You are on page 1of 14

UNIT 1

SOALAN STRUKTUR
1. Berikan definisi Program Pendidikan Inklusif (PPI) menurut Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
Suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri
oleh murid berkeperluan khas Bersama sama dengan murid lain dalam kelas yang
sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

2. Jelaskan Konsep Pelaksanaan Pendidikan Inklusif berdasarkan jenis berikut :

2.1 Pendidikan Separa Inklusif.

MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik
atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut
keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran
akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang
diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif
separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi,
bakat dan keupayaan mereka.

2.2 Pendidikan Inklusif Penuh


MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK
mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan
bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan
SOALAN ESEI

1. Jelaskan kepentingan Pendidikan Inklusif dalam Sistem Pendidikan Malaysia.


Pendidikan Inklusif mempunyai kepentingan yang boleh dinilai dari pelbagai aspek.
Aspek yang pertama adalah aspek kognitif. Pendidikan inklusif memberi peluang
kepada murid berkeperluan khas untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan bersama
murid tipikal yang lain. Apabila murid berkeperluan khas ini belajar Bersama-sama
murid tipikal, mereka dapat melatih kemahiran komunikasi dua hala di mana murid
berkeperluan khas cuba untuk berinteraksi bersama rakan-rakan tipikal. Mereka akan
dapat memperbanyakkan lagi perbendaharaan kata mereka secara tidak langsung.
Mereka dapat mempelajari perkataan yang baru daripada rakan tipikal yang lain.

Dari aspek sosial pula, melalui aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
murid berkeprluan khas akan dapat membina hubungan yang baik dengan murid
tipikal. Kemahiran sosial akan dapat diwujudkan melalui kemahiran komunikasi serta
kerjasama antara murid berkeperluan khas dengan murid tipikal. Penempatan murid
ke dalam kelas inklusif juga membolehkan mereka mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti masyarakat setempat serta membina keyakinan untuk berinteraksi
dengan murid tipikal dan rasa diterima dalam kelompok tersebut.

Pendidikan inklusif juga dapat meningkatkan Kerjasama antara pentadbir dengan


guru-guru dan guru khas dengan guru mata pelajaran, guru dengan ibu bapa, serta
perhubungan dengan agensi luar yang lain. Kesemua agensi luar ini akan dapat
bertukar pendapat dan pandangan, membincangkan tentang strategi pengajaran yang
sesuai kepada murid berkeperluan khas ini serta membincangkan permasalahan yang
mungkin timbul bagi murid berkeperluan khas ini dalam proses pdp dalam kelas.
2. Apakah kesan pelaksanaan Pendidikan Inklusif kepada Murid Berkeperluan
Khas (MBK)?
Antara kesan pelaksanaan Pendidikan Inklusif kepada Murid Berkeperluaan Khas
adalah berkenaan persekitaran fizikal sesuatu kelas inklusif. Keadaan kelas yang tidak
teratur akan menyebabkan mereka tidak belajar secara optimum di dalam kelas. Selain
itu, sekiranya kelas inklusif ditempatkan di kawasan yang kurang selesa seperti di
bersebelahan dengan kantin, itu akan menyebabkan mereka kurang tumpuan untuk
belajar. Hal ini demikian kerana suasana yang bising akan menyebabkan mererka
terganggu. Kekurangan kelengkapan asas juga akan menyebabkan sesetengah aktiviti
yang dapat membantu murid berkeperluan khas dalam kelas inklusif tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

Kesan pelaksanaan Pendidikan Inklusif kepada murid berkeperluan khas adalah sikap
seseorang guru di aliran perdana tidak dapat menerima murid-murid berkeperluan
khas didalam kelas mereka. Bagi guru ini, mereka berandaian bahawa golongan murid
tersebut ini sukar dididik dan oleh itu mereka tidak memberikan perhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini berlaku kerana masih
banyak guru di aliran perdana masih lagi kurang memahami konsep sebenar
Pendidikan inklusif. Mereka harus sedar bahawa murid-murid berkeperluan khas ini
sebenarnya mampu belajar dan berupaya mencapai perkembangan yang baik seperti
rakan-rakan tipikal yang lain.
UNIT 3

SOALAN STRUKTUR

1. Nyatakan enam kategori murid berkeperluan khas dalam sistem pendidikan


Malaysia.
 Fizikal
 Gangguan Kecacatan
 Sensori
 Komunikasi
 Kognitif
 Psikososial

2. Beri definisi murid berkeperluan khas ketidakupayaan pelbagai.


Menurut Individual Disabilities Education Act, ketidakupayaan pelbagai didefinisikan
sebagai ketidakupayaan yang wujud pada seseorang individu seiring atau bersama.
Dalam erti kata lain, ketidakupayaan pelbagai bermaksud seseorang yang mempunyai
dua atau lebih ketidakupayaan dalam sesuatu masa.

SOALAN ESEI

1. Huraikan tahap kefungsian murid berkeperluan khas dalam sistem pendidikan


Malaysia.

Tahap 1 - Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) Berkefungsian Tinggi

 MBK Berkefungsian Tinggi bermaksud MBK yang berpotensi dan mampu


mengikuti kurikulum arus perdana di sekolah pendidikan khas dan sekolah harian biasa.

Tahap 2 - Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) Berkefungsian Sederhana


 MBK Kefungsian Sederhana bermaksud MBK yang berupaya menguasai
kemahiran asas literasi dan numerasi dan berupaya dari segi bahasa dan komunikasi, sosio
emosi, tingkah laku, dan psikomotor.

Tahap 3 - Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) Berkefungsian Rendah

 MBK Kefungsian Rendah bermaksud MBK yang mempunyai kombinasi


ketidakupayaan kognitif dan, satu atau lebih ketidakupayaan yang melibatkan bahasa dan
komunikasi, sosio emosi, tingkah laku, dan psikomotor.
UNIT 4

1. Terangkan perbezaan ciri-ciri di antara bagi kanak-kanak Sindrom Down dan


Disleksia. Anda boleh gunakan peta minda seperti i-think untuk menjawab
soalan ini.

2. Pengamatan dan tingkah laku


1. Umum
- Keliru dengan konsep arah dan konsep
- Sukar mengikut arahan
masa
- Perkembangan pertuturan dan bahasa
- Kerap rasa tertekan.
yang lambat.

DISLEKSIA
3. Kecelaruan pandangan dan 4. Kemahiran motor
penglihatan - Koordinasi yang lemah.
- Mengeja dengan tidak konsisten. - Lambat menulis.
- Masalah dalam susunan huruf

Sela hidung
yang rendah
Philtrum
yang halus Hidung yang
dan pendek
menghilang

Permukaan
mata yang
Sindrom Kepala yang
kecil Down kecil

Pertengahan
Bibir atas
wajah yang
yang nipis
datar
Lipatan di
sudut
bahagian
tengah mata
2. Terangkan perbezaan ciri-ciri di antara bagi kanak-kanak ADHD dan ASD. Anda
boleh gunakan peta minda seperti i-think untuk menjawab soalan ini.

Kategori A
(Kurang tumpuan)
- Mengelamun dalam
kelas.
-Pelupa

Kategori B Attention
(Hiperaktif- impulsif) Deficit
> Hiperaktif Hyperactive
Disorder Kategori C
- Jumlah pergerakan yang
sangat tertinggi berbanding
(ADHD)
(Gabungan)
kanak-kanak biasa
- Menunjukkan kedua-dua ciri
kurang tumpuan dan
> Impulsif hiperaktif-impulsif
- Melakukan sesuatu tanpa - Gabungan kedua ini
berfikir
menghasilkan kategori ketiga

Benci
perubahan

Tidak Tidak bermain


menunjukkan dengan orang
minat lain
Spektrum
Kecelaruan
Autisme
(ASD)

Ketawa tidak Mengulangi


sesuai dengan sesuatu
keadaan perbuatan
UNIT 5

1. Antara berikut yang manakah merupakan penyelesaian khas yang boleh diaplikasikan
kepada murid ketidakupayaan pelbagai?
A. Pendekatan Berasaskan Projek.
B. Pendekatan Pembelajaran Masteri.
C. Pendekatan Penyelesaian Masalah.
D. Pendekatan Pendidikan Kolaborasi.

2. Berikut adalah teknik Bantu Pengajaran bagi kumpulan besar, kecuali


A. Seorang mengajar, seorang menyelia.
B. Seorang mengajar, seorang pemerhati.
C. Seorang mengajar, seorang membantu.
D. Seorang mengajar, seorang pembayang.

3. Antara alat/program ICT berikut, yang manakah TIDAK SESUAI digunakan untuk
murid yang mempunyai ketidakupayaan pelbagai?
A. Present.me.
B. Talking Word Processors.
C. Video Relay Service (VRS).
D. Augmentative Communication Device (ACDs).

4. Terangkan definisi ketidakupayaan pelbagai berserta contoh.


Menurut Individual Disabilities Education Act, ketidakupayaan pelbagai didefinisikan
sebagai ketidakupayaan yang wujud pada seseorang individu seiring atau bersama.
Dalam erti kata lain, ketidakupayaan pelbagai bermaksud seseorang yang mempunyai
dua atau lebih ketidakupayaan dalam sesuatu masa. Sebagai contoh, seorang kanak-
kanak menghidapi Sindrom Down dan Disleksia pada masa yang sama.
5. Apakah “deafblindness”? Terangkan punca berlakunya deafblindness.
Deafblindness adalah gabungan ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran. Ia
merupakan salah satu ketidakupayaan pelbagai yang boleh dikategorikan atas sebab
dua keadaan iaitu diperoleh selepas kelahiran dan keadaan kongenital. Keadaan ini
boleh berlaku selepas kelahiran yang disebabkan oleh jangkitan kuman penyakit,
kecederaan dan faktor umur. Dalam kandungan ibu, bayi sentiasa terdedah keada
risiko jangkitan kuman penyakit seperti rubela, sindrom Down, dan risiko bahan
toksik. Bayi mungkin dijangkiti sebelum dilahirkan maka kanak-kanak akan
dilahirkan dengan kedua- dua ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran.

6. Jelaskan implikasi ketidakupayaan pelbagai dalam pendidikan dari segi literasi


dan numerasi.
Literasi (kebolehan membaca dan menulis)- Murid yang mengalami
ketidakupayaan pelbagai sebenarnya aktif melibatkan diri dalam proses PdPc literasi
dalam kelas. Namun, mereka mengalami kesukaran mengikuti pelajaran, mengalami
ketidakupayaan menyerap kemahiran dipelajari terutama kemahiran membaca dan
menulis. Murid perlu diberi sokongan menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Namun demikian, murid ketidakupayaan pelbagai boleh membaca perlahan- lahan
dengan bantuan teks bergambar dan ilutrasi. Ilutrasi, gambar, lukisan dan lakaran
amat penting untuk membantu mereka mengenal huruf dan perkataan. Seterusnya,
murid-murid tersebut juga boleh menulis perkataan mudah berdasarkan gambar.

Numerasi (matematik)- Murid ketidakupayaan pelbagai mempelajari matematik


dengan mengenal pasti dan memadankan nombor denganobjek. Oleh itu, mereka
dapat mempraktikkan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian sebagai
contoh, mengira anak tannga dirumah dan mengira bilangan kuih didalam pinggan.
Selain itu, kemahiran numerasi juga dapat membantu murid berkaitan dengan wang
seperti urusan jual beli. Oleh itu, kemahiran numerasi yang mempunyai aplikasi
secara langsung dalam aktiviti seharian, boleh memberikan kesan yang baik ke atas
kualiti hidup murid dan menjadi sebahagian daripada kurikulum yang bermakna.
Kesannya dapat dilihat terhadap komunikasi, pembelajaran dan perkembangan lain
kerana mereka memerlukan pendidikan yang berbeza daripada program pendidikan
khas yang sedia ada.
7. Bincangkan satu penyelesaian khas bagi menangani ketidakupayaan pelbagai
dari aspek pedagogi.
Terdapat pelbagai penyelesaian yang dapat digunakan, salah satunya ialah kurikulum
secara individu. Setiap guru sekolah rancangan khas dan guru pemulihan khas telah
didedahkan dengan konsep pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu(RPI). RPI
merupakan salah satu program kurikulum secara individu dan bermakna. Program ini
sangat sesuai dierikan kepada setiap kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan
pelbagai. Antara ciri-ciri penting ialah RPI ini merangkumi aspek ketidakupayaan
murid dan perkhidmatan penempatan di program biasa, vokasional ataupun
pendidikan khas. Objektif RPI juga dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan.

8. Jelaskan satu alat/bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk murid
yang mempunyai ketidakupayaan pelbagai.
Terdapat satu alat atau bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk membantu
guru dalam proses PdPc iaitu penggunaan teknologi maklumat (ICT). Penggunaan
ICT dalam PdPc juga dapat memberi peluang murid untuk mencuba cara
pembelajaran baru selain daripada dapat membantu guru bagi mencapai objektif
pedagoginya. Guru boleh mengguna Overhead projector kerana ia digunakan untuk
penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.
UNIT 6

SOALAN STRUKTUR

1. Nyatakan jenis-jenis model yang dilaksanakan di Program Pendidikan Inklusif


(PPI) di Malaysia dan huraikan.
MODEL A: Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan kurikulum sedia ada
dan strategi pembelajaran dan pengajaran (PdP). MBK berpeluang menimba ilmu
pengetahuan dan mampu membantu mereka berkomunikasi dengan lebih baik dan
berfikiran seperti pelajar-pelajar normal lain.

MODEL B: Murid akan terlibat dalam sesi PdP di aliran arus perdana secara sepenuh
masa dan akan dipantau oleh guru pembimbing bagi meninjau keadaan prestasi
mereka dari semasa ke semasa. MBK dapat menimba ilmu pengetahuan bersama
rakan sebaya serta dapat bergaul dan berinteraksi dengan pelajar normal yang lain
dengan selesa.

MODEL C (Separa Inklusif): Penempatan di kelas biasa bagi mata pelajaran tertentu
sahaja dan dalam kelas khas/ bilik resos/ pusat sumber untuk mendapatkan
pembelajaran. Proses PdP ini juga dijalankan mengikut keupayaan murid
berkeperluan khas tersebut. Langkah ini sangat baik kerana tidak semua murid MBK
yang tidak berkeupayaan untuk beraktiviti seperti pelajar aliran arus perdana. Model
ini bertujuan untuk memastikan MBK mendapat pendidikan yang sama rata seperti
pelajar lain.

MODEL D: Bagi model ini, pelajar akan ditempatkan di Sekolah Khas (BaseSchool)
dan Kelas Satellite di sekolah biasa.

MODEL E: Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah perkhidmatan dan


kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau
kurang upaya. Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan
menengah serta menengah teknik dan vokasional dengan menggunakan pendekatan
pengajaran berasingan dan separa inklusif.
MODEL F: Murid ditempatkan sepenuh masa di rumah kediamannya. Ia
diklasifikasikan murid yang tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik tanpa
bantuan orang lain. Contohnya, di Malaysia MBK ditempatkan di rumah kediaman
berserta sekumpulan murid autisme yang lain. Langkah ini diambil bagi
menggalakkan murid tersebut bergaul dan berinteraksi dengan rakan yang lain serta
berasa diterima kehadiran didalam komuniti.

2. Berikan dua jenis Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di sekolah-


sekolah di Malaysia.
Dua jenis Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan kan di Malaysia adalah
model D dan model E.

SOALAN ESEI

1. Huraikan model-model Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di luar negara dan


bandingkan kesesuaian dilaksanakan di sekolah dalam Malaysia.
UNIT 7

1. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman anda, apakah teknik pembelajaran dan


pemudahcara yang sesuai dipraktikkan kepada pelajar berkeperluan khas bagi
menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan?

2. Jelaskan perbezaan antara teknik pengajaran abad ke-21 dengan pengajaran kaedah
konvensional. Pada pandangan anda, teknik pengajaran manakah yang lebih
berkesan?

3. Teknik pengajaran menggunakan teknologi multimedia merupakan salah satu teknik


yang selalu dipraktikkan bagi mewujudkan suasana pengajaran abad ke-21. Jadi,
terangkan kelebihan kaedah mengajar menggunakan teknologi multimedia dalam
pendidikan inklusif.
UNIT 9

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran inklusif di dalam pendidikan


inklusif?
Pentaksiran dalam konteks pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses
pengumpulan maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

2. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman anda, bagaimanakah pentaksiran di


dalam Program Pendidikan Inklusif sepatutnya dijalankan?

You might also like