertentu
untuk berkhidmat kepada mereka.

Akhir sekali, Program Pendidikan Inklusif boleh Mencegah Diskriminasi dalam Pendidikan
kepentingan program pendidikan inklusif adalah untuk mengelakkan diskriminasi dalam pendidikan
dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan adanya program
pendidikan inklusif ini, murid berkeperluan khas dapat mengikuti pembelajaran di sekolah bersama-
sama murid normal. Contohnya, murid berkeperluan khas akan mendapat ilmu daripada guru di
sekolah dengan kerjasama semua pihak. Pada masa yang sama, murid berkeperluan khas dilayan
seperti murid biasa. Di sekolah, MBK juga diberi peluang menyertai aktiviti tahunan sekolah seperti
aktiviti kokurikulum, aktiviti kelab dan persatuan. Dengan membenarkan MBK menyertai aktiviti
sebegini, guru boleh memberi peluang kepada MBK meningkatkan keyakinan diri. Murid tidak berasa
rendah diri apabila bergaul dengan murid biasa. Guru peranan juga perlu lebih memahami situasi yang
melibatkan murid istimewa ini. mengajar murid berkeperluan khas.

2. Apakah Kesan pelaksanaan Pendidikan Inklusif kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)?

Kewujudan Pendidikan Inklusif dapat membantu menyediakan hak dasar pendidikan yang sama
rata untuk kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak normal yang lain untuk mendapatkan
perkhidmatan pendidikan yang sewajarnya. Melalui pendidikan inklusif, kanak-kanak berkeperluan
khas dididik bersama-sama kanak-kanak lain (normal) untuk mengoptimumkan potensi mereka.

Dalam pelaksanaannya, pendidikan inklusif bertujuan untuk menyediakan peluang seluas-luasnya dan
mewujudkan penyelenggaraan pendidikan yang menghargai kepelbagaian, dan tidak
mendiskriminasikan semua kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal, emosi, mental, dan
sosial, atau berpotensi untuk kecerdasan dan bakat istimewa untuk memperoleh pendidikan yang
sepatutnya mengikut kemampuannya.

Oleh itu, pembaharuan perlu dilakukan bagi memastikan kejayaan dan meningkatkan
keberkesanan pendidikan inklusif di sekolah. Mengubah sikap terhadap pendidikan bukanlah mudah
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Oleh itu, menjayakan kelas inklusif,
guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu menitikberatkan komunikasi semua guru yang terlibat
dalam program dengan bersikap jujur dan terbuka dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
Guru yang terlibat dalam kelas inklusif harus bersedia menghadapi segala cabaran seperti menjana
suasana pembelajaran yang kondusif kerana hubungan yang positif antara guru dan murid adalah
penting Seperti yang diketahui umum murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri renda hasil
daripada interaksi negatif dan pengalaman yang tidak membina. Bagi mengubah konsep kendiri murid
berkeperluan khas, kerjasama semua pihak dan usaha gig amat diperlukan. Kerjasama antara semua
pihak yang terlibat amat diperlukan serta kerjasama antara profesional seperti guru mata pelajaran,
guru kelas, kaunselor dan pentadbir serta ibu bapa. Kerjasama yang berkesan boleh diwujudkan
sekiranya semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran terbuka dan mempunyai matlamat yang
sama untuk memaksimumkan potensi dan meminimumkan kecacatan kanak-kanak istimewa.
UNIT 3
SOALAN STRUKTUR

SOALAN ESEI

1. Huraikan tahap kefungsian murid berkeperluan khas dalam sistem pendidikan Malaysia.

Menurut KPM, murid berkeperluan khas mempunyai tahap tertentu mengikut potensi mereka iaitu
kefungsian tinggi, sederhana dan rendah. Tahap yang pertama adalah Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas (MBK) MBK Berfungsi Tinggi MBK Berfungsi Tinggi bermaksud MBK yang berpotensi dan
mampu mengikuti kurikulum arus perdana di sekolah pendidikan khas dan sekolah harian biasa.
Seterusnya adalah, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) Sederhana Berfungsi MBK
Sederhana Berfungsi MBK bermaksud MBK yang mampu menguasai asas literasi dan numerasi serta
berkebolehan dari segi bahasa dan komunikasi, sosio-emosi, tingkah laku, dan psikomotor. Akhir
sekali, MBK Berfungsi Rendah bermaksud MBK yang mempunyai gabungan ketidakupayaan kognitif
dan, satu atau lebih ketidakupayaan yang melibatkan bahasa dan komunikasi, sosio-emosi, tingkah
laku, dan psikomotor.

UNIT 4

1. Terangkan perbezaan ciri-ciri di antara bagi kanak-kanak Sindrom Down dan


Disleksia.

Sindrom Down Disleksia

- Sindrom Down merupakan - Disleksia membawa maksud yang


gangguan kromosom yang berbeza bagi setiap orang. 
DEFINISI disebabkan oleh ciri- ciri fizikal Terdapat penulis atau pengkaji
yang boleh diidentitikan dan yang mendefinisikan disleksia dari
biasanya disebabkan lambat dalam segi semua aspek bahasa, iaitu dari
perkembangan fizikal dan intelektual. segi pendengaran, pertuturan,
Sindrom down dinamakan sempena pembacaan dan penulisan. 
nama John Langdon Down, doktor Terdapat juga yang memberi
British yang pertama kali maksud disleksia dari segi
menggambarkannya pada tahun 1866 pembacaan sahaja
- Kanak-kanak sindrom down - Mereka sangat menumpukan
mempunyai beberapa ciri khusus yang perhatian dan komited tetapi
boleh dikenal pasti.  Pertama dari gagal.  Mereka pandai dalam
CIRI-CIRI aspek fizikal iaitu sifat pada kepala, bidang seni.  Semasa membaca,
muka dan leher.  Mereka mempunyai mereka perlu menggunakan jari
iras muka yang hampir sama dan muka untuk membaca dan juga untuk
mereka agak leper.  Mempunyai mengira.   Kanak-kanak disleksia
pangkal hidung yang kemek. Jarak minat belajar dan nampak pandai,
diantara dua mata agak jauh dan namun mereka lemah dalam
berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz
pelajaran kerana sukar untuk
mulut kanak- kanak sindrom down
dikuasai.  Jika mereka gagal
adalah kecil dan saiz lidah mereka
disekolah, mereka akan sangat
agak besar menyebabkan lidah selalu
kecewa. Selain itu, mereka selalu
terjelir.  Pertumbuhan gigi lambat dan
jatuh (clumsy) dan terlupa nama
tidak teratur. Selain daripada itu,
mereka mempunyai paras telinga yang benda-benda. Mereka juga sering
lebih rendah dan biasanya kepala berhadapan dengan bentuk emosi
mereka lebih kecil dan agak leper yang tidak menentu (moody) tanpa
daripada bahagian depan ke belakang sebab-sebab tertentu.
serta mempunyai leher yang agak
pendek berbanding kanak- kanak - Guru-guru prasekolah boleh
normal. menggunakan tanda-tanda ini
untuk mengenal pasti kanak-kanak
- Mempunyai tangan, lengan dan kaki disleksia. Antara tanda-tanda
yang berlainan daripada kanak- kanak kanak-kanak prasekolah ialah
yang normal. Sifat yang jelas ialah, kemahiran bertutur mereka lambat
tangan mereka mempunyai jari-jari dan mereka sukar memahami
yang agak pendek dan jari kelingking arahan. Selain itu mereka suka
membengkok ke dalam.  Tapak tangan mengganti perkataan dan
mereka biasanya hanya terdapat satu hiperaktif. Kemahiran motor kasar
garisan urat dinamakan "simian dan motor halus mereka lemah.
crease".  Pada bahagian kaki pula, Sebagai contoh, mereka sentiasa
kanak- kanak sindrom down melanggar barang di sekitar
mempunyai kaki yang agak pendek mereka dan sukar membaling atau
dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari
menangkap bola. Contoh untuk
kaki kedua agak jauh terpisah serta
motor hauls yang lemah, mereka
keadaan tapak kaki yang agak leper.
tidak dapat memegang alat tulis
           
atau tidak boleh menggunting.
- Otot- otot bagi kanak- kanak sindrom
Mereka juga seringkali terlupa
down juga mempunyai masalah
tertentu iaitu mereka mempunyai otot nama benda-benda atau pelajaran
yang lemah menyebabkan mereka yang dipelajari. Selain daripada
menjadi lembik dan menghadapi itu, mereka suka mendengar
masalah lewat dalam bacaan tetapi tidak berminat
perkembangan motor kasar. membaca sendiri. Mereka sifat
ingin tahu tinggi, berminat
terhadap pekara baru dan suka
bertanya banyak soalan.
2. Terangkan perbezaan ciri-ciri di antara bagi kanak-kanak ADHD dan ASD.

ADHD ASD

DEFINISI - ADHD adalah gangguan - Merupakan penyakit gangguan


perkembangan saraf masa kanak- perkembangan otak yang
kanak yang paling umum. Kondisi ini berterusan dan kekal. Nama
biasanya didiagnosis pertama kali autisma itu sendiri berasal dari
saat anak-anak dan bisa bertahan perkataan Greek autos yang
hingga dewasa. membawa maksud ‘sendiri’ dan
menurut Bleuler, autisma
membawa maksud ‘melarikan diri
dari realiti’.

- Mereka menjadi cepat bosan - Kemahiran sosial – interaksi


CIRI-CIRI sosial / pemahaman
dengan satu-satu tugas hanya selepas
beberapa minit. Akibatnya, mereka
- Hubungan sosial sangat terhad:
kerap bertukar-tukar aktiviti sehingga
Tidak boleh berkawan atau tidak
mengalami masalah melengkapkan bermain dengan orang lain
kerja sekolah.
- Tiada hubungan mata atau terhad
- Mereka sukar menguruskan diri dan
bermasalah menyimpan barang - Tidak melihat objek atau
masing-masing. Anak hiperaktif peristiwa yang dilihat ibu bapa atau
cenderung kehilangan benda-benda ditunjuk kepada mereka
yang diperlukan untuk menyiapkan
- Tidak menunjuk kepada objek
sesuatu tugas.
atau peristiwa kepada ibu bapa
untuk melihat mereka
- Kanak-kanak yang tiada tumpuan
kelihatan seperti tidak mendengar - Tidak suka dibelai atau dipeluk
apabila kita sedang bercakap dengan dan tidak mahu diperlakukan
mereka. Ada kalanya mereka nampak sedemikian
seperti berada di awang-awangan,
mudah keliru, ‘terhegeh-hegeh’, dan - Kesukaran dengan memahami
isyarat sosial
lambat melaksanakan arahan yang
walaupun mudah. Ini kerana, mereka
- Ketawa atau senyum tidak sesuai
mengalami kesukaran untuk dengan keadaan
memproses maklumat secepat dan
setepat anak yang lain. - Tidak menunjukkan minat

- Menunjukkan perlakuan impulsif, - Hanya menyertai kumpulan bila


di mana mereka sangat terburu-buru
apabila ingin melakukan sesuatu.
Contohnya, mereka sukar menunggu dibantu atau didesak
giliran dalam permainan atau apa-apa
yang diingini. Sekali pandang,
kanak-kanak ini kelihatan sering
menyampuk perbualan atau aktiviti
lain kerana tidak sabar.

UNIT 5
SOALAN STRUKTUR
UNIT 6
SOALAN STRUKTUR
SOALAN ESEI

1. Huraikan model-model Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di luar negara dan


bandingkan kesesuaian dilaksanakan di sekolah dalam Malaysia.

Pendidikan inklusif pada asasnya mempunyai dua model iaitu Model Inklusif Penuh dan Model
Inklusif Separa. Model Inklusif Sepenuhnya merupakan salah satu model yang memerlukan pelajar
berkeperluan khas menerima pembelajaran kurikulum dan kokurikulum di bilik darjah arus perdana
secara sepenuh masa. Model Inklusif Separa adalah model yang memerlukan murid berkeperluan khas
menerima pembelajaran kurikulum dan kokurikulum di kelas aliran perdana bagi mata pelajaran
tertentu sahaja dan beberapa mata pelajaran lain dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dengan bantuan guru kelas PPKI.

Model pendidikan inklusif lain dari luar negara seperti model yang telah dikemukakan oleh Brent
Hardin & Marie Hardin. Model pendidikan inklusif ialah model yang dipanggil Reverse Inclusive.
Dalam model imun, murid aliran perdana menerima pembelajaran bersama murid berkeperluan khas
di kelas PPKI. Model mi adalah songsang dengan model di negara kita yang pada asasnya
memerlukan pelajar berkeperluan khas menerima pembelajaran bersama-sama pelajar arus perdana di
bilik darjah arus perdana. Model inklusif ini merupakan model yang kurang dilaksanakan di sekolah.
Hal ini demikian kerana model tersebut menganggap pelajar berkeperluan khas sebagai mund dengan
bilangan yang lebih besar daripada pelajar dari kelas arus perdana.

Selain itu, terdapat juga model pendidikan inklusif yang telah dikekalkan oleh kerajaan Indonesia
iaitu Model Pendidikan Inklusif Sederhana. Model Pendidikan Inklusif Sederhana ini dikenali sebagai
Model Pengarusperdanaan. Ia merupakan model yang menggabungkan pendidikan untuk pelajar PPKI
dengan pelajar arus perdana. Keadaannya sama seperti pendidikan inklusif di negara kita, iaitu cara
murid berkeperluan khas digabungkan dengan murid arus perdana di bilik darjah arus perdana untuk
beberapa waktu sahaja. Pada asasnya, ia masih merupakan model pendidikan inklusif, hanya murid
berkeperluan khas sahaja diberi perkhidmatan alternatif yang sesuai dengan kebolehan dan keperluan
mereka

UNIT 8
SOALAN ESEI

1. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman anda, apakah teknik pembelajaran dan


pemudahcara yang sesuai dipraktikkan kepada pelajar berkeperluan khas bagi
menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan?
Kemahiran fokus standard kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid,
penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah
penyampaian, kemahiran berkomunikasi pengurusan sumber pendidikan, penilaian lisan dan
bertulis, teknik menyoal, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas dan amalan
profesionalisme keguruan

Selain itu, kemahiran teknik pengajaran dan pembelajaran. Teknik main peranan, teknik
permainan bahasa, teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik inkuiri, teknik perbahasan, teknik
kuiz, teknik sumbang saran, teknik soal jawab, teknik simulasi, teknik drama, teknik
perbincangan, teknik forum dan teknik dialog

2. Jelaskan perbezaan antara teknik pengajaran abad ke-21 dengan pengajaran kaedah
konvensional. Pada pandangan anda, teknik pengajaran manakah yang lebih berkesan?

PERBEZAAN ANTARA TEKNIK PENGAJARAN ABAD KE-21 DENGAN KAEDAH


KONVENSIONAL

DIMENSI ABAD KE-21 KONVENSIONAL


ASAS PEDAGOGI Membina maklumat Memberi maklumat
FOKUS Belajar untuk belajar Isi pelajaran
PEMBELAJARAN
STRATEGI Bekerjasama dan berinteraksi
PEMBELAJARAN berinteraksi
MATLAMAT Autonomi Kawalan luaran
PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN Kognitif Tingkah laku
PERANAN GURU Fasilitator Mengajar
KAEDAH PENGAJARAN Terbuka Terhad
PENDEKATAN Mendalam Luaran
PEMBELAJARAN
STRUKTUR Fleksibel Tetap
PEMBELAJARAN
MODEL PENGAJARAN Berpusatkan murid Berpusatkan guru
OBJEKTIF Pertukaran idea Pemindahan maklumat
PEMBELAJARAN
KAEDAH Aktif Pasif
PEMBELAJARAN

Pada pandangan saya, teknik pengajaran abad ke-21 lebih berkesan kerana teknik ini
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di mana secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.

3. Teknik pengajaran menggunakan teknologi multimedia merupakan salah satu teknik


yang selalu dipraktikkan bagi mewujudkan suasana pengajaran abad ke-21. Jadi,
terangkan kelebihan kaedah mengajar menggunakan teknologi multimedia dalam
pendidikan inklusif.

Penggunaan ICT dalam kehidupan kita tidak lebih dan semakin berleluasa kebelakangan
ini. Mazalah Ahmad, Jamaludin Badusah, Ahmad Zamri Mansor, Aidah Abdul Karim, Fariza
Khalid, Mohd Yusof Daud dan Rosseni Din (2016), memberikan pendapat mereka mengenai
definisi komputer di mana komputer adalah sistem elektronik untuk memanipulasi data
dengan cepat dan tepat serta dapat disusun secara automatic seterusnya memproses maklumat
di bawah sistem operasi. Sebaliknya, dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran. Ini kerana guru dapat membuat persiapan terlebih dahulu dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah ini, guru dapat mencari maklumat yang
berkaitan dengan pengajaran dengan lebih baik dan seterusnya dapat menyampaikan kepada
pelajar dengan berkesan.

UNIT 9

SOALAN ESEI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran inklusif di dalam pendidikan inklusif?

Pentaksiran inklusif adalah aktiviti berterusan yang membolehkan pelajar dan pengajar
memahami kemajuan pelajar dalam memenuhi objektif pembelajaran. Pelajar harus diminta
memperlihatkan pembelajaran mereka melalui penilaian formatif dan sumatif.
2. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman anda, bagaimanakah pentaksiran di dalam
Program Pendidikan Inklusif sepatutnya dijalankan?

Murid berkeperluan khas dirujuk kepada pihak terlibat seperti penyelaras program.
Selepas memperolehi maklumat yang lengkap, mesyuarat RPI akan diadakan bagi
menentukan penulisan, pelaksanaan dan penilaian RPI yang bersesuaian. Jika objektif yang
dirangka tercapai, satu mesyuarat baru akan dijalankan bagi menulis RPI untuk kemahiran
baru. Jika sebaliknya, guru perlu mencari strategi baru untuk mencapai objektif RPI tersebut.

You might also like