You are on page 1of 6

BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965

- Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia


1963 bila bergabung TanahMelayu, Sarawak, Sabah dan Singapura
- Pindaan bertujuan menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan

tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada.

Pindaan Perlembagaan 1963

 Dipinda apabila pembentukan Malaysia


 Memasukkan klausa baru pada bahagian tertentu bagi disesuaikan dengan keperluan
semasa
 Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963, iaitu
struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang
di-Pertua Negeri.

1. Struktur Mahkamah Atasan


 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menetapkan struktur
Mahkamah Atasan mengikut model Mahkamah Tertinggi England
 membahagi mahkamah kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan.
 Pembentukan Malaysia telah mewujudkan Mahkamah iaitu Mahkamah
Persekutuan.
 Tiga buah Mahkamah Atasan diwujudkan, iaitu di Persekutuan Tanah
Melayu, di Sarawak dan Sabah serta di Singapura.
 Mahkamah Persekutuan mendengar mana-mana persoalan perlembagaan
dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


2. Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo
 Perlembagaan Malaysia mengekalkan kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya
dan mewujudkan Mahkamah Tinggi Borneo.
 Mahkamah Tinggi Borneo ini berperanan untuk menguruskan soal kehakiman
di Sarawak dan Sabah.
 Pada tahun 1963, jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dengan berpusat
di Kuching, Sarawak.
 Menjelang tahun 1994, nama jawatan ini diubah kepada Ketua Hakim
Sarawak dan Sabah.

3. Jawatan Yang di-Pertua Negeri


 Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diketuai oleh Yang di-Pertua
Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
 Yang di-Pertua Negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Tertinggi bagi
Sarawak dan Kabinet Negeri bagi Sabah.

Pindaan Perlembagaan 1965

 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pindaan perlembagaan yang
dinamakan pindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965.
 Parlimen rneluluskan usul Singapura keluar daripada Malaysia.
 Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan
Malaysia (pindaan 1965).
 Contohnya. dari segi imigresen. kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan.

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


Latihan Objektif

1. Perlembagaan negara kita telah dipinda beberapa kali pada tahun 1963 dan 1965.
Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?

A. Mengelakkan tekanan pihak luar


B. Memenuhi permintaan rakyat
C. Mengikut perubahan ekonomi semasa
D. Menyesuaikan peruntukan negeri baharu

2. Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?

A. Pemisahan Singapura
B. Pembentukan Malaysia
C. Mengukuhkan sistem beraja
D. Meningkatkan kuasa autonomi negeri

3. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam perkara utama pindaan


perlembagaan 1963?

I. Struktur Mahkamah Atasan


II. Jawatan Yang di-Pertua Negeri
III. Bidang kuasa Persekutuan
IV. Kuasa autonomi negeri

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4. Struktur Mahkamah dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah


mengikut model Mahkamah Tertinggi England.

Antara mahkamah tersebut ialah

I. Mahkamah Atasan III. Mahkamah Majistret


II. Mahkamah Sesyen IV. Mahkamah Rayuan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


5. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Mahkamah Atasan telah
diwujudkan.

Apakah mahkamah tersebut?

A. Mahkamah Persekutuan C. Mahkamat Tinggi Malaya


B. Mahkamah Rayuan D. Mahkamah Tentera

6. Perlembagaan Malaysia telah mewujudkan mahkamah untuk menguruskan soal


kehakiman di Sarawak dan Sabah?

Mahkamah tersebut dikenali sebagai

A. Mahkamah Anak Negeri


B. Mahkamah Agung Sarawak dan Sabah
C. Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah
D. Mahkamah Tinggi Borneo

7. Dalam pindaan perlembagaan pada tahun 1963, Sarawak dan Sabah akan diketuai
oleh Yang di-Pertua Negeri.

Siapakah yang berkuasa untuk membuat perlantikan tersebut?

A. Ketua Menteri C. Ketua Anak Negeri


B. Majlis Raja-Raja D. Yang di-Pertuan Agong

8. Pada tahun 1963, jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan dan berpusat di

A. Kota Kinabalu C. Miri, Sarawak


B. Sandakan, Sabah D. Kuching, Sarawak

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


9. Bagaimanakah kedudukan Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam menjalankan
peranan pentadbiran?

A. Menjadi ketua agama Islam


B. Memutuskan perbelanjaan negeri
C. Mengikut nasihat Kabinet Negeri
D. Boleh mengampun kesalahan jenayah

10. Jadual di bawah berkaitan dengan kedudukan Yang di-Petua Negeri Sarawak dan
Sabah dalam menjalankan tugasnya

Sabah Sarawak
Mengikut nasihat X
Kabinet Negeri

Apakah X ?

A. Menjadi ketua agama Islam


B. Mengampun kesalahan jenayah
C. Meluluskan perbelanjaan negeri
D. Mengikut nasihat Majlis Tertinggi

11. Gambar berikut menunjukkan sidang akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur pada 9 Ogos 1965.

Apakah peristiwa penting yang dikaitkan


dengan sidang akhbar tersebut?

A. Pemisahan Singapura daripada


Malaysia
B. Kemenangan Parti Perikatan
dalam pilihanraya
C. Kemasukan Sarawak dan Sabah
ke dalam Malaysia
D. Pengisytiharan pengunduran
British daripada negara
Sumber: Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5, halaman 31

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2


Soalan Struktur dan Esei

1. Pindaan perlembagaan di negara kita antaranya telah dilaksanakan pada tahun


1863 dan 1965

a) Mengapakah kedua-dua pindaan perlembagaan tersebut dilakukan?

1963 : _______________________________________________________

1965 : _______________________________________________________

[2 Markah]

b) Jelaskan perkara yang terkandung dalam pindaan perlembagaan tahun 1963.


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_____________________________________________________________
[4 Markah]

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perlembagaan perlu


dipinda dari semasa ke semasa?
Berikan penjelasan anda.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
_____________________________________________________________
[4 Markah]

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 5 ~ Bab 2

You might also like