You are on page 1of 2

5 CIRI UNDANG-UNDANG

I. SATU BADAN PERATURAN


Di Malaysia, undang-undang adalah salah satu perkara yang penting untuk negara
kerana undang-undang yang telah ditetapkan mampu menyelesaikan setiap
permasalahan yang berlaku sama ada ia berlaku di pengadilan iaitu mahkamah
ataupun berada diluar dan undang-undang ini juga melambangkan sebagai kejatihan
sebuah negara justeru melengkapkan sistem di Malaysia.

II. MERANGKUMI TINGKAH LAKU DAN ETIKA MORAL MANUSIA


“Kesopanan dan kesusilahan” merupakan rukun negara yang ke-5 merangkumi
aspek moral daripada individu, masyarakat dan negara. Ini bermaksud undang-
undang yang telah ditetapkan mampu menjadikan individu tersebut untuk menjadi
lebih berdisiplin, patuh kepada peraturan dan membina sosialisasi seseorang. Ini
memberikan sedikit sebanyak tentang impak positif yang akan berlaku sekiranya
individu mampu mengubah sikapnya yang buruk ke lebih baik.

III. PENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG


Undang-undang yang telah ditetapkan haruslah dikuatkuasakan untuk kesemua
masyarakat bagi memastikan undang-undang tersebut dapat berfungsi dengan baik
dan diguna pakai dalam negara. Sebagai contoh, penguatkuasaan undang-undang
dijalankan oleh badan perundangan seperti PDRM.

IV. KANDUNGAN UNDANG-UNDANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN


SEMASA.
Setiap undang-undang mempunyai sistem perundangan yang telah ditetapkan
sama ada ia undang-undang sivil, undang-undang biasa atau undang-undang
agama. Undang-undang ini telahpun disusun atur dengan kesesuaian keadaan. Ini
bermaksud setiap implikasi yang berlaku akan dirujuk dalam kandungan
perundangan negara mengikut keadaan semasa seperti kes jenayah mempunyai
akta undang-undang yang tersendiri.

V. UNDANG-UNDANG YANG ADIL DAN SAKSAMA


Undang-undang seharusnya adil dan saksama bagi semua individu untuk
memastikan seluruh undang-undang dapat diikuti oleh setiap individu serta merujuk
kepada undang-undang yang telah ditetapkan.
KESIMPULAN
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara.
Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem
pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan
jaminan perlindungan kepada raykat. Perlembagaan merupakan tunjang kepada
keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang
dipersetujui sewaktu menggubal Perlembagaan merupakan persetujuan yang
telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.  Oleh itu, ketinggian
Perlembagaaan seharusnya dijunjung bagi mengekalkan keamanan dan
kestabilan negara Malaysia.
Sebagai rakyat yang berakauntabiliti, kumpulan kami ingin mencadangkn bahawa
setiap perundangan di Malaysia seharusnya dilakukan secara adil bukan saja
untuk rakyat biasa malah untuk kesemua individu yang mempunyai jawatan-
jawatan tertinggi. Hal ini memastikan rakyat tidak ditindas dan tidak ada pilih kasih
di dalam perundangan. Jadi, perundangan Malaysia sepatutnya memeriksa
semula undang-undang yang telah ditetapkan sama ada undang-undang negara
sesuai ataupun tidak mengikut keadaan semasa.

You might also like