You are on page 1of 5

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 Markah]

Soalan 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk membina aura positif
dalam diri remaja. Sebagaimana yang kerap disebut oleh masyarakat berdasarkan
perspektif Islam, kata-kata yang terpacul daripada mulut ibu bapa merupakan suatu doa
buat anaknya sama ada untuk perkara yang baik mahupun tidak baik. Ungkapan kata-kata
semangat ibu bapa sejak kecil dapat membentuk sikap anak yang tidak mudah putus asa
dan tidak menganggap kegagalan itu suatu musibah.

Dipetik dan diubah suai daripada


Persekitaran Membentuk Aura Positif Remaja
Oleh Noraziah Mohd Amin
Dewan Siswa, Bil 7/2017
[8 markah]

Soalan 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.

Kerajaan harus mengambil inisiatif bagi membendung pencemaran bahasa Melayu dengan
mengadakan kempen Memartabatkan Bahasa Melayu. Ibu bapa perlu menerapkan amalan
penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan anak-anak sejak di bangku sekolah
rendah. Ibu bapa mestilah berganding bahu untuk membuahkan hasil yang lumayan. Pihak
sekolah wajar membantu ibu bapa memupuk generasi muda membaca bahan bacaan
berbahasa Melayu.

Dipetik dan diubah suai daripada


Memartabatkan Bahasa Melayu
Oleh Noor Nabila Husna Noor Heshamuddin
Dewan Siswa, Jan/2012
[6 markah]
Soalan 3 : PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung
kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan
berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai pengerak utama pembangunan
ekonomi negara.
Pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara
agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan
tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti
sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterusnya
mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan
terbaik dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada


Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
Oleh Abdul Ghoni Ahmad
Majalah Pendidik, Feb 2018
[11 markah]

Soalan 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar
oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun
tahulah akan Kertala Sari datang itu.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
Soalan 5 : PERIBAHASA

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan
rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk
menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua
bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah
sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Sumber : Internet
[4 markah]
CADANGAN JAWAPAN

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Soalan 1: Morfologi

Kata nama
1. Ibu
2. bapa
3. remaja
4. masyarakat
5. Anak

Kata kerja
1. memainkan
2. membina
3. Disebut
4. Membentuk
5. menganggap

*terima jawapan sekiranya calon menyenaraikan Kata Nama dan Kata Kerja lain
yang terdapat dalam petikan

Soalan 2: Sintaksis

1. Inisiatif bagi membendung pencemaran bahasa Melayu harus diambil oleh kerajaan
dengan mengadakan kempen Memartabatkan Bahasa Melayu.
2. Amalan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan anak-anak perlu
diterapkan oleh ibu bapa sejak di bangku sekolah rendah.
3. Ibu bapa wajar dibantu oleh pihak sekolah memupuk generasi muda membaca
bahan bacaan berbahasa Melayu.

Soalan 3: Penyuntingan

1. kepada - pada
2. pengerak – penggerak
3. mekanisma – mekanisme
4. ditingkatkan – meningkatkan
5. berdayasaing – berdaya saing
6. dengan – dan
7. gembelengan – gemblengan
8. pastikan – memastikan
9. diterima – diiktiraf
10. mendapat – mencapai
11. di dalam – dalam
Soalan 4: Bahasa Melayu Standard
Sebermula maka Laksamana pun memakai Laksamana memakai pakaian askar upahan/
pakaian penjurit. Maka Laksamana pun penjurit lalu berjalan.
berjalanlah
Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun Pada malam itu hujan turun rintik-rintik dan
rintik-rintik suasana menjadi kelam-kabut
Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota Kertala Sari berjalan masuk ke dalam kota
Maka Laksamana pun pun tidur di tengah Laksamana pun berbaring di tengah pasar
pasar itu
Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Laksamana mendengar bunyi tapak kaki
Sari itu terlalu gemuruh bahananya Kertala Sari yang kuat
Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Laksamana menyedari akan kedatangan
Sari datang itu Kertala Sari

*Japawan calon perlu ditulis dalam bentuk petikan asal.

Soalan 5: Peribahasa

i. bagai isi dengan kuku/ harapkan pagar, pagar makan padi/ biar pecah diperut, jangan
pecah dimulut/ mulut tempayan
ii. rambut sama hitam, hati lain-lain
iii. nasi sudah menjadi bubur/ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

You might also like