You are on page 1of 2

NAMA: SOPHIA LAHAI AJENG

NO KP: 941120-13-6194
TUGASAN 2 : ESEI PENDEK

TAJUK ESEI: SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada
pelbagai latar belakang kaum yang berbeza-beza. Oleh kerana hal yang demikian,
sejak Pembentukan Malaysia pada tahun 16 September 1963, sistem pemerintahan
Malaysia digubal untuk mengurus tadbir keharmonian dan melancarkan ekonomi
negara agar negara Malaysia tidak ketinggalan dalam arus kemajuan globalisasi.
Sistem pemerintahan Malaysia merupakan sistem yang terdiri daripada
demokrasi berparlimen. Ciri demokrasi berparlimen ini adalah berdasarkan
Perlembagaan. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang penting dan
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap
penting bagi pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Selain
itu, perlembagaan juga merupakan suatu kumpulan undang-undang dasar yang
menentukan cara pemerintahan sebuah negara yang harus dijalankan.
Perlembagaan juga menerangkan kuasa-kuasa yang oleh pelbagai anggota negara
serta hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara
yang memerintah dengan orang yang diperintah.
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
Perlembagaan ini juga diguna pakai dalam sistem kerajaan yang terbentuk.
Perlembagaan yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu
1984 telah menjadi asas kepada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini juga
merupakan perlembagaan bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi
berparlimen. Perlembagaan ini menentukan pelbagai perkara iaitu tentang
kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri-
negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain. Oleh itu, perlembagaan menjadi asas dan rujukan
kepada setiap organisasi ini kerana ia mengandungi semua undang-undang
tertinggi.
Seterusnya adalah Raja Berperlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh, di
negara kita, sosial masyarakat mempunyai raja atau sultan yang menduduki hierarki
teratas dalam lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, di dalam perlembagaan
Malaysia, raja diperuntukan kuasa yang mengikuti perlembagaan Malaysia dan ini
menyebabkan raja-raja di Malaysia mempunyai kuasa yang terhad dan tidak
mempunyai kuasa mutlak. Raja berperlembagaan dalam perlembagaan Malaysia
telah diikhtiraf sebagai ketua negara dan raja berperlembagaan adalah hanya ketua
simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan
Malaysia. Segala urusan pentadbiran didalam dan hubungan-hubungan dengan
negara luar adalah dibawah bidang kuasa Perdana Menteri. Oleh itu, di dalam raja
berperlembagaan, Majlis Raja-Raja akan memilih seorang ketua negara yang
dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong selama lima tahun.
Ciri yang ketiga adalah Kuasa Pemerintahan. Kuasa pemerintahan terdiri
daripada Majlis Raja-Raja, Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan
Eksekutif. Badan Eksekutif mengandungi tiga komponen, iaitu Yang Di-Pertuan
Agong(YDPA) dan dua buah majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang
Di-Pertuan Agong diwujudkan pada 31 Ogos 1957 dan menjadi lambang kedaulatan
dan perpaduan negara. Hal ini menjadikan YDPA sebagai ketua negara. Dewan
Rakyat pula ialah satu majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan
mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Dewan Rakyat berperanan untuk
menggubal dan membahaskan undang-undang. Dewan Rakyat merupakan
komponen yang penting dalam Parlimen kerana dianggotai oleh wakil rakyat yang
memenangi kerusi dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat ini dianggotai oleh 222
orang ahli yang telah dipilih dalam pilihan raya umum. Dewan Negara pula berlainan
dengan Dewan Rakyat. Dewan Negara berperanan membincangkan rang undang-
undang yang telah diluluskan olej Dewan Rakyat. Gelaran bagi ahli Dewan Negara
ialah Senator. Cara perlantikan ahli Dewan Negara adalah berlainan dengan ahli
Dewan Rakyat kerana perlantikan ahli-ahli ini adalah diperkenankan oleh Yang Di-
Pertua Agong dan bukan pilihan raya. Anggotanya adalah seramai 70 orang ahli.
Sistem pemerintahan di negara kita juga terdiri daripada kerajaan-kerajaan
negeri dan juga persekutuan. Oleh kerana hal yang demikian, wakil rakyat di dalam
kerajaan negeri disebut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Setiap
ADUN juga akan dipilih ketika pilihan raya umum berlangsung dan akan membentuk
kerajaan negeri yang mana kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua
Menteri. Berlainan dengan Negeri Sarawak, pilihan raya Dewan Undangan Negeri
dilaksanakan berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Hal ini kerana, Negeri
Sarawak mempunyai hak tersendiri dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran
negeri yang berbeza dengan kerajaan negeri yang lain.
Kesimpulannya, sistem pemerintahan negara Malaysia adalah merupakan
satu sistem yang sangat unik berbanding dengan negara-negara lain. Hali ini kerana
kita boleh menyaksikan pertukaran YDPA yang berbeza setiap lima tahun dan
kerajaan yang berbeza antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

You might also like