You are on page 1of 3

Maksud Bendera KRS

Warna Hijau melambangkan


a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

Cogan kata KRS/TKRS ILMU IMAN AMAL


a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan
intelektual dan disiplin diri
Perisai
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang


Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Dua tangkai padi bersilang


Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua
tindakan.

Buku terbuka dan rehal


Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira
keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna hijau
Alam sekitar yang sihat

Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.

Warna kuning
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.

Warna putih
Keikhlasan dan kesucian.

You might also like