You are on page 1of 2

PENDAHULUAN.

Tarian tradisional merupakan satu aktiviti tarian yang menggabungkan tiga kaum utama di

Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India yang berkonsepkan Tarian Tradisional 1Malaysia.

Aktiviti ini adalah berkonsepkan tiga jenis tarian yang berbeza dimana setiap tarian tersebut

mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India digabungkan menjadi

satu persembahan. Aktiviti Tarian Tradisional 1Malaysia ini adalah untuk menerapkan

elemen patriotisme dalam kalangan peserta dan seterusnya peserta dapat menghayati nilai

patriotik dalam diri mereka. Bagi melaksanakan aktiviti ini, 2 orang fasilitator iaitu Ng Bee

Hoon dan Samsiah a/p Nibong ditugaskan untuk memberi pendedahan kepada peserta

sebelum membuat persembahan.

OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai sepanjang aktiviti ini dilaksanakan seperti berikut;

1) Menerapkan semangat patriotik dalam kalangan peserta sepanjang akiviti

dilaksanakan.

2) Mengeratkan hubungan silaturrahim dan memberi peluang kepada peserta untuk

mengenali antara satu sama lain.

3) Mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan peserta bagi

menyempurnakan tugasan yang diberikan.

4) Menyemai perasaan cinta akan negara dan menanam nilai perpaduan dalam kalangan

peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum.

5) Melahirkan peserta yang kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.


Aktiviti Cara pelaksanaan Impak Aktivti
Tarian Ahli kumpulan akan diberi 15 Melalui aktiviti
minit untuk berbincang dan ini ahli kumpulan
merancangkan tarian yang boleh
berunsur patriotik. mempelajari cara
Lagu akan disediakan untuk bekerjasama, dan
kumpulan. penghargaan
Lagu tersebut akan terhadap tradisi
mengabungkan tiga jenis lagu tarian.
dari tiga kaum terbesar Nilai seperti
Malaysia, iaitu lagu Melayu, hormat-
lagu Cina dan lagu India. menghormati,
Step tarian akan termasukkan perpaduan dapat
unsur pelbagai kaum mengikut dipupuk.
kreativiti sendiri.Contohnya
tarian Cina boleh masukkan
tarian kipas.
Setiap ahli kumpulan wajib
melibatkan diri dalam
persembahan tarian.
Masa persembahan tarian yang
diberi adalah sepanjang 10
minit.

You might also like