You are on page 1of 5

1

Konsep Raja Berperlembagaan

1. Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi.

2. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

3. Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

4. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.

5. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. secara bergilir-gilir.

6. Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.

1. Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislative), badan
pemerintahan (Executive) dan badan kehakiman (Judicial).

2. Yang di-Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen.

3. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

4. Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
dan kehormatan Raja- Raja Melayu.

5. Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak
dan Sabah.

6. Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

7. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan


negara terancam.

8. Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik
Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.

Kepentingan Raja Berperlembagaan

1. Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini

2. Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita

3. Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
2

Konsep Pengasingan Kuasa

1. Perlembagaan Persekutuan menjelaskan struktur pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran negara yang
meliputi :

i. Badan Perundangan (Legislative)

ii. Badan Eksekutif (Executive)

iii. Badan Kehakiman (Judicial)

2. Tujuan pembahagian kuasa adalah untuk :

i. mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang kuasa.

ii. mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu.

iii. tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.

BADAN PERUNDANGAN

1. Parlimen Malaysia adalah badan perundangan dalam sistem Kerajaan Malaysia.

2. Dari segi struktur pentadbirannya, Parlimen Malaysia mengandungi tiga institusi utama iaitu Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

3. Parlimen Malaysia berfungsi sebagai platform bagi Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang. Dari segi
prosedur, undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan diangkat
untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebelum diwartakan dan
dikuatkuasakan di seluruh negara.

4. Selain penggubalan undang-undang, Parlimen Malaysia berfungsi meluluskan pindaan kepada undang-undang
Persekutuan, memeriksa dasar-dasar serta meluluskan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan hasil-hasil cukai
yang baru.

5. Parlimen Malaysia juga menjadi forum untuk ahli parlimen membahaskan isu-isu berkepentingan nasional serta
menyampaikan pandangan dan kritikan berhubung perkara-perkara yang berlaku dalam dan di luar negara.

BADAN EKSEKUTIF

1. Jemaah Menteri atau badan eksekutif merupakan badan pemerintah bagi Kerajaan Malaysia.

2. Badan ini bertanggungjawab menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan dan
undang-undang yang berkuat kuasa.

3. Badan ini dibantu oleh jentera pentadbiran awam yang bertanggungjawab melaksana dan menguatkuasakan
undang-undang, dasar-dasar awam dan mentadbir negara.

4. Kuasa Jemaah Menteri dijelaskan di bawah Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan
tersebut, kuasa memerintah bagi Persekutuan terletak pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
3

kuasa tersebut boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri.

BADAN KEHAKIMAN

1. Badan Kehakiman berperanan menyelesaikan sesuatu bentuk perselisihan di kalangan rakyat dan di antara
rakyat dengan pihak berkuasa.

2. Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa kehakiman begi Persekutuan terbahagi
kepada dua Mahkamah Tinggi, yang mana pewujudan mahkamah ini adalah bersesuaian dengan bidang kuasa
dan tarafnya.

3. Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa
eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan
Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di
mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab
kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan
bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

1. Jadual kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2. Kerajaan negeri dan persekutuan bertanggungjawab terhadap bidang kuasa masing-masing.

3. Senarai bersama merupakan tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan persekutuan.

Senarai bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

1. Kebajikan sosial 6. Kesihatan dan kebersihan awam


2. Biasiswa 7. Parit dan tali air
3. Taman Negara 8. Pemulihan
4. Perancangan bandar dan wilayah 9. Hiburan awam
5. Penjagaan haiwan 10. Perhubungan

Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan:

1. Hal ehwal luar negara. 10. Perhubungan dan pengangkutan


2. Pertahanan 11. Kerja-kerja persekutuan
3. Keselamatan 12. Kajian,siasatan dan penyelidikan
4. Undang-undang 13. Pendidikan
5. Kewarganegaraan 14. Ubat dan Kesihatan
6. Jentera kerajaan persekutuan 15. Buruh dan keselamatan sosial
7. Kewangan 16. Kebajikan Orang asli
8. Perdagangan 17. Pekerjaan profesional
9. Perkapalan 18. Hari kelepasan am
4

19. Pertubuhan yang tidak diperbadankan


20. Kawalan terhadap musuh tanaman
21. Akhbar, penerbitan, percetakan
22. Penapisan
23. Panggung wayang dan empat hiburan
24. Syarikat kerjasama/ Koperasi
25. Pelancongan
26. Perkhidmatan Bomba
27. Semua yang berkaitan dengan Wilayah
Persekutuan
5

Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

1. Hukum,Syarak dan hal ehwal agama Islam.

2. Tanah, Pertanian dan perhutanan.

3. Kerajaan tempatan.

4. Perkhidmatan lain bercorak tempatan seperti perlesenan panggung wayang dan tempat hiburan awam.

5. Kerja air

6. Hari kelepasan am

7. Perpustakaan, muzium, monumen,rekod purbakala dan sejarah, tapak dan peninggalan zaman purba

Senarai negeri tambahan bagi Sabah dan Sarawak :

1. Undang-undang dan adat istiadat bumiputera.

2. Perbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan oleh undang-undang negeri.

3. Pelabuhan

4. Ukuran Tanah

5. Kereta api Sabah

You might also like