You are on page 1of 2

NAMA: FILEX BILONG JALONG

NO KP: 940312-13-6215
TUGASAN 2 : ESEI PENDEK

TAJUK ESEI: SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai latar belakang kaum yang
berbeza-beza. Oleh kerana hal yang demikian, sejak Pembentukan Malaysia pada tahun 16
September 1963, sistem pemerintahan Malaysia digubal untuk mengurus tadbir keharmonian
dan melancarkan ekonomi negara agar negara Malaysia tidak ketinggalan dalam arus
kemajuan globalisasi.
Sistem pemerintahan Malaysia merupakan sistem yang terdiri daripada demokrasi
berparlimen. Ciri demokrasi berparlimen ini adalah berdasarkan Perlembagaan.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang penting dan mengandungi semua susunan
peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan, bentuk
sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Selain itu, perlembagaan juga merupakan suatu
kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sebuah negara yang
harus dijalankan. Perlembagaan juga menerangkan kuasa-kuasa yang oleh pelbagai anggota
negara serta hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang
memerintah dengan orang yang diperintah.
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Perlembagaan ini juga diguna pakai dalam sistem kerajaan yang terbentuk. Perlembagaan
yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu 1984 telah menjadi asas
kepada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini juga merupakan perlembagaan bertulis
yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi berparlimen. Perlembagaan ini menentukan
pelbagai perkara iaitu tentang kebebasam asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan,
kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain. Oleh itu, perlembagaan menjadi asas dan rujukan kepada
setiap organisasi ini kerana ia mengandungi semua undang-undang tertinggi.
Seterusnya adalah Raja Berperlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh, di negara kita,
sosial masyarakat mempunyai raja atau sultan yang menduduki hierarki teratas dalam lapisan
masyarakat. Walau bagaimanapun, di dalam perlembagaan Malaysia, raja diperuntukan kuasa
yang mengikuti perlembagaan Malaysia dan ini menyebabkan raja-raja di Malaysia
mempunyai kuasa yang terhad dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Raja berperlembagaan
dalam perlembagaan Malaysia telah diikhtiraf sebagai ketua negara dan raja berperlembagaan
adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh
perlembagaan Malaysia. Segala urusan pentadbiran didalam dan hubungan-hubungan dengan
negara luar adalah dibawah bidang kuasa Perdana Menteri. Oleh itu, di dalam raja
berperlembagaan, Majlis Raja-Raja akan memilih seorang ketua negara yang dilantik sebagai
Yang Di-Pertuan Agong selama lima tahun.
Ciri yang ketiga adalah Kuasa Pemerintahan. Kuasa pemerintahan terdiri daripada
Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif. Badan
Eksekutif mengandungi tiga komponen, iaitu Yang Di-Pertuan Agong(YDPA) dan dua buah
majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang Di-Pertuan Agong diwujudkan pada 31
Ogos 1957 dan menjadi lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Hal ini menjadikan
YDPA sebagai ketua negara. Dewan Rakyat pula ialah satu majlis untuk membolehkan
rakyat menyampaikan Hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Dewan
Rakyat berperanan untuk menggubal dan membahaskan undang-undang. Dewan Rakyat
merupakan komponen yang penting dalam Parlimen kerana dianggotai oleh wakil rakyat
yang memenangi kerusi dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat ini dianggotai oleh 222
orang ahli yang telah dipilih dalam pilihan raya umum. Dewan Negara pula berlainan dengan
Dewan Rakyat. Dewan Negara berperanan membincangkan rang undang-undang yang telah
diluluskan olej Dewan Rakyat. Gelaran bagi ahli Dewan Negara ialah senator. Cara
perlantikan ahli Dewan Negara adalah berlainan dengan ahli Dewan Rakyat kerana
perlantikan ahli-ahli ini adalah diperkenankan oleh Yang Di-Pertua Agong dan bukan pilihan
raya. Anggotanya adalah seramai 70 orang ahli.
Sistem pemerintahan di negara kita juga terdiri daripada kerajaan-kerajaan negeri dan
juga persekutuan. Oleh kerana hal yang demikian, wakil rakyat di dalam kerajaan negeri
disebut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Setiap ADUN juga akan dipilih
ketika pilihan raya umum berlangsung dan akan membentuk kerajaan negeri yang mana
kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Berlainan dengan Negeri
Sarawak, pilihan raya Dewan Undangan Negeri dilaksanakan berbeza dengan negeri-negeri
yang lain. Hal ini kerana, Negeri Sarawak mempunyai hak tersendiri dalam menguruskan hal
ehwal pentadbiran negeri yang berbeza dengan kerajaan negeri yang lain.
Jadi, sistem pemerintahan negara kita adalah merupakan satu sistem yang sangat unik
berbanding dengan negara-negara lain kerana kita boleh menyaksikan pertukaran YDPA
yang berbeza setiap lima tahun dan kerajaan yang berbeza antara kerajaan negara dan
kerajaan negeri.

You might also like