You are on page 1of 7

BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sinopsis
 Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada
sistem pemerintahan negara.
 Perlembagaan digubal berasaskan undang-undang negeri Melayu yang sedia ada dan juga
tambahan unsur baharu.
 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan moden yang menjadikan
perlembagaan di negara kita unik.
 Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa seiring dengan kemerdekaan pada 3l Ogos 1957.
 Selepas itu, perlembagaan dipinda bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa negara.

2.1 : Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

 Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.


 Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan pemerintahan beraja, berdasarkan
undang-undang dan peraturan yang digubal.
 Pada zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat.
 Apabila merdeka, negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan unsur penting dalam
sesebuah negara.

Asas Pembentukan Perlembagaan

 Berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu


 Beberapa prinsip undang-undang Inggeris disesuaikan dengan nilai tempatan

1. Undang-Undang Negeri Melayu


 Raja sebagai pemerintah
 Rakyat memberi taat setia
 Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan raja
 Undang-undang Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hukum Kanun Melayu dan Undaang-
Undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri-negeri
Melayu lain
 Contohnya Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor, Undang-
Undang 99 Perak
 Undang-Undang Adat
 Sebelum kedatangan Barat, negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat
Melayu yang menjadi asas perlembagaan
 Ia menjadi panduan serta kawalan kepada raja dan pembesar dalam memerintah
 Ia mengalami perubahan selaras perkembangan masyarakat hingga muncul undang-undang
dari Barat

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


2. Undang-Undang Inggeris
 British memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai
Charter of Justice.
 Diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
 Di Negeri Selat , hanya Piagam yang bersesuaian di Negeri-Negeri Selat diguna pakai.
Contohnya, Charter of Justice 1807 . Matlamatnya melindungi penduduk asal daripada
penindasan dan ketidakadilan
i. Charter of Justice I – 1807 . Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang
ii. Charter of Justice ll – 1826. Menyatukan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau
Pinang.
iii. Charter of Justice lll – 1855.Mewujudkan Mahkamah: Singapura ,Melaka dan Pulau
Pinang.

 Di Sarawak, The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The
Common Law of England.
i. Pada Ogos 1956 Perlembagaan Sarawak memberi kuasa pada badan Council Negeri
(Majlis Negeri)
ii. Mengandungi 45 orang ahli dan dipengerusikan Ketua Setiausaha
iii. Majlis Tertinggi dipengerusi Gabenor, anggota lain Ketua Setiausaha, Setiausaha
Kewangan, Peguam Negara.
iv. Perlembagaan Sarawak tahun 1959 beri kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis
Tertinggi dan Council Negeri

 Di Sabah disebut Sabah Application of Laws Ordinance l9-51.


i. Penubuhan Majlis Undangan dan Majlis Kerja pada 1950
ii. Majlis Undangan memberi kuasa kepada Gabenor untuk gubal undang-undang

 Institusi pemerintahan beraja diteruskan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. nelalui
beberapa pindaan
 Disesuaikan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada perlembagaan negara
kita pada hari ini.
 Perlembagaan inilah menjadi asas kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen.

IMBAS KEMBALI : Ingat Asas Pembentukan Perlembagaan


1. Undang-Undang Negeri Melayu 2. Undang-Undang British

Undang-Undang Undang-Undang Chafter of Justice di Negeri-Negeri Selat


Bertulis Adat

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


Latihan Objektif
1. Sebelum kedatangan British, bagaimanakah pemerintahan yang diamalkan di negara kita?

A. Diketuai golongan ulama


B. Bangsawan mengawal pentadbiran
C. Pelaksanaan Undang-Undang syariah
D. Sistem pemerintahan beraja

2. Mengikut undang-undang Negeri Melayu, siapakah yang menentukan undang-undang dan


pemerintahan negara?

A. Raja C. Hakim
B. Pembesar D. Brahmin

3. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang bertulis di negeri Melayu

 Undang-Undang Kedah
 Undang-Undang 99 Perak
 Hukum Kanun Pahang
 Undang-Undang Johor

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan undang-undang tersebut?

I. Raja sebagai pemerintah negeri


II. Undang-undang ditentukan oleh raja
III. Perlaksanaan undang-undang syariah
IV. Dipengaruhi undang-undang penjajah

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mempengaruhi undang-undang


bertulis di negeri-negeri Melayu.

Antara undang-undang tersebut ialah:

A. Hukum Kanun Manu


B. Undang-Undang adat Melayu
C. Undang-Undang Terengganu
D. Hukum Kanun Pahang

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


5. Apakah undang-undang yang digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan barat?

A. Undang-undang kuno
B. Undang-udang adat
C. Undang-undang syariah
D. Undang-undang Anak Negeri

6. Kerajaan British telah memperkenalkan Charter of Justice

Undang-undang tersebut telah digunakan di

A. Negeri-Negeri Selat
B. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
C. Negeri-Negeri Melayu Utara
D. Sarawak dan Sabah

7. Mengikut perlembagaan Sarawak, apakah badan yang diberi kuasa dalam pentadbiran negeri?

A. Council Negeri C. Majlis Kerja


B. Majlis Undangan D. Dewan Negara

8. Antara berikut, yang manakah ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran di negeri Sabah?

I. Majlis Undangan III. Majlis Tertinggi


II. Council Negeri IV. Majlis Kerja

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9. Rajah berikut berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran di negeri Sabah

X Diberi kuasa oleh Majlis Undangan


untuk menggubal undang-undang.

Apakah X

A. Dewan Negeri C. Majlis Diraja


B. Gabenor D. Mahkamah Anak Negeri

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


Latihan Struktur dan Esei

1. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

i.___________________________________________

ii.__________________________________________

( 2 markah )

b) Nyatakan ciri-ciri Undang-undang Negeri Melayu.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

( 3 markah)

c) Senaraikan undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan British.

i. _________________________________________________

ii. _________________________________________________

( 2 markah)

d) Jelaskan kepentingan Undang-undang Negeri Melayu di negara kita sebelum kedatangan British.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

(3 markah)

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


2. Undang-undang di negeri-negeri Melayu mengalami perubahan dengan pengenalan undang-
undang Inggeris.

a) Undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di negeri berikut.

i. Negeri-negeri Selat(NNS) :______________________________________

ii. Sarawak :____________________________________________________

iii. Sabah: ______________________________________________________

( 3 markah)

b) Nyatakan matlamat undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di NNS.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

( 2 markah)

c) Namakan dua badan yang ditubuhkan untuk menggubal undang-undang di Sarawak.

i.__________________________________________________________________________

ii.__________________________________________________________________________

( 2 markah)

d) Apakah fungsi Majis Undangan yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 1950?

___________________________________________________________________________

(1 markah)

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


3. Perlembagaan Persekutuan telah berkuatkuasa di Tanah Melayu seiring dengan kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957 yang berasaskan undang-undang zaman kerajaan Melayu

a) Nyatakan latar belakang Perlembagaan Persekutuan di negara kita.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 Markah]

b) Jelaskan undang-undang di negeri Melayu yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[4 Markah]

c) Pada pandangan anda, bagaimanakah undang-undang dan adat Melayu berperanan dalam
pentadbiran kerajaan Melayu sebelum kedatangan Barat?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[4 Markah]

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2

You might also like