You are on page 1of 32

.

ISL 1
Apakah perbezaan antara inklusif dengan integrasi? Huraikan setiap perbezaan individu dengan strategi P&P terhadap mereka.

Definisi Pendidikan Inklusif


Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal,di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. TimbalanKetua Pengarah Pendidikan. 1996)

Matlamat Program Inklusif


Memberi peluang kepada murid-murid khas menerima pengajaran,pembelajaran dan menyertai semua aktivitiaktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Murid berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awalawal lagi dalam semua aspek kemasyarakatanyang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996) mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa.

Definisi Pendidikan Khas Integrasi


Program yang disediakan di sekolah-sekolah biasa. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanakkanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan untuk belajar dan boleh diajar.

Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.

Matlamat Integrasi
Pendidikan separa inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran murid-murid berkeperluan khas di sekolahsekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada murid tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yangterdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampuberdikaridan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yangberguna dan berdikari

Strategi Pelaksanaan
Guru resos beroperasi sepenuh masa. Memberi bimbingan untuk Matematik,Bahasa Malaysia secara Individu dan menguruskan integrasi dalam pendidikan Seni, Pravokasional, P.J,MT, BM dan membantu guru kelas KKBP dan guru kelas biasa.

Mengendalikan pengajaran di Kelas KKBP. Bekerjasama dengan guru resos dalam mengintegrasikan murid dalam kelas biasa dan saling bantu membantu dalam penyediaan RPI

Pelajar KKBP mengikut jadual kelas biasadan akan pulang ke Kelas KKBP apabilapelajarandiikuti tamat. Matapelajaran yang dijangkakan boleh di integrasikan adalah Pravokasional, PJ, Seni. BM dan Matematik kepada pelajar yang boleh sahaja.

PERBEZAAN ANTARA INKLUSIF DENGAN INTEGRASI

Definisi
Inklusif Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan muridmurid normal,di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Integrasi Program yang disediakan di sekolahsekolah biasa, dilaksanakan kepada murid yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada murid yang berkeupayaan untuk belajar dan boleh diajar.

Pendidikan inklusif Penyediaan umum utk semua Penyesuaian kurikulum bg mencapai keperluan semua individu dgn aktiviti kelas biasa Matlamat pendidikan dalam konteks memperkembangkan potensi individu P&P secara koloboratif oleh guru resos dan guru sumber

Pendidikan integrasi Pdd Khas untuk KKBP / istimewa Kurikulum yg istimewa dgn aktiviti khas

Mencapai matlamat individu dalam pendidikan P&P oleh guru resos / guru khas

Penempatan Program
Inklusif Disaring/ dinilai oleh guru yang mengajar murid khas Persetujuan penempatan diputuskan dalam mesyuarat guru. Integrasi Di bangunan pendidikan khas disekolah Disahkan oleh pakar perubatan Perlu mendapatkan pengesahan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Pengesahan Individu Dan Penyesuaian


Inklusif Kerjasama antara guru PK dan aliran perdana Menggalakkan penglibatan pelajar yang dikenal pasti mampu belajar Mengikut kurikulum arus perdana Integrasi Disahkan oleh pakar perubatan Bermasalah domain kognitif, afektif,psikomotor dan sosioemosi namun masih boleh mengurus diri Mengikut kurikulum PK.

STRATEGI P&P TERHADAP MURIDMURID BERKEPERLUAN KHAS

Attention Deficit / Hyperactivity disorder ADD/ADHD


Tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.

Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).

Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui. David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Beri tugasan yang ringkas.

Lembam (Slow Learner)


Perkembagan kanak-kanak lembam ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggengam masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasaan kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak-kanak ini menyiapkan tugasan mereka. Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Terencat Akal
Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Ciri-ciri Terencat Akal


Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

Sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.

Simdrom Down
Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Ciri-ciri Sindrom Down


Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik. Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

Autisme
Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah


Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakanrakan sebaya. Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanakkanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan. Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/25006519/1-ApaItu-Pendidikan-Khas tarikh akses 30 Jun 2012 http://www.slideshare.net/yunjie/pendidikankhas tarikh akses 30 Jun 2012 http://ppdlms.edu.my/pk/ tarikh 30 Jun 2012

You might also like