You are on page 1of 27

SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN

NEGARA
Latar Belakang Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara

•Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia
dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum era colonial

•Struktur pentadbiran sebuah Melayu jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan kesultanan
Melayu Melaka

•Tun Sri Lanang dalam karya agungnya , Sulalatus Salatin menggambarkan tiga unsur teras yang
mendasari pentadbiran kerajaan melaka . Iaitu raja/sultan , para pembesar dan sama lain.

•Setelah kedatangan British , khususnya pada abad ke-19 , berlaku perubahan dalam hala cara
berpolitik dan pentadbiran negara

•British memperkenalkan pemerintahan bentuk pentadbiran yang baru

•Pentadbiran ini berubah selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dikenali sebagai sistem
Pengasingan Kuasa
Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia

Majlis raja-raja

 Badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya

 Dianggotai oleh 9 orang sultan dan 4 orang gabenor atau dipertua negeri

 Dipimpin oleh YDPA

 Antara tugas utama majlis raja-raja:

 Memilih YDPA dan timbalan YDPA

 Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat Agama Islam bagi seluruh Persekutuan

Tanah Melayu kecuali Sabah dan Sarawak

 Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa jua perkara yang difikirkan patut untuk

pembangunan negara.
Yang di-Pertuan Agong(YDPA)

 Merupakan ketua negara dan secara tidak langung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga
komponen dalam sistem berkerajaan negara iaitu badan pentadbiran, badan perundangan dan
badan kehakiman
 YDPA dilantik 5 tahun sekali
 Tugas YDPA:
 Tugas mengikut nasihat
 Tugas mengikut budi bicara
 Pemerintah tertinggi angkatan tentera
 Memperkenankan rang undang-undang
 Pengisytiharan darurat
 Kuasa pengampunan
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA(EKSEKUTIF)

 PERINGKAT PERSEKUTUAN

• Kabinet

- Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan

- Kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam

pilihan raya dan menduduki kerusi di parlimen atau dewan perundangan

• Kementerian

- Dilaksanakan oleh sebuah badan

- Merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbir persekutuan

- Terdapat 24 buah kementerian termasuk jabatan perdana menteri


Senarai Kementerian
1.Jabatan Perdana Menteri
2.Kementerian Pendidikan Malaysia
3.Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
4.Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia
5.Kementerian Pertahanan Malaysia
6.Kementerian Pengangkutan
7.Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
8.Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
9.Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
10.Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
11.Kementerian Dalam Negeri
12.Kementerian Komunikasi Dan Multimedia
14. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
15. Kementerian Kewangan
16. Kementerian Luar Negeri
17. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
18. Kementerian Kerja Raya
19. Kementerian Sumber Manusia
20. Kementerian Wilayah Persekutuan
21. Kementerian Belia Dan Sukan
22. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan
23. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
24. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
Perkhidmatan awam Badan-badan berkanun
o Membantu kerajaan menggubal dan o Memainkan peranan penting selepas
melaksanakan dasar-dasar yang menjayakan kementerian dan perkhidmatan awam
transformasi negara o Merupakan salah satu cabang perkhidmatan
o Memastikan bahawa pembangunan ekonomi awam yang penting dan memerlukan
negara berlaku adil dan seimbang pengurusan yang baik
o Jenis-jenis perkhidmatan awam: o Antara badan-badan berkanun ialah:

1.Angkatan Tentera 1.Bank Negara Malaysia


2.Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang- 2.Lembaga Hasil Dalam Negeri
undang 3.Lembaga Minyak Sawit Malaysia
3.Perkhidmatan Awam Am Persekutuan 4.Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
4.Pasukan Polis 5.Lembaga Getah Malaysia
5.Perkhidmatan Awam Bersama(persekutuan 6.Pertubuhan Berita Nasional
Dan Negeri) 7.Lembaga Tabung Haji
6.Perkhidmatan Awam Negeri 8.Lembaga Lebuhraya Malaysia
7.Perkhidmatan Pelajaran
SURUHANJAYA
1) Suruhanjaya tetap
•Suruhanjaya pilihan raya dan PERINGKAT NEGERI
suruhanjaya perkhidmatan o Semua perlembagaan negeri
mengandungi seksyen 1(2) yang
2)Suruhanjaya sementara membolehkan raja bertindak menurut
•Untuk menyiasat atau budi bicaranya dalam menjalankan
menyelesaikan masalah yang timbul tugas-tugas berikut:

3)Jenis-jenis suruhanjaya: 1. Melantik menteri besar


1.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2. Mempersetujui atau tidak permintaan
2.Suruhanjaya Perkhidmatan membubarkan dewan undangan negeri
Pelajaran 3. Memperkenankan pelantikan ahli-ahli
3.Suruhanjaya Pasukan Polis majlis mesyuarat kerajaan negeri(EXCO)
4.Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman Dan Undang-undang
Bidang kuasa peringkat negeri Bidang kuasa peringkat daerah

o Segala urusan pentadbiran tertakluk kepada o Diketuai oleh pegawai daerah dengan dibantu
perlembagaan negeri yang diperuntukkan oleh oleh beberapa orang penolong pegawai daerah
perlembagaan persekutuan. o Mukim daerah pula ditadbir oleh penghulu
o Perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan o Pentadbiran kerjaan tempatan dilaksanakan oleh
negeri seperti agama, majlis daerah dan majlis bandaran
pertanian,pendidikan,perhutanan , o Fungsinya untuk memajukan kawasan
pentadbiran tanah,air dan sebagainya. pekan/bandar
o Diketuai oleh yang dipertua majlis yang terdiri
daripada pegawai daerah
o Ketua pentadbir sesebuah majlis tempatan ialah
setiausaha majlis tempatan
• PARLIMEN
- Badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan

di seluruh negara
- Meluluskan undang-undang persekutuan , membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan,
memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai
- Tempat dijadikan forum untuk membincangkan perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

KEISTIMEWAAAN PARLIMEN
- Mana-mana jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah

DEWAN NEGARA DEWAN RAKYAT


- Bilangan ahli dewan negara tidak melebihi daripada Dianggotai seramai 222 orang ahli dan setiap ahli
70 orang ahli pada satu-satu masa dengan kadarnya mewakili satu kawasan pilihan raya
Layak menjadi ahli jika warganegara malaysia, PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN
berumur tidak kurang dari 30 tahun, sempurna akal, Melalui 4 peringkat
bukan seorang muflis i.Bacaan pertama
ii.Bacaan kedua
iii.Perbincangan peringkat jawatankuasa
iv.Bacaan ketiga
BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)

KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN

i.dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang

kerajaan iaitu perundangan dan pentandbiran

ii.Seorang hakim tidak boleh melucutkan jawatan sebelum mencapai umur bersara

iii.Saraan seorang hakim hendaklah dibayar kepada kumpulan wang yang disatukan

iv.Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah

v.Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis parlimen.


PERLANTIKAN HAKIM

 Dibuat oleh yang di pertuan agong setelah berunding dengan majlis raja-raja dan
mendapat nasihat daripada perdana menteri
 Hakim besar tanah malaysia harus berunding dengan 2 orang hakim besar mahkamah
tinggi
 Hakim mahkamah agung harus berunding dengan 2 orang hakim besar
 Hakim mahkamah tinggi berunding dengan hakim besar mahkamah
 Hakim mahkamah sesyen dan dilantik oleh yang dipertuan agong
 Hakim kelas pertama dilantik oleh yang dipertuan agong manakala bagi negeri-negeri
dilantik oleh sultan/raja/gabenor atas cadangan hakim besar
 Hakim kelas kedua sama seperti hakim kelas pertanyaan cuma bagi negeri dilantik tanpa
penglibatan hakim besar.
SISTEM DAN CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA
• Berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti;
I.Mahkamah Agung
Ii.Mahkamah Tinggi
Iii.Mahkamah Sesyen
Iv.Mahkamah Rayuan
V.Mahkamah Mejistret
Vi.Mahkamah Tentera
Vii.Mahkamah Buruh

Mahkamah di malaysia terbahagi kepada 2:

a)Mahkamah persekutuan
 Terdiri daripada mahkamah atasan, mahkamah rendah dan mahkamah khas

b)Mahkamah negeri
 Terdiri daripada mahkamah syariah dan mahkamah adat
Demokrasi Berpalimen

 Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur

kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.

 Dalam sistem demokrasi , undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan

iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

 Sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara demokratik

 Sebuah negara yang melasanakan demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan

rakyat

 Malaysia negara yang mengamalkan system Demokrasi Berpalimen diaplikasikan.


FAEDAH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI
 Kestabilan dan kemantapan politik dibawah system demokrasi berpalimen telah membolehkan rakyat
melalui kerajaan yang dipilih merangka ,menggubal, dan melasanakan strategi-strategi pembangunan
Negara.
 Kerajaan juga telah berjaya melancarkan dasar ekonomi baru(DEB) yang bertujuan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum.
 Dasar Ekonomi Baru(DEB) membantu menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai
perpaduan serta mengekalkan keamanan negara dan menjaga keselamatan negara.
 DEB dapat memastikan semua kaum dapat menikmati kekayaan negara secara sama rata
 Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan ,
menambah kemahiran dan apa yang lebih penting meningkatkan pendapatan negara dan kemakmuran
Negara.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
 Raja dari era Kesultanan Melaka ,Raja merupakan tonggak pemerintahan dan lambang
kedaulatan negeri. Semasa prakonial , raja-raja Melayu memerintah di bawah sistem ‘monarki
mutlak’. Negara ini masih mengekalkan institusi beraja namun dengan sistem Raja
Berperlembagaan .Sistem ini bermula secara rasmi apabila Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 .

MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN


 Raja Berperlembagaan adalah satu system pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam
Perlembagaan Malaysia.Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagan Persekutuan
Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri Justeru ,apabila menjalankan tanggungjawab,
baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan
pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan .
SEMBILAN BUAH NEGERI MELAYU YANG BERAJA
 PERLIS
 KEDAH
 KELANTAN
 TERENGGANU
 PERAK
 PAHANG
 SELANGOR
 NEGERI SEMBILAN
 JOHOR

Majlis Raja-Raja
o Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu
diwujudkan.Sebelum Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.Sebelum Sembilan Negeri-negeri Selat ( British
straits settlements ) telah ditadbir sebagai Malayan Union di bawah pemerintahan tertinggi seorang Gabenor
British. Singapura yang juga sebuah Negeri Selat telah dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British ( British Crown
Colony ).
o Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British Military ) Negeri-negeri di Semenanjung di
perintah secara berlainan iaitu terdapat lima negeri Melayu yang tidak bergabung manakala empat pula
bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan juga tiga Negeri-negeri Selat .
o Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar,iaitu forum Bersama antara Raja-raja dan pihak
pentadbir British.Durbar itulah precursor,iaitu pelapor kepada Majlis Raja-Raja sekarang.
FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA
 Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik.Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis
Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan .Fungsi dan tugas tugasannya
mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

 Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-
peruntukan Jadual Ketiga.
 Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan atau upacara agama meliputi
seluruh Persekutuan .
 Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat
mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau
yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
 Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal ( 1 ) Perkara 182
 Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum di bawah Fasal ( 12 ) Perkara 42
 Majlis ini juga boleh menimbahkan soal-soal mengenai dasar negara (perubahan dasar imigresen) dan perkara
lain yang difikirkannya patut .Semasa Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara,
Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Negeri disertai Menteri
menteri Besar.
 Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan,kedudukan, kemulian
atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.Majlis Raja Raja hendaklah
diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah
Perkara 153
Budi Bicara Majlis Raja Raja

Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan
berhubung dengan tugas-tugas yang berikut iaitu :-

 Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih
Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
 Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
 Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang-undang yang mengubah
sempadan-sempadan sesuatu negeri
 Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara
meliputi seluruh Persekutuan;
 Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1)Perkara 182
 Pemberi ampun,replief dan respite atau peremitan, penggantungan atau peringatan
hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja

 Semua raja-raja dan para Yang di-Pertuan Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis
Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak.
 Para Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud
mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan
Agong ,melucutkan jawatan yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai
kesitimewaan raja-raja .
 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja.Baginda
berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat
baginda
PILIHAN RAYA

Pilihan raya adalah mekanisma utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah
negara

MAKSUD PILIHAN RAYA


 Pilihan raya adalah satu mekanisma untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak
demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri .
 Pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat .
 Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketulusan pengudian.
 Pengiraan undi dilaksanakan secara terbuka .
SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Pada 27 Julai 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama di tanah melayu telah diadakan. Antara parti dalam pilihan
raya ialah

[a] Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC dan PERIKATAN bertanding di 52 kerusi .
[b] Parti negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon .
[c] Parti islam Se-Tanah Melayu(PAS) dengan 11 orang calon .
[d] Parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh,Parti Kemajuan Perak,Pertubuhan
Kebangsaan Perak dan Pertubhan Melayu .

• Dlam sistem demokrasi berpalimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilhan raya umum
yang diadakan setiap lima tahun sekali .
• Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil parlimen . Memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri
untuk mengetuai kerajaan negeri .
• Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran
parlimen dan Dewan Undangan Negeri . Bagi Sabah dan Sarawak
FUNGSI PILIHAN RAYA
 Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
 Mengekalkan pucuk pimpinan
 Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
 Menguatkan kestabilan dan legititmasi dalam sebuah organisasi dan
komuniti politik
 Meneruskan legasi negara Demokrasi Berpalimen
 Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk
pimpinan
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

o Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR)ialah sebuah suruhanjaya yang mengelia, mengelola

dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.

o Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kuasa pada SPR untuk

mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta

mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan


KEANGGOTAAN SPR
 Semasa penubuhannya,SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli . Berikutan dengan
penubuhan Malaysia pada tahun 1963,bilangan ahli SPR telah ditambah kepada 3 orang
 Pada tahun 1981, pindaan ke atas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan
pelantikan seorang Timbalan Pengerusi
 Ahli-ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja

Syarat kelayakan ahli SPR ialah :


[a] berumur tidak lebih daripada 65 tahun
[b] seorang yang tidak muflis
[c]tidak memegang jawatan bergaji yang lain
- Bagi membolehkan SPR menjalankan fungsinya,suruhanjaya ini membentuk sebuah urus setia yang
diketuai oleh seorang setiausaha
- Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan .
FUNGSI SPR
I. Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan
raya .
II. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar
pemilih
III. Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
IV. Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-
calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan
Kesimpulannya

Pengalaman sistem demokrasi berpalimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan


kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini , sistem tersebut telah dapat
menwujudkan suasana politik yang stabil , aman dan makmur. Melalui demokrasi
berpalimen, kewujudan seorang raja berpelembagaan telah mengekalkan kesinambungan
tradisi pemereintahan dinegara ini.manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula, perlu
bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kerana keadaan ini akan
menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang sama yang akan datang. Selain itu,
setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka
untuk menentukan tampok pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan
sentiasa bekerja sama bagi membolehkan konsep demokrasi ini teros wujud.

You might also like