You are on page 1of 83

1

Pembinaan Ujian
Langkah Pembinaan Ujian

• Proses yang penting dalam merancang


ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) yang mengandungi
maklumat tertentu bagi sesuatu ujian.
• Kandungan sukatan pelajaran dianalisis
untuk menentukan pentingnya setiap
tajuk/subtajuk dalam kandungan
sukatan pelajaran berkenaan.
2
Antara aspek yang perlu dianalisis
termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat


bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu
tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk
dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang
perlu bagi sesuatu tajuk
3
• Maklumat di atas penting kepada
penggubal soalan kerana maklumat itu
menentukan sifat ujian dari segi
bilangan soalan yang perlu dimasukkan
untuk setiap tajuk/subtajuk.

• Di samping itu, analisis perlu juga dibuat


terhadap objektif pendidikan yang
diasaskan pada taksonomi pendidikan
yang dikemukakan oleh Benjamin S.
Bloom.
4
Penggubalan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU)
• Berdasarkan analisis inilah Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka.
• JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi
kandungan dan paksi peringkat
kemahiran.
• JSU ini akan menetapkan bilangan
soalan yang perlu diuji bagi setiap
tajuk/subtajuk pada setiap peringkat
kemahiran.
• JSU yang lengkap dibina akan menjadi
panduan kepada penggubal soalan.
5
Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka
ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan


pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan
kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan
kesukarannya walaupun ujian dibina
oleh orang yang berlainan.
6
Tahap Kognitif

Pengetahuan

Pemahaman

Penggunaan
Kandungan

Peratus%
Penilaian

Jumlah
Stuktur
Pemakanan: x

Jenis makanan x x x
Proses
Pencernaan x x x x
Penghazaman x x
Jumlah 20% 20% 50% 10% 100%

7
Tahap Kognitif

Pengetahuan

Pemahaman

Penggunaan

Peratusan%
Kandungan

Penilaian

Jumlah
Stuktur
Pemakanan: 4(AP) 4 4
Jenis makanan 4(AP) 6(T) 10(AP) 20 20

Proses
Pencernaan 6(BS) 6(T) 10(AP) 10(E) 32 32

Penghazaman 6(BS) 8(T) 44 44


jumlah 20% 20% 30(AP) 10% 100

8
Taksonomi Pembelajaran
Tujuan pendidikan dibahagikan
kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif),


melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek intelektual,
seperti pengetahuan, pengertian,
dan keterampilan berfikir.

9
2. Affective Domain (Domain Afektif)
melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek perasaan dan emosi,
seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara
penyesuaian diri.

3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor)


mengenai perilaku-perilaku yang
menekankan aspek keterampilan motor
seperti tulisan tangan, berenang, dan
mengoperasi mesin.
10
Domain Kognitif (Bloom)

Bloom membahagikan domain


kognitif kepada enam tahap. Domain
ini terdiri dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan
Intelektual

11
Pengetahuan (Knowledge)
• Berasaskan kemampuan untuk
mengenali dan mengingat
peristilahan, definisi, fakta-fakta,
gagasan, pola, urutan, metodologi,
prinsip dasar, dan sebagainya.

12
Pemahaman (Comprehension)

• Dikenali dari kemampuan untuk


membaca dan memahami
gambaran, laporan, jadual , diagram,
arahan, peraturan, dan sebagainya.

13
Aplikasi (Application)

• Pada tahap ini, seseorang pelajar


memiliki kemampuan untuk
menerapkan gagasan, prosedur,
metodologi , rumus, teori dan
sebagainya di dalam persekitaran
sebenar.

14
Analisis (Analysis)

• Pada tahap analisis, seseorang akan


mampu menganalisa maklumat yang
diperoleh dan mencerakinkannya
atau menstrukturkan maklumat itu ke
dalam bahagian yang lebih kecil
untuk mengenali pola atau
hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor
penyebab dan akibat dari sebuah
senario yang rumit.
15
Sintesis (Synthesis)

• Seseorang pelajar pada tahap sintesis


akan mampu menjelaskan struktur
atau pola dari sebuah senario yang
sebelumnya tidak terlihat dan
mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk
menghasilkan bentuk penyelesaian
yang diharapkan.

16
Penilaian (Evaluation)

• Dikenali dari kemampuan untuk


memberikan penilaian terhadap
penyelesaian, gagasan, metodologi
dan sebagainya dengan
menggunakan kriteria yang sesuai
atau standard yang ada untuk
memastikan nilai efektif atau
manfaatnya.

17
Domain Psikomotor (Simpson)

1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks
(Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)

18
Domain Afektif (Krathwohl)

1. Penerimaan (Receiving/Attending)
2. Tanggapan (Responding)
3. Penghargaan (Valuing)
4. Pengorganisasian (Organization)
5. Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai
(Characterization by a Value or
Value Complex)

19
Panduan Pembinaan item Ujian
• Langkah ini dilakukan oleh pakar-
pakar dalam mata pelajaran
berkenaan.
• Penggubal perlu menulis soalan
berdasarkan JSU dari segi kandungan
dan kemahiran yang hendak diuji.
• Soalan hendaklah ditulis
berpandukan kepada prinsip
penulisan soalan.

20
Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada
seseorang penggubal ialah:

a) menguasai isi kandungan dokumen standard,


termasuklah kesedaran tentang sebarang
kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk
menguasai mata pelajaran, kesedaran tentang
kekeliruan atau kesilapan yang lazim dibuat oleh
pelajar (penting untuk membina distraktor
dalam soalan aneka pilihan), dan kesedaran
tentang kesukaran bandingan antara tajuk-
tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana
sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran
bandingan yang ada supaya kertas soalan tidak
menjadi terlalu mudah atau terlalu susah,

21
b) mempunyai objektif pendidikan
yang rasional supaya dapat
membezakan antara perkara yang
penting diketahui oleh pelajar
dengan perkara yang remeh-temeh
yang tidak perlu diuji,

22
c) memahami dan menyedari tahap
pendidikan pelajar supaya soalan
yang dibina dapat disesuaikan
dengan kemampuan mental pelajar
tanpa menjejaskan standard soalan.
Ini penting untuk mengelakkan
sebarang perkara yang menimbulkan
keraguan atau perkara di luar liputan
sukatan pelajaran,

23
d) mahir dalam perhubungan verbal
supaya soalan yang ditulis tepat
maknanya secara eksplisit dan implisit
dan betul jalan bahasanya; kesilapan
tafsiran kerana penggunaan kata-kata
atau ungkapan yang kurang tepat
dalam soalan esei dapat dibetulkan
dengan mengubahsuaikan skema
pemarkahan tetapi dalam soalan
aneka pilihan, ubahsuaian ini tidak
dapat dilakukan,

24
e) mahir dalam teknik menulis
soalan dengan menggunakan
imaginasi clan daya cipta sendiri.

25
Memilih dan menyelaraskan soalan
Soalan (terutamanya soalan aneka pilihan) hendaklah
digubal berdasarkan kehendak JSU disemak oleh satu
jawatankuasa/panel berdasarkan kriteria yang berikut.

a) Pokok soalan lengkap dan jelas.


b) Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana
satu bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat
dalam JSU.
d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit
kepada pelajar
e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.
Jawatankuasa/panel juga bertanggungjawab
memperbaiki sebarang kesilapan atau kecacatan
yang terdapat pada soalan-soalan yang dipilih.

26
AKTIVITI:
• Senaraikan langkah-langkah yang
perlu diambil kira oleh seorang
pendidik sebelum melaksanakan
sesuatu ujian bilik darjah.

27
Ciri- Ciri Item Yang Baik
Akur Kurikulum
 Item yang dibina mestilah dalam
cakupan kurikulum
 Jika luar skop, skor tidak sah dan skor
tidak membawa makna serta tidak
boleh dipercayai

Akur Spesifikasi
 Jenis dan bentuk item dalam spesifikasi;
kandungan mata pelajaran yang
dicakup; aras kemahiran
Akur Peluang
Peluang yang cukup diberikan
kepada pelajar untuk mempelajari
perkara yang ditaksir
Peluang dari segi kemudahan yang
ada dan kepakaran guru untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar
Ketepatan: Konstruk, Konteks (Tajuk)

 Menepati konstruk iaitu Pengetahuan,


Kemahiran dan Nilai
- Jika tidak dipatuhi, taburan item terjejas
dan mempengaruhi kebolehpercayaan
skor

 Mesti mengikut tajuk/konteks yang


dihasratkan
- Jika tidak ada, tajuk yang diwakili akan
memberikan kesan kepada taburan item
Kejelasan: Rangsangan/Stimulus, Stem,
Homogeniti, Bahasa
 Rangsangan: sesuai, relevan dan tepat
 Stem: bahasa yang gramatis dan
minimumkan ayat negatif
 Bahasa: mudah difahami, jelas dan tepat
 Istilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) sahaja yang keutamaannya
diberikan. Sekiranya terdapat istilah
daripada sumber lain, pastikan bahawa
istilah tersebut digunakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kesesuaian: Aras kesukaran, Kepentingan,
Keadilan
 Aras Kesukaran: menepati aras yang
ditetapkan iaitu aras kesukaran rendah (R),
sederhana (S), tinggi (T)
- Item aras (R) dapat dijawab oleh
sebilangan besar pelajar
- Item aras (S) dapat dijawab oleh pelajar
yang berprestasi sederhana dan
cemerlang
- Item aras (T) dapat dijawab pelajar
berprestasi cemerlang sahaja.
Sesuai Penting: item yang dibina
mewakili perkara penting dalam
Sukatan Pelajaran/Pro forma subjek
Adil: item tidak bias dari segi etnik,
agama, budaya dan jantina
Item tidak sensitif dari segi agama,
budaya dan emosi
Item yang dibina berbentuk in-situ
(localised)
Item dalam instrumen mestilah
mewakili:
Kepelbagaian item
Kepelbagaian cara penyoalan
Ciri-ciri mengikut aras kemahiran domain
kognitif (Taksonomi Bloom (2001)

Aras Ciri Soalan Kata Tugas


Eksplisit
1. Mengingat/ Menguji kebolehan calon Baca
Remembering mengingat sesuatu semula, Catat
mengecamkan idea, mengenal Daftarkan
pasti, menyenaraikan dan Kenal pasti
menamakan keterangan, prinsip
Labelkan
atau fakta yang telah dipelajari
Namakan
Nyatakan
Jawapan calon menggunakan Padankan
bahasa asal Pasangkan
Perihalkan
Pilikan
Sebutkan
Senaraikan
Tandakan
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
2. Memahami/ Menguji kebolehan kognitif yang Anggarkan
Understanding melibatkan penggunaan Bandingkan
pengetahuan tanpa situasi Bezakan
baharu Hitungkan
Huraikan
a) Penterjemahan: Jelaskan
Kemahiran menyatakan Kategorikan
sesuatu konsep yang diketahui Kemukakan
melalui perkataan/simbol Parafrasa
Perluaskan
 Menterjemahkan satu bahasa Ramalkan
ke bahasa lain Rangkumkan
 Menukar bentuk simbol Simpulkan
kepada bentuk verbal atau Terangkan
sebaliknya Terjemahkan
 Membaca skor muzik Tulis semula
dengan
perkataan
sendiri
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
b) Interpretasi:

Kemahiran menghubungkaitkan
bahagian dalam sesuatu set
komunikasi dan menyatakan
dalam bentuk lain dengan
mengekalkan makna set
komunikasi itu.

Mengolah, menyusun,
meringkaskan sesuatu pernyataan
peristiwa atau konsep,
menggunakan bahasa sendiri
tanpa mengubah makna dan
tujuan asal.
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
c) Ekstrapolasi:

Kemahiran yang melibatkan


interpretasi yang melampau tentang
maklumat dalam set komunikasi

Membuat ramalan, inferens atau


anggaran,berdasarkan pemerhatian,
pengalaman, corak atau trenda

Membuat telahan sebab dan akibat


sesuatu peristiwa terjadi
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
3. Mengaplikasikan/ Menguji kemahiran Bina
Applying menggunakan pengetahuan Cari
untuk memberikan penjelasan Gambarkan
bagi suatu situasi baharu atau Gunakan
menyelesaikan masalah yang Kaitkan
baharu Kemukakan
Mengaitkan peristiwa masa Kira
kini dengan peristiwa masa Laksanakan
lalu Organisasikan
Menyelesaikan masalah Ramalkan
matematik dengan Selesaikan
menggunakan rumus yang Simulasikan
bersesuaian Tentukan
Menggunakan pengetahuan Terapkan
dan pengalaman yang ada Tunjukkan
untuk menyelesaikan masalah
berkaitan dengan aspek
kognitif. Misalnya memberikan
cadangan berasaskan fakta.
Arasi Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
4. Menganalisis/ Menguji kemahiran Banding beza
Analysing mencerakinkan/mengumpul Bandingkan
maklumat atau bahagian- Berikan sebab
Bezakan
bahagian dalam suatu set
Buat analisis
komunikasi sehingga Buat eksperimen
pertalian antara bahagian- Buat inferensi
bahagian tersebut dapat Buat kiraan/hitungkan
ditunjukkan dengan jelasnya. Buktikan Cerakinkan
Diagnosis
Menguji kebolehan calon Diskriminasi
membandingkan dan Ilustrasi
Inferensi
menghuraikan fakta-fakta
Kategorikan
kesamaan, perbezaan dan Kesan
perhubungan di antara satu Kritik
sama lain. Modelkan
Perincikan
Rangkakan
Simpulkan
Teliti/Periksa
Ubah suai
Aras Ciri Soalan Kata Tugas Eksplisit
5. Menilai/ menguji kebolehan calon Bahaslah
Banding beza
Evaluating membuktikan, menilai, Pertahankan
mengesahkan, mengkritik, Bandingkan
merumuskan atau memberikan Berikan hujah
pendapat terhadap sesuatu Berikan justifikasi
Berikan pendapat
pernyataan Berikan sokongan
Bincangkan
Calon perlu melihat fakta dari Buat anggaran
Buat generalisasi
aspek ‘pro dan kontra’ semasa Buat penghakiman
membuat penilaian Buat ramalan
Buat rumusan
Buat verifikasi
Buktikan
Cantumkan
Diskriminasikan
Gabungkan
Hubungkait
Huraikan
Interpretasikan
Nilai
Pertimbangkan
Taksir
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
Kemahiran membuat pertimbangan
atau memberikan gred dengan
menggunakan kaedah dan kriteria
standard tentang kesesuaian,
ketepatan, kecekapan, keberkesanan
dan sebagainya

Menentukan ketepatan,
kecukupcakupan, dan kerelevavav
data
Menyokong suatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat berdasarkan
kaedah standard
Mengenal pasti sifat bias dan emosi
dalam persembahan
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
6. Mencipta/ Menguji kebolehan calon Bandingkan
creating merancang, mereka/ mencipta/ Bentukkan
menghasilkan sesuatu yang kreatif Buktikan
dan penggabungan pelbagai unsur. Cadangkan
Hal ini termasuk penghasilan sesuatu Ciptakan
rancangan, rumusan, Gabungkan
kaedah/prosedur atau cadangan. Gubal
Jana
Kemahiran yang boleh Perincikan
menggabungkan elemen-elemen Perjelaskan
dan bahagian-bahagian untuk Putuskan
membentuk suatu set maklumat Rancangkan
Rumuskan
Melibatkan proses menyusun dan Sediakan
membuat kesimpulan Sintesiskan
Simpulkan
Susun semula
Tafsirkan
Aras Ciri Soalan Kata Tugas
Eksplisit
Lebih bersifat pemikiran bercapah
dan kreatif

Mencipta lagu
Mereka bentuk bangunan
berdasarkan spesifikasi yang
ditetapkan
Menghasilkan penemuan
matematik daripada pengolahan
dan perumusan maklumat
matematik.
Contoh Item
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
1 Mengingat Apakah maksud sampul kecil dalam sistem fail?
A Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya
tidak ditemuikan
B Satu fail baharu dibuka setelah fail asal
melebihi 100 dokumen
C Satu fail baharu diadakan untuk kegunaan
pengerusi atau ketua
D Satu fail sementara diadakan bagi
mengendalikan satu aktiviti khas

Tingkah laku muzikal merupakan satu tingkah


laku yang berbentuk hasil daripada gabungan
dua faktor sosiologi yang utama. Nyatakan dua
faktor dan komponennya.
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
2 Memahami Manakah antara yang berikut yang merupakan
tujuan untuk memahami dan mempelajari
psikologi dalam pendidikan?
A Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip
tingkah laku murid
B Membantu guru untuk berinteraksi dengan
ibu bapa murid secara mesra dan berkesan
C Membekalkan guru dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam mata
pelajaran yang diajarkan di nsekolah
D Membantu guru memahami konsep budaya
sekolah dan budaya murid untuk
menjalankan aktiviti kemasyarakatan

Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter,


terangkan dua cara bagaimana seseorang
guru boleh menguruskan masalah disiplin di
dalam bilik darjah
Bil Aras Kemahiran Contoh Item
3 Mengaplikasikan Bincangkan dua cara berserta contoh
bagaimana seseorang guru dapat
meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui
pengetahuannya tentang gaya
pembelajaran muridnya.

Anda ditugaskan untuk mengajar mata


pelajaran pengkhususan anda kepada murid
tahun 4. Bilik darjah anda mempunyai
seorang murid autistik dan seorang murid
hiperaktif serta 30 orang murid yang lain.
Bincangkan strategi pengurusan bilik darjah
yang dapat anda melaksanakan. Strategi
anda perlu mengambil kira keperluan kedua-
dua murid autistik dan hiperaktif serta murid
yang lain di dalam bilik darjah tersebut.
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
4 Menganalisis Teori Kaunseling boleh membantu kaunselor
semasa mengendalikan sesi kaunseling sebagai
kerangka utama proses kaunseling.

Berdasarkan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku


(REBT), bincangkan dengan memberi contoh
yang jelas tentang lima pandangan teori
berkenaaan terhadap sifat manusia.

It is believed that knowledge of students’


multiple intelligences, as described by Gardner,
can help a teacher maximize students’ learning
potential. Discuss this belief in the context of the
Malaysian teacher.
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
5 Menilai Pollution has caused severe damage to the
environment. How far has man’s activities
contributed to this? Explain your answer with
relevant examples.

Pencemaran telah menyebabkan kerosakan


yang teruk kepada alam sekitar. Bincangkan
sejauh mana aktiviti manusia menyumbang
kepada masalah ini?
Bil Aras Contoh Item
Kemahiran
6 Mencipta Karangkan sebuah cerita untuk menerangkan
pengalaman anda semasa menjalani praktikum
di sekolah.

Isu murid kurang minat, tidak memberi fokus dan


lemah dalam penguasaan isi pelajaran sering
dihadapi oleh guru-guru di dalam bilik darjah.

Berdasarkan kefahaman anda berkaitan


dengan motivasi, cadangkan bagaimana anda
boleh mengaplikasikan motivasi intrinsik dalam
mata pelajaran pengkhususan anda di dalam
bilik darjah dengan berkesan.
Aspek-aspek Domain Afektif
Kategori Penerangan Kata Tugas
Eksplisit
Penerimaan Soalan berhubung dengan Berikan
kemahiran pelajar untuk memberikan Kenal pasti
perhatian dan menerima idea tanpa Namakan
soal jawab. Tindakan pelajar Pilih
mencerminkan satu Terangkan
kesedaran/perhatian terhadap
rangsangan dan
peristiwa/persekitaran yang
berhubung dengan domain afektif.
Kategori Penerangan Kata Tugas
Eksplisit
Bertindak Pelajar mengikuti atau mematuhi Baca
balas peraturan yang ditetapkan, Bincangkan
bertindak balas dengan sukarela Labelkan
dan melibatkan diri dalam aktiviti Lakukan
berdasarkan minat. Laporkan
Persembahkan
Tulis

Nilaian Penyertaan pelajar dalam sesuatu Bentuk


aktiviti bukan sahaja kerana Berikan justifikasi
keseronokan tetapi juga kerana Cadangkan
wujudnya komitmen dan Huraikan
penghayatan berdasarkan prinsip Kajikan
yang telah dinuranikan sehingga Lengkapkan
menjadi kepercayaan. Terangkan
Kategori Penerangan Kata Tugas Eksplisit
Pengelolaan Pembentukan satu sistem nilai Bezakan
yang konsisten dalam diri Gabungkan
seseorang yang mengandungi Hubung kaitkan
beberapa nilai lain yang saling Organisasikan
berkaitan antara satu sama Pertahankan
lain. Sintesiskan
Susun
Ubah suai

Perwatakan Pelajar tahu siapa dirinya dan Cadangkan


apa yang diperjuangkannya Diskriminasikan
jika tingkah laku sejajar Lakonkan
dengan falsafah hidup yang Selesaikan
dipilih dan dipegang. Verifikasi
Item Objektif
• Item objektif ialah item yang
mempunyai pilihan jawapan, iaitu
calon perlu memilih hanya satu
jawapan yang tepat.

• Item objektif terdiri daripada aneka


pilihan dan aneka gabungan.
Aneka Pilihan
Mempunyai tiga komponen:
• Rangsangan/Stimulus
- maklumat khusus tempat item itu
didasarkan
- berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan
dll.
• Stem/Pokok Soalan
- bahagian yang mengandungi tugasan
- berbentuk ayat lengkap, ayat tidak
lengkap, soalan dll
-
• Pilihan Jawapan
- berbentuk angka, simbol, gambar rajah,
frasa, jadual dll
- mengandungi kunci, iaitu pilihan
jawapan tepat
- pengganggu/distraktor untuk
mengganggu calon daripada jawapan
sebenar

• W/bgmn pun jk stem soalan/pokok soalan


adalah lengkap dan membawa makna yang
jelas, rangsangan/stimulus tidak diperlukan.
Aneka Gabungan/Item Cantuman
• Item Aneka Gabungan menghendaki
calon membuat satu Pilihan Jawapan
yang tepat daripada satu gabungan
empat elemen yang diberikan
• Gabungan elemen perlu disebarkan
seimbang dalam Pilihan Jawapan
• Elemen-elemen jawapan disusun
mengikut pilihan tertib berikut:
 Pendek ke panjang
 Kuantiti kecil ke banyak
 Angka kecil ke angka besar
Contoh Item Aneka Pilihan
Murid A: “Ayah tak suka saya pun, saya tak kisah…”
(Rangsangan)

Sebagai guru bimbingan yang ingin mengaplikasikan


kemahiran mendengar, manakah corak respons berikut
yang memperlihatkan kemahiran tersebut berdasarkan
jawapan murid A? (Stem)

A “Nampaknya anda kecewa dengan ayah anda”


B “Anda tidak kisah walaupun ayah anda tidak suka akan
anda” (Kunci)
C “Anda berasa marah kerana ayah tidak mengambil berat
keadaan anda”
D “Jadi anda mengambil keputusan untuk tidak
menghiraukan ayah anda”
Contoh Soalan Aneka Gabungan
Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
semua pelajar dalam proses pembelajaran bagi membolehkan
pelajar memindahkan pemikiran mereka dalam bentuk tulisan.

Kemahiran menulis dapat diertikan sebagai


I proses kreatif melahirkan idea melalui bahasa tulisan
II suatu kegiatan mentranskripsi, mengubah bunyi menjadi tanda-
tanda baca
III kemampuan seseorang mengemukakan fikiran (idea) kepada
pihak lain melalui media tulisan
IV penggambaran visual tentang fikiran, perasaan dan idea
dengan menggunakan simbol sistem bahasa untuk keperluan
komunikasi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Panduan Pembinaan Item Aneka Pilihan

Bil Ciri-ciri Panduan Umum


1 Isi kandungan dan  Pastikan bahawa soalan menguji satu
kemahiran yang hasil pembelajaran yang penting
sepatut diuji
 Pastikan bahawa soalan menepati
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dari segi
kandungan dan aras kemahiran

 Pastikan bahawa soalan menguji lebih


daripada hanya pengetahuan fakta
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
2 Pokok  Pokok soalan mengemukakan satu
soalan/Stem permasalahan yang jelas sahaja

 Pokok soalan mengandungi maklumat


yang relevan sahaja

 Kehendak dan aras soalan dapat


dijelaskan/ditingkatkan lagi dengan
gambar rajah, senario situasi sebenar,
jadual dll

 Pokok soalan harus dalam bentuk positif

 Dicadangkan bilangan item berbentuk


negatif (contoh- KECUALI) hanya meliputi
5% daripada jumlah keseluruhan bilangan
item bagi sesuatu kertas peperiksaan.
Contohnya 5% daripada 20 soalan
bersamaan dengan 1 soalan berbentuk
negatif sahaja.
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
 Jika soalan negatif, perkataan negatif dalam
pokok soalan perlu ditonjolkan

 Perkataan yang hendak ditonjolkan dalam


pokok soalan seperti bukan, paling dan
bilangan (contoh: dua) perlu dihitamkan.

3 Pilihan  Distraktor harus berfungsi dan munasabah


Jawapan
 Pilihan jawapan harus homogen

 Pilihan jawapan dalam lingkungan proforma

 Semua pilihan jawapan selaras/selari dari segi


tatabahasa dengan pokok soalan

 Tiada pembayang jawapan pada pilihan


jawapan (‘Verbal clues’)
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
 Tiada pembayang jawapan pada soalan-
soalan lain

 Elaklah daripada menggunakan pilihan


jawapan “Semua di atas” atau “Tiada jawapan
yang betul”

 Pilihan jawapan harus hampir sama panjang

 Pilihan jawapan disusun mengikut kronologi/


numerik/ abjad/ panjang/ pendek

 Perkataan yang berulang-ulang dalam semua


pilihan jawapan dipindahkan ke pokok soalan

 Terdapat 4 pilihan jawapan A, B, C dan D


sahaja ditetapkan untuk setiap soalan
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
 Bilangan item cantuman tidak melebihi dari
5% daripada keseluruhan soalan objektif.
Contohnya 5% daripada 20 soalan
bersamaan dengan 1 soalan item cantuman
sahaja

 Empat elemen sahaja (I, II, III, dan IV)


disediakan sebagai pilihan bagi soalan
berbentuk pelbagai cantuman/gabungan

 Empat elemen (I, II, III, dan IV) dicantumkan


dan disebarkan secara seimbang sama ada
2 elemen atau 3 elemen.
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
4 Penggunaan  Untuk semua soalan, rajah, jadual, peta
petikan, rajah, dan petikan diletakkan sebelum pokok
istilah dan soalan/stem dan dinomborkan jika melebihi
tatabahasa satu

 Penggunaan bahasa mudah difahami

 Struktur bahasa dan istilah betul/sesuai

 Ejaan betul dan tekal

 Singkatan perkataan (akronim) digunakan


dengan betulnya dan telah dinyatakan
sebelumnya

 Petikan atau bahan rujukan harus


dinyatakan sumbernya
Bil Ciri-ciri Panduan Umum
5 Sebaran  Sebaran jawapan tidak ada pola pada
jawapan senarai jawapan (Skema Pemarkahan)
adalah secara
rawak  Bilangan A, B, C, dan D hampir sama
banyak
Item Subjektif
• Item Subjektif ialah item yang
membenarkan subjektiviti dalam
jawapan yang diberikan oleh calon
• Calon boleh menunjukkan pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran melalui
jawapan kepada item kemahiran berfikir
aras tinggi (Higher Order Thinking Skills)
• Item subjektif terdiri daripada Item
Berstruktur, Item Respons Terhad dan
Item Respons Terbuka.
Item Berstruktur
• Satu siri soalan yang berturutan dan
berkaitan antara satu sama lain
• Tugasan item merujuk kepada perkara
yang sama
• Item berstruktur membentangkan suatu
situasi kepada pelajar yang
mengkehendaki pelajar memberikan
respons
• Jawapan yang diberikan merupakan
proses atau aspek yang berkaitan
• Item jenis ini boleh menguji masalah
situasi yang kompleks
Bentuk item berstruktur:
Item Tanpa Petikan
Item Dengan Petikan
Item Dengan Pernyataan
Item Bergambar
Item Bergraf
Item Bergambar Rajah
Item Aplikasi
Item Padanan
Item Respons Terhad
• Respons terhad membataskan calon
dalam aspek skop soalan dan
peruntukan markah.
• Ruang jawapan yang disediakan lebih
terbatas, iaitu respons yang diperlukan
daripada calon merupakan satu frasa,
beberapa ayat atau satu perenggan.
• Respons yang dijangkakan distrukturkan
(structured) atau dipandu (guided)
berdasarkan kehendak soalan.
Item Respons Terbuka
• Item yang memerlukan calon merancang dan
menyusun jawapan dengan terbuka.
• Calon berpeluang mengemukakan idea,
menyusun respons secara kritis, mengemukakan
hujah yang rasional dan konstruk yang membina
berdasarkan tuntutan soalan.
• Sebagai contoh, soalan esei pendek yang
memerlukan jawapan antara 300 hingga 400
patah perkataan dan soalan esei panjang
antara 500 hingga 700 patah perkataan.
• Item ini menggalakkan calon untuk
mempamerkan proses penaakulan HOTS kepada
penilai.
Panduan Umum Penggubalan
Item Berstruktur
• Boleh menggunakan petikan, rajah
atau jadual sebagai rangsangan
kepada soalan.
• Pastikan bahawa pecahan-pecahan
soalan ada perkaitan dan
kesinambungan mengenai sesuatu
tema.
• Pecahan soalan meliputi pelbagai aras
yang disusun mengikut urutan.
• Ruang jawapan bergaris disediakan
bagi setiap pecahan soalan dan
peruntukan markah dinyatakan.
• Bagi pecahan soalan yang
melibatkan pengiraan, lukisan atau
ilustrasi, ruang jawapan tidak perlu
digaris.
• Rajah, jadual, peta dan graf
diletakkan sebelum pokok soalan dan
dinomborkan jika lebih daripada satu.
• Jika petikan digunakan, catatlah
sumbernya.
Panduan Penggubalan Item Subjektif
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
1 Item Esei  Pastikan bahawa tidak ada pecahan soalan
bagi soalan esei

2 Fokus  Bina setiap soalan supaya tujuan dan


kehendak maksudnya jelas kepada calon
soalan perlu
jelas  Tentukan bahawa skop, aspek dan
penekanan soalan itu jelas

 Hadkan fokus soalan supaya murid


mempunyai masa yang cukup untuk
menjawabnya

 Sekiranya soalan membenarkan variasi


perincian, tentukan panjangnya dalam
soalan itu
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
3 Skop soalan  Bina soalan yang menepati objektif
adalah pengajaran supaya pemeriksa boleh
berdasarkan memberikan markah dan boleh
objektif dipercayai
pengajaran
 Berdasarkan objektif pengajaran (akur
JSU)

 Pastikan bahawa tugasan soalan yang


diberikan tidak disoal dalam bahagian
objektif
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
4 Soalan akur  Rangsangan digalakkan
kepada aspek-
aspek penulisan  Boleh menggunakan petikan, rajah atau
soalan esei jadual sebagai rangsangan kepada
soalan

 Untuk semua jenis soalan, rajah, jadual,


peta dan petikan diletakkan sebelum
pokok soalan dan dinomborkan jika
melebihi satu

 Tugasan soalan perlu jelas dan lengkap


(jika perlu, tunjukkan proses/ tingkah laku/
kemahiran, syarat dan kriteria)
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
5 Soalan yang  Semua soalan esei dan soalan struktur
mencabar dan adalah beraras tinggi (tertakluk kepada
memerlukan JSU) supaya memberi peluang kepada
pelajar menganalisis, mensintesis dan
pelajar
membuat penilaian
menggunakan
pemikiran aras  Soalan melibatkan lebih daripada satu
tinggi (Higher aspek supaya pelajar dapat membuat
Order Thinking perkaitan atau mensintesisi antara aspek-
Skills – HOTS) aspek

 Soalan yang memerlukan pelajar untuk


mengaplikasi pengetahuan kepada situasi
baharu

 Menggunakan kata tugas “mengapa”,


“sejauh manakah” dsbg

 Sifat terbuka (open-ended)

 Pastikan jawapan tidak boleh didapati


daripada buku teks, internet dan sumber
lain
Bil Ciri-ciri Panduan Khusus Penggubalan Soalan Esei
6 Skema Pemarkahan  Skema Pemarkahan yang lengkap dan
disediakan disertakan soalan di dalamnya.
bersama-sama
dengan soalan  Bagi soalan esei, sediakan satu sampel
hujah untuk menjawab soalan supaya
meningkatkan kebolehpercayaan
pemarkahan. Manakala hujah-hujah
lain dicatatkan secara ringkas sebagai
jawapan yang dijangkakan.
Panduan Aspek Teknikal
• Kertas Peperiksaan perlu ditaip mengikut templat
standard dari segi Page Setup, Jarak/Spacing
dan sistem penomboran.
• Font
Bahasa Malaysia dan Inggeris – font Arial dan saiz
11
Bahasa Arab – font Traditional Arabic saiz 18
Bahasa Melayu Jawi – font Jawi Biasa saiz 18
Bahasa Cina – font Song Ti saiz 12
Bahasa Tamil – font Murasu Inaimathy saiz 11
Penggunaan tanda baca, huruf besar/kecil:

 Tugasan yang berbentuk soalan diakhiri dengan tanda


soalan (?)
 Tugasan yang berbentuk pernyataan lengkap mestilah
diakhiri dengan noktah.
 Tugasan yang berbentuk pernyataan tidak lengkap diakhiri
tanpa sebarang tanda bacaan.
 Semua pilihan jawapan tidak perlu diakhiri dengan noktah.
 Huruf besar digunakan dalam permulaan ayat, kata nama
khas, selepas tanda noktah, selepas tanda soal, permulaan
setiap item cantuman dan pilihan jawapan soalan objektif
aneka pilihan.
 Huruf kecil digunakan dalam permulaan setiap unsur soalan
cantuman dan pilihan jawapan soalan objektif berbentuk
pelengkap.
Panduan Umum
 Nombor halaman mula dicetak pada muka
surat 2 di bahagian tengah footer. Nombor
halaman pertama tidak dicetak walaupun
halaman itu termasuk dalam pengiraan
jumlah halaman bercetak.
 Header No. Kod : EDU3104 (contoh) perlu
ditulis pada bahagian kiri pada setiap
halaman kertas soalan.
 Header Angka Giliran : _______________
hanya perlu ditulis pada bahagian atas di
sebelah kanan kertas soalan struktur sahaja.
 Muka hadapan buku soalan bagi semua
kertas peperiksaan disediakan dalam bahasa
Melayu.
 Perkataan SULIT perlu diletakkan pada
header di muka hadapan sebelah kiri buku
soalan dan pada footer sebelah kanan di
setiap halaman dalam buku soalan dengan
menggunakan font Arial bersaiz 11.
 Pada bahagian bawah halaman akhir setiap
buku soalan, kertas saranan jawapan dan
Skema Pemarkahan, pernyataan © Hak Cipta
Kerajaan Malaysia 20__ ditulis.
83

You might also like