You are on page 1of 9

a)Nyatakan tiga institusi beraja yang terdapat di

negara kita. ( Buku teks m/s: 46) (3 markah)


• i.Majlis Raja-raja
• ii.Institusi beraja di negeri-negeri
• iii.Institusi YDPA pada peringkat Persekutuan
Bagaimanakah pemilihan YDPA
dilaksanakan. ( Buku teks m/s: 46-47)
• F dipilih daripada kalangan 9 orang sultan
• F dari 9 negeri (Perak, Selangor, N.9,Johor, Terengganu,Kelantan,
Kedah,Pahang,Perlis)
• F dilaksanakan oleh Majlis Raja-raja mengikut Perlembagaan
Persekutuan
• F memegang jawatan selama 5 tahun
• F boleh meletakkan jawatan dan boleh dipecat oleh Majlis Raja-raja
c)Terangkan kuasa dan peranan YDPA dalam
pemerintahan negara. ( buku teks m/s48-49) (4 markah)
• F melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
• F melantik jawatan penting. Contoh Peguam Negara
• F pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
• F melantik diplomat Malaysia ke luar negara
• F ketua agama Islam di negerinya dan negeri yang tiada sultan
• F menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah Sarawak dan
• kepentingan sah kaum lain.
• F mengisytiharkan darurat yang boleh mengancam keselamatan awam dan negara
• F berkuasa memanggil dan membubarkan arlimen
• F memperkenankan Rang Undang-undang yang melalui proses pembentanagn di
Dewan Rakyat dan Dewan Negara
d)Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja
Berperlembagaan, jelaskan peranan institusi beraja dalam
memakmurkan dan memajukan negara.

• F melindungi keistimewaan orang Melayu,bumiputera dan


kepentingan sah kaum lain
• H mengelakkan sikap pilih kasih/rasis
• F memastikan kestabilan politik negara terpelihara
• H negara aman akan menarik ramai pelabur asing
• F menjaga kebajikan rakyat
• H prihatin terhadap masalah dankeperluan rakyat
• H turun padang untuk melihat keadaan rakyat
• Banyak peranan institusi beraja dalam memakmurkan dan
memajukan negara, antaranya raja dan sultan melindungi
keistimewaan orang Melayu,bumiputera dan kepentingan sah kaum
lain. Institusi beraja akan memastikan tiada sikap pilih kasih atau rasis
yang berlaku dalam negara kita. Contohnya, institusi beraja perlu
menjaga kebajikan semua warganegara Malaysia supaya tiada kaum
yang terpinggir. Bila kepentingan rakyat dapat dijaga baru negara akan
maju. Selain itu, institusi beraja perlu memastikan kestabilan politik
negara terpelihara. Bila negara aman negara kita akan menarik ramai
pelabur asing. Pelabur asing akan suka melabur di negara yang aman
kerana keuntungan lebih stabil. Oleh itu, institusi beraja perlu
memastikan keamanan negara terpelihara.
a)Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi
di Malaysia. Apakah fungsi parlimen? (3 markah)
•F Menggubal undang-undang
•F membuat pindaan undang-undang Persekutuan
•F menyemak dasar kerajaan
•F meluluskan perbelanjaan kerajaan
•F meluluskan sistem cukai baharu
b)Jelaskan fungsi Jemaah Menteri. (4
markah)
• F terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri
• F tugasnya menggubal dasar kerajaan
• F melaksanakan pembangunan
• F Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri,memimpin kerajaan
dan jalankan
• pentadbiran pada peringkat Persekutuan
• F menteri mengetuai kementerian melaksanakan dasar kerajaan
c)Pada pendapat anda, apakah rasionalnya konsep pengasingan
kuasa yang dilaksanakan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.
(4 markah)
• F mewujudkan pemerintahan yang adil
• F membentuk konsep semak silang dan imbang
• F pemerintahan tidak dikuasai oleh seseorang atau sesebuah
institusi
• F mengelakkan penyalahgunaan kuasa
• F menjamin kepentingan Kerajaan Negeri dan Persekutuan
• F menunujukkan pengamalan sistem demokrasi di negara kita
• Pada pendapat saya, konsep pengasingan kuasa yang dilaksanakan
dalam sistem pemerintahan di Malaysia kerana dapat mewujudkan
pemerintahan yang adil. Setiap badan pelaksanaan ada tugasan dan
kuasa masing-masing. Contohnya badan kehakiman akan
melaksanankan tanggungjawab mengukit perlembagaan negara. Oleh
itu, keadilan dalam negara kita dapat dijamin. Selain itu, pengasingan
kuasa dapat membentuk konsep semak silang dan imbang. Konsep ini
boleh mengurangkan kesilapan berlaku dan dapat menjamin
keputusan yang dibuat adalah betul. Ini dapat membuktikan
kerjasama antara badan dan jabatan dalam negara kita.

You might also like