You are on page 1of 12

Sekolah Dalam Hospital

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Chong Cheng Yang
Ong Yi Rong
Pengenalan
Penubuhan Sekolah Dalam Hospital
(SDH) merupakan satu inisiatif
bersama antara Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM),
Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Hospital Universiti dan
Yayasan Nurul Yacieen (YNY)
terhadap keperluan meneruskan
pendidikan kepada murid yang
berada di wad hospital dan
mempunyai kesediaan untuk belajar.
Pengenalan
• Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksibel dalam
suasana persekitaran yang kondusif. Pendekatan ini secara tidak langsung
merupakan satu terapi yang dapat membantu proses penyembuhan murid
yang berada di hospital. Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan
dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.
• Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital" telah dipersetujui dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital KPM Bil. 4/2011
bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (KPPM). Mesyuarat juga memutuskan bahawa Bahagian
Pendidikan Khas (BPKhas) diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan
pengurus SDH.
• SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School in Australia yang telah
disesuaikan mengikut konteks Malaysia.
Objektif Penubuhan
1. Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur dalam persekitaran
yang kondusif secara santai / didik hibur (fun learning) bagi murid yang
sedang dirawat di hospital
2. Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan
pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran.
3. Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur
kanak-kanak yang bersekolah tanpa batasan tem pat dan keadaan.
4. Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid sakit melalui pelbagai
pendekatan sebagai satu bentuk terapi.
Kelayakan Murid SDH
• Warganegara dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga
menengah atas.
• Berdaftar di sekolah kerajaan.
• Dijangka menerima rawatan di wad lebih daripada 3 hari dan berulang
(dialisis) atau rawatan berulang.
• Diperakukan oleh pegawai perubatan sebagai murid yang mempunyai
kesediaan belajar (clinically fit).
• Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.
Guru Sekolah Dalam Hospital
Guru-guru di SDH ialah :
• Siswazah DG41/DG44 (KUP)
• Mendapat latihan secara klinikal melalui kursus anjuran Bahagian Pendidikan
Guru
• Berupaya mengajar pelbagai tahap (multilevel) dan pelbagai subjek
(multisubjek)
• Fleksibel, mempunyai tahap emosi dan fizikal yang baik
• Ceria, kreatif dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dalam pelbagai
situasi.
SDH Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
SDH Pusat
Perubatan
UKM
Rujukan
• http://www.moe.gov.my/index.php/my/sekolah/sekolah-dalam-
hospital
• http://hus.moh.gov.my/bm/index/sekolah-dalam-hospital-sdh/
• http://www.cikguhailmi.com/2013/09/apa-itu-sekolah-dalam-
hospital.html
• http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131006/kn_03/Se
kolah-Dalam-Hospital
• http://www.ppukm.ukm.my/pediatrik/sekolah-dalam-hospital/
• http://hoshas.moh.gov.my/v4/index.php/direktorathoshas/penguru
san/sekolah-dalam-hospital.html

Sekian, terima kasih.

You might also like