You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Jepun merupakan sebuah kepulauan yang mengandungi 4 buah pulau utama iaitu,

Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Khonsu. Kedudukan yang berhampiran dengan negara

China dan Korea memudahkan lagi pengaliran masuk budaya luar ke Jepun khususnya

dari China.

Menurut Abu Talib Ahmad dalam buku Tamadun Jepun, kemasukkan atau pengaliran

masuk pengaruh China ke negara Jepun dikatakan bermula sejak abad ke 6 sehingga ke 9

lagi.1 Kemasukkan ketamadunan China ke negara Jepun dapat ditafsirkan sebagai usaha

masyarakat tempatan yang ingin belajar sesuatu budaya yang baru.

Jepun sejak dahulu lagi mempunyai hubungan secara langsung dengan ketamadunan

China.2 Pengaruh China dapat dilihat di dalam semua aspek seperti politik, ekonomi,

sosial, kebudayaan dan sebagainya. Namun begitu, pengaruh China terhadap negara

Jepun tidak diterima sepenuhnya sehingga berlakunya pembaharuan Taika oleh pengikut

pengikut Shotoku pada tahun 646 masihi.3


Para sarjana Jepun melihat bahawa pengaruh China dalam sejarah budaya Jepun

merupakan sebagai satu gabungan antara kesepaduan dan kepelbagaian, antara perubahan

1 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 2.

2 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 17.

3 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 28.

1 | Page
dan kesinambungan hasil pencampuran pengaruh luar dan tempatan yang secara

keseluruhannya menampakkan sifat Jepun itu sendiri.


Jadi fokus tempoh masa esei ini hanya hanyalah bermula daripada abad ke 4 sehingga

abad ke 16 sahaja.
3.0 BAGAIMANA PENGARUH CHINA MEMASUKI JEPUN
3.1 PERANAN NEGARA KOREA
Bila mana menyebut kemasukkan pengaruh China ke Jepun, tidak dapat dinafikan

bahawa negara Korea memainkan peranan utama sebagai medium utama yang membawa

masuk pengaruh China ke Jepun.4 Ketiga tiga buah negara yang berhampiran lokasinya

memudahkan lagi pengaruh kemasukkan budaya China. Hal ini juga dibantu oleh Korea

yang menyerap lebih awal unsur China yang disebabkan oleh penghijrahan orang Cina

yang melarikan diri akibat kegawatan dan masalah dalam dan luaran politik di China.
Jadi orang Korea mengamalkan terlebih dulu budaya China sebelum merebak ke

negara Jepun dan bila mana budaya itu memasuki Jepun ia telah diasimilasi mengikut

kesesuaian budaya Jepun. Sejak abad ke 4 sebelum masihi teknik penanaman padi

daripada China telah diperkenalkan di Korea dah akhirnya teknik ini telah merebak di

Jepun. Hasil daripada pengaruh ini, wujudnya kawasan penanaman padi di Jepun pada

zaman Jomon di Fukuoka dan Saga.5 Penemuan alat alat pertanian yang serupa di Kyushu

menyebabkan ahli sejarah mempercayai bahawa padi dan teknik penanaman padi

daripada China telah dibawa masuk ke Jepun melalui Semenanjung Korea.


Jadi dapat dikatakan bahawa negara Korea memainkan peranan penting dalam

penyebaran pengaruh budaya China ke Jepun dalam pelbagai aspek lain yang membantu

mentamadunkan lagi negara Jepun.

4 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 19.

5 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 94.

2 | Page
3.2 HUBUNGAN DIPLOMASI
Putera Shotoku merupakan anak kepada saudara kepada Maharani Suiko yang

memerintah Jepun pada tahun 539 Masihi. 6 Beliau merupakan penggerak kepada

hubungan diplomasi Jepun dengan China. Putera Shotoku pada ketika itu memegang

jawatan sebagai Penasihat Diraja Jepun. Hubungan diplomatik dengan China pada

asalnya telah dijalankan sejak pemerintahan Dinasti Sui lagi di mana lebih kurang 14

wakil perutusan telah dihantar ke China sehingga zaman dinasti Tang untuk mempelajari

dengan lebih dekat budaya China dan ia diperkukuhkan lagi oleh Putera Shotoku.
Pada tahun 607, Putera Shotoku telah menghantar rombongan rasmi yang pertama ke

negara China.7 Pada mulanya rombongan ini menemui kegagalan kerana pada awalnya

Jepun tidak mahu menerima ketuanan China kerana risau akan menjejaskan ketuanan

Jepun.8 Rombongan kedua didapati lebih berjaya dan mereka begitu kagum dengan

perarakan diraja yang penuh istiadat di Changan (ibu kota Dinasti Tang) yang penuh

istiadat dan melambangkan kebesaran Diraja.


Selain itu, rombongan itu juga berjaya membawa pulang bahan bahan ilmiah seperti

buku dan karya tradisional secara terus daripada negara China ke Jepun. Jepun turut

mempelajari dua sistem pemikiran yang penting iaitu Buddhisme dan Konfucianisme. 9

6 Albert. G, (1989), Japan : A Short History, New York, Wayside Publishing, hlm 18.

7 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 99.

8 Morton, W.S, (1994), Japan : Its History and Culture, New York: McGraw Hill, hlm
22.

9 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 100.

3 | Page
Jepun selepas itu mempelajari dua aliran pemikiran ini secara terus daripada China dan

mengasimilasi mengikut kesesuaian negara Jepun.


Dapat dilihat menerusi hubungan diplomatik yang dijalinkan ini, ia telah membuka

ruang kepada kemasukkan pengaruh China ke Jepun.


3.3 RAKYAT JEPUN YANG BERMAUSTATIN DI CHINA
Terdapat juga sebahagian yang mengikuti rombongan ke China telah bermaustatin di

sana untuk mempelajari dan mendalami budaya China, ada yang hampir 30 tahun. Hasil

daripada menetap di China, beberapa budaya China telah menjadi sebati dan dikuasai

oleh mereka. Sebagai contoh, seorang wanita bernama Kibi-no Mabi yang telah

bermaustatin selama 17 tahun di China. 10 Beliau dikatakan sebagai orang yang membawa

masuk pengaruh Cina dari segi sulaman Cina, alat muzik tradisional biwa dan permainan

catur Cina (go) serta pengenalan sistem tulisan kana di Jepun. Beliau kemudiannya

dilantik menjadi menteri kanan semasa kerajaan Nara pada tahun 766.
Rahib juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengaruh China

khususnya dalam ajaran Buddhisme. Seorang rahib iaitu Ennin telah bermaustatin di

China selama 9 tahun dan telah mengembara mendalami ilmu Buddha di serata pelosok

China. Sekembalinya beliau ke Jepun, beliau telah membawa pulang kitab kitab agama

dan barangan lain yang telah menyumbang kepada perkembangan tamadun dan ilmu di

Jepun.

3.4 PEMBAHARUAN TAIKA


Sarjana atau para cendiakawan yang dihantar oleh kerajaan China pada masa itu ke

Jepun untuk mempelajari selok belok kerajaan Tang pada ketika itu. Sekembalinya

10 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 101.

4 | Page
mereka ke Jepun pada tahun 645, mereka telah menubuhkan satu pergerakkan yang

dikenali sebagai Pembaharuan Taika.11


Mereka telah membuat satu polisi kerajaan yang menjadikan kerajaan Tang di China

pada masa itu sebagai rujukan mereka.12 Pembaharuan yang golongan ini lakukan dalam

aspek seperti politik, ekonomi, dan sosial telah mempercepatkan lagi pengaliran masuk

idea dan falsafah serta moral ajaran Buddhisme dan Konfuciusnisme dari China ke Jepun.
Dikatakan pada masa itu kerajaan Yamato merupakan replika kepada kerajaan Tang

di China kerana persamaan sistem pentadbiran negara. Dengan kehebatan China pada era

dinasti Tang ketika itu sebagai salah satu empayar yang terhebat, negara lain seperti

Korea dan Manchuria turut menjadikan China sebagai contoh mereka dalam

menguruskan negara mereka. Mereka menjalankan urusan pentadbiran dengan

berpandukan apa yang mereka telah pelajari semasa di China.


Hasil daripada pembaharuan Taika adalah berkaitan hal tanah dengan menggunakan

prinsip aliran Konfuciunisme di China. Hasil pembaharuan Taika ini, segala tanah,

masyarakat dan pegawai akan tertakluk di bawah kuasa pihak istana.13


Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kuasa pihak istana dan melakukan

pemusatan kuasa seperti mana di China.

11 Reischauer E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald Duckworth, hlm
21.

12 Varley. P, (2000), Japanese Culture (Fourth ed.), USA: University Of Hawai'i Press,
hlm 27.

13 Kiyoshi. H, (1997,. The Story Of Japan (Vol. 1), Japan: Seisei Kikaku, hlm 73.

5 | Page
4.0 KESAN PENGARUH CHINA
4.1 PENTADBIRAN

Pada asalnya, Jepun tidak mempunyai satu sistem pentadbiran yang teratur dan

sistematik. Kemasukkan pengaruh China telah merubah secara tidak langsung sistem

politik Jepun pada awal abad ke 7.14 Pembinaan kerajaan pusat di Jepun yang

bercorakkan kerajaan China adalah mudah berbanding dengan pembinaan sistem wilayah

berasaskan kerajaan China.15

Putera Shotoku telah menghantar pelajar pelajar serta pegawai untuk mempelajari

sistem pentabiran serta kebudayaan China dan sekembalinya mereka ke Jepun, ia akan

diaplikasikan di Jepun. Antara elemen terpenting yang dibawa masuk ke Jepun ialah

elemen kebudayaan dan teknologi yang mempunyai nilai yang tinggi kepada Tamadun

Jepun.

Satu sistem pentadbiran yang sistematik dan lebih kompleks telah dilaksanakan di

Jepun yang diasaskan berdasarkan sistem kerajaan Tang di negara China. Di bawah

sistem ini, sebuah Majlis Agong Negara telah ditubuhkan yang mana ia diketuai oleh

Perdana Menteri (dajo-daijin).16

14 Ryusaku Tsunoda, De Bary T, Keene. D, (1964), Sources of Japanese Tradition :


Volume 1, London, Columbia University Press, hlm 53.

15 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 24.

16 M. Rajendran, (1988) , Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd, hlm 8.

6 | Page
Putera Shotoku turut memperbaiki kedudukan Maharaja dengan memberikannya

kedaulatan, sokongan pegawai pegawai istana dan pentadbiran melalui perlembagaan 17

Fasal yang menampakkan pengaruh Buddhisme dan Konfucianisme.17

Melalui Perlembagaan 17 Artikel ini idea idea ketuanan China digunapakai oleh

pemerintah dan pemusatan kuasa pihak kerajaan.18 Pada penghujung zaman Kofun,

berlakunya perpecahan yang menggugat kestabilan negara Jepun.

Ajaran Buddhisme telah digunakan oleh pemerintah pada zaman Asuka sebagai alat

untuk menyatukan, dan mengawal rakyatnya seperti yang digunakan oleh pemerintah di

China terdahulunya.

Satu bandar yang mana reka bentuk bangunan mempunyai ciri ciri negara China telah

dibina di Naniwa (kini Osaka) yang mana menempatkan bangunan bangunan kerajaan

dan wilayah wilayah serta pemusatan sistem pencukaian mengikut kaedah negara China.

Kesan terhadap aspek pentadbiran juga dapat dilihat pada zaman Nara (708-712)

apabila pemindahan ibu kota negara ke Heijo di mana ia bermodelkan Changan yakni

ibu kota wangsa Tang.19 Perubahan ibu kota negara ini adalah penting kerana ia perlu

berada berhampiran dengan istana dan bangunan kerajaan, seperti pada kerajaan Tang

yang menjadi lambang kekuasaan dan kekayaan sesebuah kerajaan.

17 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm 20.

18 Fairbank J. K, Reischauer, E. O., & Craig, A. M. (1989), East Asia : Tradition &
Transformation, USA: Houghton Mifflin Company, hlm 335.

19 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 29.

7 | Page
Peniruan pertama adalah dari segi reka bentuk ibu kota Changan yang diambil pada

tahun 710 dan diaplikasikan dalam pembinaan bandar moden pada zaman Nara iaitu di

dataran Yamato.
4.2 SOSIAL
Dalam aspek sistem tulisan antara perkara yang mendapat pengaruh besar daripada

China. Jepun pada asalnya tidak mempunyai sistem tulisan yang sendiri dan mereka

hanya menggunakan lisan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Pada mulanya,

kanji iaitu tulisan berbentuk simbol memasuki Jepun sejak abad ke 5 lagi Agama Buddha

memainkan peranan yang penting terhadap budaya dan tamadun Jepun kerana

dipengaruhi unsur tulisan Cina. Cara menulis ini telah timbul beransur ansur sejak abad

ke 9 dan 10 melalui penggunaan aksara Cina yang tertentu dalam bentuk yang telah

dipendekkan sebagai lambang fonetik yang mudah tanpa mempunyai apa apa maksud

yang khusus.20
Sistem tulisan Jepun yang terhasil melalui proses penggunaan huruf huruf Cina

dipendekkan menjadi menjadi lambang fonetik yang mewakili satu suku kata yang

disebut sebagai kana. Katakana ialah satu sistem lambang tulisan Cina yang dipilih

mengikut nilai fonetiknya dan juga digunakan dengan kata pinjaman asing selain Cina.

manakala Hiragana ialah bentuk tulisan yang beralur dan melengkung dan kebiasaanya

digunakan dengan perkataan asli Jepun.21 Hiragana telah digunakan dengan meluas

dalam menghasilkan karya kesusasteraan khususnya selepas abad ke 10.22

20 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 33.

21 Kiyoshi. H, (1997, The Story Of Japan (Vol. 1), Japan: Seisei Kikaku, hlm 145.

22 Brown, D. M, (Ed.), (1993). The Cambridge History Of Japan (Vol. 1), USA:
Cambridge University Press, hlm 464.

8 | Page
Dalam bidang keagamaan juga menampakkan pengaruh China yang agak ketara.

Paekche, sebuah negeri di Korea Selatan dikaitkan dengan kemasukkan agama Buddha

ke Jepun sekitar abad ke 6.


Dari abad ke 7 sehingga ke abad 16, ajaran Buddha memainkan peranan penting

dalam pembentukkan latar belakang kebudayaan di Jepun.23


Selepas abad ke 7, para rahib mempelajari secara terus dari China. 24 Buddhisme di

Jepun telah mengalami asimilasi dengan budaya tempatan dan berbeza dengan

Buddhisme yang terdapat di China dan India.


Penyebaran ajaran Buddha ini hebat ketika dibawah pentadbiran Putera Shotoku.

Namun demikian, ajaran asal masyarakat Jepun iaitu Shinto tidak mengalami masalah

dengan kemasukkan ajaran Buddha.


Hal ini dapat dibuktikan dimana setiap rumah masyarakat di Jepun mempunyai tempat

penyembahan Shinto dan Buddha. Keharmonian dua agama ini dapat dilihat, apabila

kebiasaannya masyarakat Jepun akan mengadakan upacara perkahwinan dengan ritual

ajaran Shinto dan upacara kematian dengan ritual ajaran Buddha.25


Ajaran Konfuciusnisme mula menapak di Jepun sejak abad ke 4 lagi namun hanya

diterima sebagai sebahagian daripada kehidupan pada abad ke 7. Ajaran ini memainkan

peranan penting dalam penubuhan negara berpusat pada abad ke 7 dan dijadikan alat

utama sebagai mewujudkan keamanan dan kestabilan sosial berdasarkan etika

23 Kato, S, (1979), A History Of Japanese Literature (D. Chibbett, Trans.), London:


The MacMillan Press, hlm 19.

24 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 76.

25 Kamachi. N, (1999), Culture and Customs of Japan, USA: Greenwood Press, hlm
29.

9 | Page
kepercayaannya. Lahirnya mazhab Mito yang menggabungkan ajaran Konfuciunisme dan

Shinto.26
Dalam bidang kesusasteraan pula, pengaruh China dikatakan bermula dengan

kemasukkan cendiakawan bernama Wani daripada Paekche, Korea sekitar abad ke 4 dan

5.27
Pengaruh China dalam bidang kesusasteraan dapat dilihat dalam penghasilan dua

penulisan Jepun, iaitu Kojiki dan Nihongi.28 Kojiki (712 M) mengisahkan tentang rekod

rekod hal hal silam Jepun yang ditulis menggunakan unsur penulisan China. Ia dipenuhi

dengan mitos, unsur lagenda dan fantasi.


Kojiki ditulis dalam bentuk tulisan kanji (tulisan China) tetapi dibaca dalam sebutan

Jepun.29 Hasil daripada kemasukkan unsur penulisan China , mereka telah mempelajari

sistem tatabahasa China dengan betul untuk kegunaan dalam penulisan kesusasteraan.
Nihongi (720 M) pula, dikenali sebagai Sejarah Jepun yang penting sebagai alat

penyatuan masyarakat Jepun pada ketika itu. Nihongi mengandungi maklumat berkaitan

setiap pemerintahan dan disertakan dengan tarikh yang tepat. Ia ditulis sepenuhnya

menggunakan tulisan China.30

26 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 80.

27 Brown, D. M, (Ed.), (1993). The Cambridge History Of Japan (Vol. 1), USA: Cambridge
University Press, hlm 453.

28 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 29.

29 Aston, W, (1972), Nihongi: Chronicles of Japan from the Earliest of Times to A.D, 697,
USA: Turtle Publishing, hlm 3.

30 Varley, P, (2000), Japanese Culture (Fourth ed.), USA: University Of Hawai'i Press, hlm 37.

10 | P a g e
Dalam aspek seni bina juga menampakkan unsur pengaruh daripada China.

Kemasukkan agama Buddha turut membawa kemasukkan seni bina berunsurkan Buddha

dari China.31

Contohnya, pada awal zaman Nara (708-712 M), telah didirikan sebuah ibu kota yang

mirip bandar Changan semasa dinasti Tang di China sebagai model mereka. 32 Kota ini

telah menjadi tempat persemayaman maharaja Jepun selama hampir 80 tahun.


Zaman Nara di anggap sebagai zaman yang terkenal dengan pencapaian budaya unsur

seni bina China.33 Misalnya, pembinaan biara, kuil dan patung Buddha. Kuil Horyuji

yang dibina pada abad ke 7 merupakan kuil Buddha yang tertua di Jepun. 34 Kemahiran

dan teknik seni bina dinasti Tang diaplikasikan dalam tamadun Jepun.
Selapas abad ke 12, pengaruh seni bina Zen Buddhisme dibawa masuk ke Jepun dan

mendapat tempat pada masa itu khususnya oleh golongan samurai. Setiap biara Zen akan

mempunyai dewan meditasi yang menjadi aspek penting dalam unsur Zen.
Dari segi pembinaan taman (gardens) merupakan salah satu budaya masyarakat Jepun

yang terkenal dan mempunyai pengaruh Buddhisme dari China sejak abad ke 7 (611 M).

Taman dipercayai sebagai replika keindahan syurga dan alam semesta. Taman ini menjadi

penanda ruang yang suci berdasarkan kepercayaan bahawa Tuhan mendiami kawasan

31 Kamachi. N, (1999), Culture and Customs of Japan, USA: Greenwood Press, hlm
104.

32 Reischauer, E. O, (1970), Japan : The Story Of A Nation, London: Gerald


Duckworth, hlm 23.

33 Abu Talib Ahmad, (2005), Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm 30.

34 Kamachi. N, (1999), Culture and Customs of Japan, USA: Greenwood Press, hlm 105.

11 | P a g e
taman tersebut. Dikatakan bahawa Tuhan akan mendiami taman ini dalam bentuk jelmaan

batu, pokok pokok dan air terjun.35

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai reaksi masyarakat Jepun dapat dilihat berkenaan

kemasukkan pengaruh China ke Jepun. Reaksi penerimaan masyarakat Jepun dapat

dibahagikan kepada 3 iaitu, Adoption (penerimaan) dimana sesetengah budaya itu diterima

secara sepenuhnya seperti kesusasteraan dan adat chanoyou, Modification (pengubahsuaian)

dimana sesetengah budaya itu diterima dan diolah mengikut kesesuaian masyarakat dan

budaya negara Jepun seperti ajaran Buddhisme dan Konfuciusnism. Rejection (penolakkan)

ialah dimana sesuatu budaya itu ditolak secara total. Ada yang ditolak secara mentah mentah

seperti sistem perperiksaan awam dan ada yang ditolak selepas digunapakai untuk sekian

lama dan mendapati ia sudah tidak sesuai lagi dengan masyarakat Jepun seperti sistem

pentadbiran.

Semestinya kemasukkan pengaruh China ini memberikan pelbagai kesan terhadap

ketamadunan negara Jepun dari pelbagai aspek. Dimana kesannya dapat dilihat sehingga ke

hari ini. Seperti yang kita lihat, Jepun telah menjadi antara negara yang mempunyai

peradaban yang tinggi di dunia hasil percampuran kebudayaan Jepun dan China sehingga

menghasilkan satu kebudayaan yang lebih mantap.

35 Kamachi. N, (1999), Culture and Customs of Japan, USA: Greenwood Press, hlm
109.

12 | P a g e
6.0 BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aston, W. (1972). Nihongi: Chronicles of Japan from the Earliest of Times to A.D. 697. USA:
Turtle Publishing.

Brown, D. M. (Ed.). (1993). The Cambridge History Of Japan (Vol. 1). USA: Cambridge
University Press.

Fairbank, J. K, Reischauer, E. O., & Craig, A. M. (1989). East Asia : Tradition &
Transformation. USA: Houghton Mifflin Company.

Kamachi, N. (1999). Culture and Customs of Japan. USA: Greenwood Press.

Kato, S. (1979). A History Of Japanese Literature (D. Chibbett, Trans.). London: The
MacMillan Press.

Kiyoshi, H. (1997). The Story Of Japan (Vol. 1). Japan: Seisei Kikaku.

M. Rajendran. (1988) . Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd.

Reischauer, E. O. (1970). Japan : The Story Of A Nation. London: Gerald Duckworth.

Varley, P. (2000). Japanese Culture (Fourth ed.). USA: University Of Hawai'i Press.

13 | P a g e
14 | P a g e

You might also like