You are on page 1of 17

BANDINGKAN PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN DI DUA BUAH

NEGARA YANG ANDA PILIH.

1.0 Pengenalan

Dalam struktur pentadbiran sesebuah negara sama ada dalam sistem komunis,
sistem demokrasi dan sebagainya,kita dapat mengklasifikasikan kerajaan kepada tiga
peringkat iaitu kerajaan pusat (central government),kerajaan negeri (state government)
dan kerajaan tempatan (local government) . Struktur pembahagian tiga peringkat ini
terdapat di kebanyakkan negara di dunia , terutama yang mengamalkan sistem
“federation” atau persekutuan . Walaubagaimanapun negara yang mengamalkan sistem “
unitary” atau kesatuan juga masih mempunyai kerajaan tempatan seperti yang terdapat di
Britain,Jepun dan sebagainya.

Konsep pentadbiran daerah (tempatan) termasuk dibawah istilah “field


administration” (pentadbiran luar ) iaitu satu cara kebanyakan negara negara di dunia
mentadbir wilayah yang jauh daripada pusat bandar. “field administration” menjadi satu
struktur yang disukai oleh pemerintah kerana sesetengah negara amat luas dan tidak dapat
ditadbir secara berkesan dari ibu negara atau pusat pentadbiran . satu lagi sebab ialah di
negara-negara yang mengamalkan demokrasi terdapat tuntutan daripada rakyat supaya
mereka yang jauh dari pusat pemerintahan dapat menentukan corak pentadbiran yang
mereka kehendaki sendiri ,dalam erti kata yang lain memberi sedikit autonomi dalam
pemerintahan wilayah mereka sendiri (Abdullah Sanusi Ahmad, 1980:40). Dalam
pengertian organisasi , kerajaan tempatan boleh dianggap sebagai satu unsur daripada
konsep “decentralization” atau pemencaran kuasa.
2.0 Sistem pemerintahan Kerajaan malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang
dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun
sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.Sistem ini adalah
berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British.
Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan
Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti
dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan
Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyatdan Dewan Negara.


Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya
boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai
mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.
Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan
raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini
ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini
memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli
pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-
undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan
ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak
memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun,


kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang
India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada
Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam
perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu
negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah
mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar
negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang
sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang
asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara
persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal
lain.

3.0 Sistem Pemerintahan Indonesia

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut


sebagai Nusantara Kepulauan Antara yang terletak di antara tanah besar Asia
Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan lautan pasifik. Perlembagaan
Indonesia menetapkan pembahagian kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Kerajaan mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa legislatif dimiliki bersama oleh
kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat. Sistem kehakiman pula bebas dari eksekutif dan
legislatif. Seperti juga di negara-negara demokrasi lainnya, sistem politik di Indonesia
didasarkan pada Trias Politika yaitu kekuasaan legislatif, eksekutif dan yudikatif.
Kekuasaan legislatif dipegang oleh sebuah lembaga bernama Majelis Permusyawatan
Rakyat (MPR) yang terdiri dari dua badan yaitu DPR yang anggota-anggotanya terdiri
dari wakil-wakil Partai Politik dan DPD yang anggota-anggotanya mewakili provinsi
yang ada di Indonesia. Setiap daerah diwakili oleh 4 orang yang dipilih langsung oleh
rakyat di daerahnya masing-masing.

Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) adalah lembaga tertinggi negara.


Keanggotaan MPR berubah setelah Amandeman UUD 1945 pada periode 1999-2004.
Seluruh anggota MPR adalah anggota DPR ditambah anggota DPD (Dewan Perwakilan
Daerah). Sebelumnya, anggota MPR adalah seluruh anggota DPR ditambah utusan
golongan. Anggota MPR saat ini terdiri dari 550 anggota DPR dan 128 anggota DPD.
Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pemilu dan dilantik dalam masa jabatan lima
tahun. Sejak 2004, MPR adalah sebuah parlemen bikameral, setelah terciptanya DPD
sebagai kamar kedua. Lembaga eksekutif berpusat pada presiden, wakil presiden, dan
kabinet. Kabinet di Indonesia adalah Kabinet Presidenstil sehingga para menteri
bertanggung jawab kepada presiden dan tidak mewakili partai politik yang ada di
parlemen. Lembaga Yudikatif sejak masa reformasi dan adanya amandemen UUD 1945
dijalankan oleh Mahkamah Agung, termasuk pengaturan administrasi para Hakim.

Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di pulau


Papua, dan Timor Leste di pulau Timor.Negara jiran lain termasuklahSingapura, Filipina,
Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara Indonesia
ialah Jakarta.Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di
dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006, ia merupakan negara
keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di
dunia, walaupun secara rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan
sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung
Indonesia merupakan sebuah Negara republik demokrasi dengan sistem berpresiden.
Dalam sistem politik Indonesia, presiden merupakan ketua negara dan ketua
kerajaan serentak. selain itu juga, panglima besar Tentera Nasional Indonesia.

4.0 Latar belakang sejarah Kerajaan Tempatan

Kerajaan tempatan yang wujud di Malaysia mempunyai pertalian sejarah sejak


kedatangan Bristish ke Negara kita. Pertempatan dan Kerajaan Tempatan yang mula
diadakan ialah di Melaka, pulau Pinang dan Singapura. Dengan cara pentadbiran British
ini maka berkembanglah bandar-bandar tersebut dengan dibawa bersama-sam pendatang-
pendatang cina dan India. Pola Bandar yang kita saksi hari ini adalah disebabkan tidak
ada galakan dari penjajah supaya orang melayu tinggal di Bandar.

Anggota-anggota Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Melaka misalnya terdiri


dari kaum majoriti yang dilantik oleh pihak British. Pada mulanya didapati bahawa
perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran adalah seperti
berikut:

1. Perkhidmatan dari segi kesihatan seperti membina longkang, salura


perbentungan, jalan-jalan raya, tempat membuang sampah, mendirikan klinik
bersalin dan perubatan.

2. Membina tempat-tempat reakrasi untuk sukan dan kanak-kanak.


3. Perkhidmatan-perkhidmatan membaiki jalan, zon-zon kilang, kawasan-
kawasan perdagangan dan perniagaan, perancangan bandar, menyediakan
pasar-pasar, tandas, lampu jalan dan mengawasi bangunan.

4. Memberi perlindungan seperti bomba, mengawal makanan dan minuman serta


mengadakan pusat piawaian timbang dan sukatan.

5. Mengadakan perkhidmatan perniagaan seperti air dan elektrik.

Setelah British campur tangan ke negeri melayu, maka sistem pentadbiran tempatan
British juga diperluaskan ke negeri tersebut dan sehinggalah ke hari ini, kita dapati
kerajaan telah mewarisi sistem ini dan membaiki dari segi undang-undang dan
sebagainya. Sebelum merdeka, kebanyakan anggota Perbandaran ini telah dilantik oleh
pihak British sendiri. Tetapi menjelang kemerdekaan, anggota-anggota perbandaran telah
mula dipilih melalui pilihanraya, seperti yang pernah dibuat di Kuala Lumpur pada tahun
1952 dahulu. Pilihanraya seperti ini berterusan selepas merdeka seperti di Seremban,
Ipoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, dan beberapa buah bandar lagi. Sehinggalah
tahun 1967, kerajaan telah meminda akta kerajaan tempatan yang antara lain
menghapuskan sistem pilihanraya untuk memilih anggota dalam Majlis Kerajaan
Tempatan.

Pada pendapat kerajaan bahawa, pilihan seperti ini tidak berkesan untuk integrasi
nasional, di mana di bandar-bandar, kecenderungan parti pembangkang menguasai majlis
tempatan begitu luas yang mungkin mengancam atau melambatkan proses pembangunan
nasional. Dengan mansuhnya akta tersebut, maka kerajaan tempatan ditadbir oleh
kerajaan negeri yang mana anggotanya dilantik oleh kerajaan negeri dan kebiasaanya
pengawai daerah menjadi pengerusi majlis daerah atau perbandaran dan menteri besar
atau ketua menteri menjadi pengerusi majlis perbandaran di ibu-ibu negeri di seluruh
negara

4.1 Definisi kerajaan tempatan di Malaysia

Dalam memahami istilah kerajaan tempatan , sebenarnya tidak ada satu pentakrifan
yang tepat tentangnya , walau bagaimanapun definisi-definisi yang telah diberikan oleh
kebanyakkan sarjana sudah cukup untuk mengambarkan apa sebanarnya kerajaan
tempatan . Orang yang pertama sekali yang menggunanakan istilah kerajaan tempatan
(local government) ialah Jeremy Bentham (di England) .Dalam memperkatakan kerajaan
tempatan , selalu juga timbul kekeliruan antara penggunaan perkataan “Kerajaan
Tempatan” dan “Penguasa Tempatan “. Kerajaan tempatan adalah satu cara pentadbiran
sesebuah negara di peringkat bawahan iaitu melalui pentadbiran daerah menerusi
pegawai daerah , jabatan , agensi dan perbadanan kerajaan yang tertentu . Sedangkan
Penguasa Tempatan pula ialah unit-unit dalam dalam sistem pentadbiran kerajaan
tempatan

4.2 Konsep kerajaan tempatan di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan secara


mengagihkan kuasanya mengikut peringkat-peringkat tertentu. Oleh itu terdapat tiga
peringkat kerajaan yang penting di Malaysia iatu Kerajaan persekutuan, Kerajaan negeri
dan Kerajaan tempatan . Kerajaan persekutuan dibentuk melalui pilihanraya parlimen ,
dan begitu juga kerajaan negeri dibentuk melalui pilihanraya negeri . Kerajaan tempatan
tidak dibentuk melalui pilihanraya sejak tahun 1967 lagi, Perlu ditegaskan bahawa
kerajaan pusat dan kerajaan negeri diketuai oleh Perdana Menteri yang membentuk
kerajaan negeri setelah memenanggi pilihanraya . Pentadbiran pusat diketuai oleh ketua
Setiausaha negara yang membantu kerajaan pusat dalam hal ehwal pentadbiran.
Manakala setiausaha kerajaan negeri membantu kerajaan negeri dalam hal ehwal
pentadbiran peringkat negeri.

Kerajaan tempatan dan pentadbiran peringkat daerah dijalankan oleh pentadbir-


pentadbir yang dilantik oleh kerajaan . Tidak ada pilihanraya bagi memilih pentadbir
diperingkat daerah tersebut. Kerajaan tempatan merupakan satu institusi yang wujud
berunsur politik yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan meningkatkan
penglibatan rakyat dalam pentadbiran . Dari segi fungsi ia bertanggunjawab dalam
menjaga dan mentadbir hal ehwal kebajikan penduduk tempatan serta menjalankan
aktiviti pembangunan sosi-ekonomi. Kerajaan tempatan timbul akibat wujudnya
kesedaran bahawa semakin tinggi aktiviti kerajaan , maka semakin sukar untuk
merancang dan mentadbir aktiviti itu daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri
ataupun wilayah. Bagi mendapatkan keberkesanan , pentadbiran awam moden tidak
sahaja terletak pada dasar dan cara di bahagian pusat semata-mata malah bagaimana
dilaksanakan hingga ke peringkat bawahan seperti wilayah , daerah dan juga kampung .
Oleh itu , perlu diadakan satu pentadbiran kerajaan yang meluas bagi memastikan
kejayaan sesuatu rancangan itu. Jadi kerajaan tempatan akan mewakili kehendak seluruh
rakyat tempatan dalam mentadbir hal-ehwal tempatan bagi kepentingan rakyat tempatan .
Dengan itu timbul konsep pemencaran (decentralization) kuasa yang boleh memberikan
autoriti kepada pihak-pihak yang terlibat di peringkat daerah untuk mentadbir kawasan-
kawasan dalam daerah. Perbezaan dalam desentralisasi ini bergantung pada setakat
manakah rancangan pentadbiran kerajaan tempatan mendapat autoriti untuk rancangan
membuat keputusan dan pengurusan yang dialihkan daripada kerajaan pusat kepada
mereka . Terdapat 4 bentuk desentralisasi iaitu:

 Devolution (pengagihan/penyerahan kuasa)

 Deconcentration (pecahan tumpuan)

 Delegation (penurunan)

 Transfer of function (pemindahan fungsi)


4.3 Tugas dan Fungsi kerajaan tempatan di Malaysia

Tugas dan fungsi Kerajaan tempatan di Malaysia telah diberi kuasa penuh di bawah
Akta kerajaaan tempatan 1976.Peranan dan fungsinya merangkumi bidang kuasa dan
tugas-tugas wajib seperti pengumpulan sampah,penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan
aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kesihatan awam.Fungsi eko-sosial pula termasuklah
peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam,taman –taman
rekreasi,perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan.Selain itu, ia juga
bertanggungjawab ke atas ;

a) Merancang dan menyediakan kemudahan - kemudahan awam

b) Kuasa mengeluarkan lesen

c) Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu

d) Program-program mengindahkan kawasan

e) Penyenggaran dan penambahbaikan kawasan persekitaran

f) Menyenggarakan air-air pancut dan pencahayaan jalan-jalan awam.

g) Perkhidmatan rumah penyembelihan,perkhidmatan veterinar,pengangkutan

h) Perparitan dan pembetungan yang sempurna

i) Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan

j) Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar

k) Mengurus dan mengawal lalulintas

l) Perkhidmatan seperti pembersihan,pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal

m) Kawasan-kawasan pengebumian dan juga tempat membekar mayat.

n) Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak,klinik-klinik


5.0 Definisi kerajaan tempatan di Indonesia

Mengenai pemerintahan Daerah di dalam fasal 18 undang-undang dasar 1945 ditentukan


bahawa ”Pembahagian Daerah Indonesia atas dasar daerah besar dan kecil dengan bentuk
susunan pemerintahannya di tetapkan dengan undang-undang dan mengingati dasar
permeryuaratan dalam sistem pemerintahan negara, dan hak asal usul dalam daerah –
daerah yang bersifat istemewa.

Menurut penjelasan undang-undang dasar tersebut oleh kerana Negara Indonesia itu
suatu “eenfeidstaat” maka Indonesia tidak akan mempunyai daerah dalam lingkungannya
yang bersifat ”staat” .Daerah indonesia akan dibagi dalam daerah Propinsi dan daerah
Propinsi akan dibahagi pula dalam daerah yang lebih kecil.

Daerah-daerah yang bersifat autonomi (streek dan locale rechtgemeenschappen) atau


bersifat daerah pentadbiran,semuanya menurut aturan yang akan ditetapkan dengan
undang-undang. Daerah-daerah yang bersifat autonomi akan diadakan Badan Perwakilan
Daerah oleh kerana didaerah pun, pemerintahan akan atas dasar permesyuaratan

5.1 Konsep kerajaan tempatan di Indonesia

Sistem pemerintahan daerah dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Daerah Autonomi,
sebagai pelaksanaan asas desentralisasi dan Wilayah sebagai pelaksanaan asas
dekonsentrasi. Pemakaian dua sistem pemerintahan di daerah secara menyeluruh
merupakan suatu sistem pemerintahan di daerah yang baru indonesia kerana didalam
masa pemerintahan Hindia Belanda pun penerapan dua asas tersebut secara bersamaan
telah dijalankan. Adapun apa yang dianggap sebagai suatu yang baru ialah pengaturan
tentang pemerintahan di daerah berasaskan dua seperti yang dimaksudkan adalah di
dalam satu undang-undang, kerana cara pengaturan yang demikian itu belum pernah
terjadi sebelumnya.

5.2 Fungsi desa di Indonesia

Bidang kuasa desa adalah seperti berikut;-

a) Menyenggarakan urusan pemerintahan

b) Menyelenggarakan urusan pemerintahan yang menjadi bidang kuasa


kabupaten/kota yang diserahkan kepada desa.iaitu urusan langsung untuk
meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

c) Membantu pemerintah provinsi serta pemerintah kabupaten/kota dalam tugas


masing-masing

d) Urusan pemerintahan yang lain yang diserahkan kepada desa.

6.0 Perbandingan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia

Perbandingan yang dapat di lihat antara sistem pemerintahan Kerajaan tempatan


di Malaysia dan Indonesia ialah kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat
terendah dalam sistem pemerintahan kerajaan dimana bidang kuasa kerajaan tempatan
adalah menjalankan undang-undang kecil, mengenakan cukai pintu yang terhad.
Kerajaan tempatan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada
penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran mereka. Pegawai yang tertinggi dalam
kerajaan tempatan ialah Datuk bandar manakala di kawasan perbandaran pula ia diketuai
oleh Yang Dipertua Majlis dan Majlis –majlis daerah seterusnya peringkat kampung
diketuai oleh ketua kampung. Kesemua ketua-ketua organisasi ini bertanggungjawab
terhadap bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu pihak
kerajaan disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sesuatu
kawasan.

Indonesia pula mengamalkan sistem daerah oleh kerana terdapat beribu-ribu pulau
dan daerah disamping mempunyai bilangan penduduk yang ramai telah menyebabkan
pemerintah Indonesia mewujudkan pemerintahan daerah. Hubungan pemerintah Pusat
dan Daerah dapat dibahagikan kepada dua fungsi iaitu Daerah yang bertanggunjawab
mengatur dan mengurus perjalanan pentadbirannya sendiri sebagai asas pelaksanaan dari
asas desentralisasi . Secara umumnya fungsi pemerintahan (daerah) di Indonesia dapat
digolongkan kepada 4 kelompok iaitu : penyediaan pelayanan, pengaturan,
pembangunan, dan perwakilan. Fungsi penyediaan pelayanan-pelayanan berorientasi
dalam lingkungan dan kemasyarakatan. Tanggunjawab tersebut mencakupi antara lain
iaitu jalan-jalan daerah, lampu jalan, pembuangan sampah, saluran longkang,
pencegahan banjir, pemeliharaan taman dan tempat rekreasi dan kesihatan. Paling umum
bagi pemerintah daerah adalah kekuasaannya untuk mengatur kegiatan-kegiatan khusus
seperti penggunaan tanah, kelulusan bangunan dan permit hiburan. Fungsi pembangunan
melibatkan secara langsung pemerintah daerah dalam bentuk-bentuk kegiatan ekonomi,
seperti industri, pertanian, perhutanan dan perdagangan. Lembaga kemasyarakatan
dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan pihak pemerintah desa
dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat.Ia ditetapkan melalui Peraturan desa
dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi masyarakat dalam bidang
pembangunan.Ia mempunyai hubungan kerja dengan pemerintah desa yang bersifat
perkongsian,perundingan dan penyelaras.

Di sebahagian negara Asia Tenggara pemerintah daerah ditujukan untuk


memainkan suatu peranan pembangunan dengan penekanan utama pada bidang pertanian.
Sistem pemerintahan di daerah yang mula-mula dipakai ialah sistem sentralisasi yang
keras, kerana sistem sentralisasi yang keras itu ternyata kurang memadai untuk membina
pemerintahan di indonesia yang terdiri dari ribuan pulau-pulau di mana masing-masing
antara lain mempunyai keadaan dan sifat yang berbeza-beza. Maka sebahagian daripada
tanggunjawab pemerintahan pusat itu desentralisasikan atau diserah kepada pihak lain
untuk ditadbir. Desentralisasi mempunyai banyak bentuk misalnya Desentralisasi
territorial, Desentralisasi functioneel,(menurut jabatan,kepentingan dan sebagainya) dan
Desentralisasi Adminidtratif (ambtelijk) atau dekonsentrasi. Di bawah merujuk Struktur
Kerajaan Tempatan di Malaysia dan Indonesia ;

Struktur kerajaan tempatan Malaysia

Sebelum Akta kerajaan tempatan 1976 Selepas penerapan Akta 171

*Dewan Bandaraya Kuala Lumpur *Bandar raya-Dewan bandaraya atau majlis


Bandaraya
*Majlis perbandaran
*bandar-Majlis perbandaran
*majlis bandaran
*luar bandar-majlis Daerah
*Lembaga Bandaran
Kawasan khas-Perbadanan atau Pihak
*majlis daerah luar bandar
berkuasa tempatan
*Majlis Tempatan

Struktur kerajaan tempatan Indonesia

Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia

Peringkat Provinsi

Provinsi

Daerah khusus-Daerah Istimewa

Peringkat kabupaten/kota
Kabupaten-Kota

Kabupaten Tadbir

Sagoe

Peringkat kecamatan

Kecamatan

Distrik-sagoe cut

Peringkat kelurahan/desa

Keluharan-desa

Nagari-kampung-Gampong

Lain-lain

Dusun-lingkungan

Rukun warga

Rukun tetangga

7.0 Kesimpulan

Kalau dilihat susunan sistem pemerintahan di Malaysia, pihak berkuasa tempatan


adalah sebahagian dari keseluruhan system pemerintahan, dan terletak di lapisan paling
bawah sekali selepas kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ianya bertanggungjawab di
peringkat wilayah atau daerah atau kawasan-kawasan yang diistilah urban atau separuh
Bandar semi-urban. Kawasan-kawasan ini adalah meliputi yang sekarang ini diberi nama
majlis perbandaran dan majlis daerah.

Pihak berkuasa kerajaan tempatan mempunyai kuasa autonomi dalam bidang-bidang


yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri atau pusat. Biasanya bidang-bidang ini
bersabit dengan kuasa-kuasa untuk menjalankan peranan sebagai pihak berkuasa
tempatan termasuklah tugas-tugas untuk memberi perkhidmatan serta kemudahan sosial
kepada penduduk –penduduk di bawah kawasan pentadbirannya.

Objektifnya pembangunan negara disamping membasmi kemiskinan adalah juga


ditegaskan tentang penyusunan semula masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan
bandar serta daerah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk mencapai
perpaduan antara masyarakat.

Dengan melihat faktor-faktor di atas maka dapat dirumuskan bahawa kerajaan


tempatan boleh diberi penglibatan yang besar sebagai salah sebuah badan pelaksana
program pembangunan.

Di indonesia pelaksanaan kerajaan tempatan masih kurang berkesan dan sering


menimbulkan perasaan tidak puas hati daerah kepada pemerintah pusat kerana
pembahagian kuasa legislatif dan kewangan kepada daerah adalah sepenuhnya
bergantung kepada pemerintah pusa

8.0 Rujukan

Ahmad Atory Bin Hussain, Penghantar Pentadbiran Awam. (1983). Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd
Ahmad Atory Hussin, Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia. (1991).
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Irawan Soejito, Hubungan Pemerintah Pusat dan Pemerintah Daerah.(Ogos 1984).


Penerbit Bina Aksara:Anggota IKAPI

J.Wajong, Azas dan Tujuan Pemerintahan Daerah.(1975).Penerbit Djambatan

Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia.(1980).Dewan Bahasa Dan


Pustaka.

Rujukan Asas

http//ms.wikipedia.org/wiki/desa_(Indonesia)

http//ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia

http//shaifuklbahri.blogspot.com/2006/06/dilema-pbt-ikut-arahan-pusat-atau.html

www.tulunggagung.go.id/infopublik/perda_8_08.pdf

www.eprints.undi.ac.id/909/1/Artikal_Kushandayari.pdf
www.jeparakab.go.id/files/perda/perda_2008-xx_sot-camatdesa.rtf

You might also like