You are on page 1of 5

1 (a) Proses pilihanraya MPP 1955.

Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. Rajaraja Melayu bersetuju mengadakan
pilihan raya bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Pengisytiharan pilihan raya ini dibuat oleh Sir Donald
MacGillivray.

Proses pilihan raya bermula setelah Penetapan bilangan ahli MPP, Penentuan sempadan, Pendaftaran pengundi, Penamaan calon,
Mengadakan kempen, Mengundi, pengiraan undi dan Pengumuman keputusan
(b)Peranan Kabinet pertama PTM.
1. Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
2. Menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster.
3. Mengurangkan kuasa pentadbiran British.
4. Meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.
5. Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
(c)KBAT/ciri2 pemimpin
Mungkin mcm mana nk jadi memimpin baik isi2
-Mempunyai jati diri yang kuat dan berintegriti tinggi
-Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
-Bijaksana dalam melakukan tugas
-Jujur dalam memikul Amanah

2. (a) 2 jwtankuasa pemasyhuran kemerdekaan


-Jawatankuasa persediaan fizikal
-Jawatankuasa sambutan
(b) persediaan menjelang pemasyhuran
-  Persediaan ini dibuat melalui penubuhan jawatankuasa persediaan fizikal
dan sambutan. 
- Turut diatur ialah upacara sambutan kemerdekaan di setiap negeri. Namun begitu,
tumpuan upacara adalah di Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka.
-  Pada 8 Julai 1957,
Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah berucap dalam Radio
Malaya menyeru seluruh rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah supaya kekal dalam
sejarah negara
- Pada 3 Ogos 1957, jam 7:33 pagi, Dato’ Abdul Razak Hussein memaklumkan
rakyat menerusi Radio Malaya tentang atur cara sambutan kemerdekaan terutama pada tarikh
31 Ogos 1957.

(c) KBAT/ mengapa pemasyhuran merdeka perlu disambut.

- Untuk mengenang dan menghargai jasa tokoh


- Memupuk perpaduan kaum

- Memupuk semangat patriotisme/Mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia

- Untuk meningkatkan imej negara

3.(a) Maksud Durbar


Durbar membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British .

(b) Kedudukan Majlis Raja2 dlm Perlembgaan Persekutuan


Fungsi Majlis Raja-Raja:
-Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
-Memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu
-Memperkenankan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan
-Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
-Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
-Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu
-Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah
dan kepentingan sah kaum lain

(c) KBAT
?
4. (a) Maksud Sistem Persekutuan
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan Persekutuan
dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
(b) Sejarah pembentukan persekutuan slps merdeka
?
(c) KBAT
?

Esei
1. (a) Latarbelkang pembentukan Sistem Ahli.
- Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli.
- Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
- Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi
kerajaan.
- Sistem Ahli memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberikan
kemerdekaan.
- Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya MPP diadakan pada bulan
Julai 1955.
-Pada tahun 1954, berlaku rombakan Sistem Ahli. Beberapa portfolio baharu diwujudkan dan dijawat oleh warganegara
Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota MPP.
(b) Ciri2 Sistem Ahli
-Ahli bertaraf "Menteri" dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang kandungi jabatan dan agensi kerajaan.
-Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja.
-Bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatannya dan dibentang dalam MPP.
-Diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.
-Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
(c) KBAT/ kepentingan muafakat dlm masyarkat. ( dari shaz)
-merapatkan silaturahim
-perpaduan kaum
-kerja yg susah jadi mudah

2.(a) Tugas S/Jaya Reid


- Antara tugas suruhanjaya ini termasuklah membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka.
- Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu
England dan Raja-raja Melayu.
- Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam
lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan.
- Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu.
- Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing.
- Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan
Agong) untuk Persekutuan Tanah Melayu.
- Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
- Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
(b) Langkah2 penggubalan perlembagaan PTM
- Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima antaranya daripada pihak Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan
orang perseorangan untuk dipertimbangkan. Memorandum ini berkaitan dengan corak pentadbiran, kewarganegaraan dan
kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa serta pendidikan.
- Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan draf perlembagaan
- Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
- Terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa orang Melayu
akan tergugat.
- Parti PAS pula mengkritik soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan mahu
kedudukan agama Islam
- Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
- Draf ini kemudiannya dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada 10 Julai 1957
hingga 11 Julai 1957.
- Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London dan kemudiannya
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. Dengan lulusnya rang undang-undang ini, maka
Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Ogos 1957.
(c)KBAT
?
3.(a) Kepentingan Kedaulatan.

Kedaulatan negara penting bagi mewujudkan keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan
kecemerlangan hubungan luar negara. Selain itu, negara diiktiraf setaraf dengan negara lain. Kedaulatan dapat mewujudkan
kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami pentingnya mengekalkan
kedaulatan negara yang diperoleh pada masa ini.

(b) Peranan pemerintah dan rakyat bg mewujudkan kestabilan politik & ekonomi.
pemerintah
• Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
• Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
• Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi.
• Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan.
Rakyat
• Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara.
• Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.
• Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua.
• Mematuhi undang-undang negara
(c) KBAT
?

4 (a) amalan Sistem Raja Bereprlembagaan & Demokrasi Berparlimen


?
(b) Kuasa YdPA dlm perlembagaan

- Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

- Pelantikan Jawatan Penting


• Yang di-Pertuan Agong melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara.

• Baginda juga melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera

- Ketenteraan

• Yang di-Pertuan Agong ialah pemerintah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia.

- Diplomatik

• Baginda juga menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas di Malaysia.

(c) KBAT/ Prinsip Rukun Negara

9.(a) Manfaat yg diperoleh drpd kerjasama kerajaan Persekutuan & Negeri

-Keberkesanan penyelarasan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat menjamin sistem
Persekutuan beroperasi dengan berkesan.
-Kerjasama ini antaranya meliputi aspek pembangunan sosioekonomi, pemeliharaan khazanah negara, perumahan dan
keselamatan
-Antara manfaat yang terdapat ialah memulihkan dan membangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar di seluruh dunia
-Selain itu membuka Kawasan lebih luas di beberapa buah negeri untuk membangunkan wilayah baru
-Seterusnya taman negara dan taman laut dipulih dan diberi perlinduangan agar flora dan fauna kekal di negara
-Hal ini membuktikan kepentingan bermusyawarah dalam membuat keputusan untuk kemajuan negara
(b)Usaha kerajaan mewujudkan kwsn keselmtn daerah

i. Rajang Sarawak

- mengisytiharkan Bahagian Ketiga Sarawak sebagai Rajang Area Security Command (RASCOM) atau Pemerintahan Keselamatan
Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972.

- Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM. Beliau bertanggungjawab menyelaraskan
fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM

ii. Pantai Timur Sabah

- Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

- Misi ESSCOM untuk meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada sebarang ancaman melalui kerjasama strategik
antara agensi kerajaan.

- ESSCOM bertanggungjawab mengawasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai Eastern Sabah
Security Zone (ESSZONE) atau Zon Keselamatan Timur Sabah.

(c) KBAT.?

You might also like