You are on page 1of 16

SISTEM PENTADBIRAN

Isi kandungan

1.Pengenalan (2)
2.Konsep federalisme (3)
3.Demokrasi berparlimen di Malaysia (4)
4.Latar belakang demokrasi (4)
5.Ciri-ciri negara demokrasi berparlimen ( 5-9 )
6.Komponen utama kerajaan Malaysia ( 10-16 )
-YDPA
-BADAN PERUNDANGAN
-BADAN PENTADBIRAN
-BADAN KEHAKIMAN

1
Sistem pentadbiran
Pengenalan:
Pemerintah dan pentadbir negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia
dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum era colonial lagi. Struktur pentadbiran
sebuah kerajaan Melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka . Tun Sri Lanang dalam karya agungnya , Sulalatus Salatin menggambarkan
tentang tiga unsur teras yang mendasari pentadbiran kerajaan Melaka , iaitu raja/sultan ,
para pembesar dan rakyat . Tiga unsur ini bertali rat dan saling memerlukan antara satu
sama lain . Malahan , ketiga-tiga unsur inilah yang jadi piagam politik bukan sahaja pada
zaman kerajaan Melayu Melaka malahan , kerajaan-kerajaan selepasnya.
Setelah kedatangan British , khususnya apda aabd ke-19 , berlaku perubahan dalam hala
cara berpolitik, sistm pemerintahan dan pentadbiran negara . Hal ini berlaku apabila British
mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu dan
memperkenalkan bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu .

2
Konsep federalisme:
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan federalismeyang membawa maksud
fahaman persekutuan . Daris segi sejarah , konsep ini telah wujud sejak tahun 1896 dengan
terbentuknya negeri-negeri Melayu bersekutu yang wujud melalui Perjanjian Persekutuan
1895 .
Negeri-negeri Melayu Bersekutu menggabungkan empat buah negeri , iaitu Pahang ,
Selangor , Perak dan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan kerajaan pusat yang diketuai
oleh Residen Jeneral. Setiap ngeri pula diketuaioleh seorang Residen.
Negeri-negeri Melayu Bersukutu diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran British
supaya semua negeri dapat dimajukan sama rata.
Hasil yang dapat dilihat dengan penggabungan ini ialah kejayaan dalam mengubah negeri-
negeri tersebut menjadi negeri yang maju dan membangun. Kejaayaan ini menunjukkan
pemerintahan berpusat telah memberikan imapak yang besar terhadap landskap
pembangunan di negeri berkenaan.

Bentuk pemerintahan berpusat ini diteruskan lagi pada tahun 1948 dengan pengenalan
Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union yang mendapat tentangan hebat
daripada orang Melayu pada tahun 1946 . Dalam hal ini , kesemua negeri Melayu telah
mendatatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang meletakkan kerajaan pusat di
Kuala Lumpur .
Malaysia terbentuk melalui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah , Sarawak
dan Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia pada tahun 1965 dan menjadi
negara yang merdeka pada tahun 1965 .
Secara ringkasnya , antara unsur penting yang terkandung dalam sebuah negara
federalisme di Malaysia adalah wujudnya kerajaan pusat dan kerajaan negeri , yang di-
Pertuan Agong iaitu YDPA dan sistem pengasingan kuasa .

Demokrasi Berparlimen di Malaysia

3
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat
berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.
Dalam pilihan raya, rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang
sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.

Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi


berparlimen di Malaysia. Selaras dengan peredaran masa, beberapa pindaan perlembagaan
dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Sistem demokrasi berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,
sejahtera, dan stabil.
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah
diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran selepas merdeka adalah
berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir
daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu
oleh Perdana Menteri.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat
setia rakyat.
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui
pilihan raya. Rakyat berhak menyokong dan mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia
ada melalui pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia. Pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.Sistem demokrasi Berjaya mengekalkan
kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil. Corak pemerintahan demokrasi ialah sistem raja
berperlembagaan dan sistem republik.

Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai
pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri.
Sistem Republik pula menolak institusi raja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden.
Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di negara Perancis, Korea Selatan, India dan
Filipina presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.
Ciri-ciri Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

4
A.Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan
negara kita. Perlembagaan adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan
prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir
negara.
Perlembagaan merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16
September 1963.
Perlembagaan negara kita mengandungi 183 perkara. Dalam perlembagaan negara
kita mengandungi peruntukan Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri,Senarai
Bersama, institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman.
Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri
yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab
seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.
B. Raja Berperlembagaan
Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam perlembagaan Malaysia. Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak bersendirian
kecuali dalam perkara tertentu atas budi bicara Baginda.
Yang DiPertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu secara
bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun sekali. Pemilihan Yang Dipertuan Agong dibuat mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Baginda merupakan tonggak kerajaan
Malaysia ,ketua utama negara dan merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata. Baginda
juga berkuasa mengampunkan atau menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan
yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Yang Dipertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan
Pemerintah dan Badan Kehakiman.Baginda juga merupakan satu daripada tiga unsur
parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu. Selain itu, baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda
sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Yang Dipertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri. Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-
Undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Di samping itu, baginda berkuasa

5
melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihan raya, Ahli Perkhidmatan
Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya.
C.Badan-Badan Pemerintah
Malaysia merupakan salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan
konsep pengasingan kuasa.Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan
Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan harus dipegang
oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

i)Badan Perundangan

Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan


perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Manakala parlimen ialah
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita.
Parlimen juga merupakan ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen. Parlimen adalah
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Ini
merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan. Parlimen
berperanan menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen merupakan badan perundangan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam
sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah
negeri, dua orang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Wilayah Kuala Lumpur.
Seorang dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang cemerlang dan berjasa kepada
negara. Ahli Dewan Negara yang digelar senator ini mewakili setiap negeri dan mereka
dilantik tanpa melalui pilihan raya.Seseorang Senator memegang jawatan selama tiga
tahun.Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan
Ahli Parlimen dan mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang mengandungi 219 ahli . Pada tahun
2013, berlaku pertambahan ahli kepada 222 ahli ). Mereka mewakili setiap kawasan pilihan
raya seluruh Malaysia atau kawasan parlimen. Ahli dilantik melalui pilihan raya dan
memegang jawatan dalam tempoh lima tahun. Tugas dewan ini adalah menggubal dan

6
meluluskan undang-undang. Undang-undang yang digubal dinamakan Akta. Bagi undang-
undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri disebut Enakmen manakala di Sabah dan
Sarawak dikenali Ordinan.
ii) Badan Pelaksana
Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.Tugas Jemaah Menteri adalah
menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua
Jemaah Menteri.
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial di
negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam
semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh
Timbalan Menteri ,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang menteri yang
tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada
peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua
Setiausaha dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai
perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan
tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua
Pengarah.Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat
pusat,negeri dan daerah.
Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa
autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini
ditadbir oleh sesebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan.Contoh, Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan
menguruskan kenaikan pangkat dan memantau disiplin dalam kalangan kakitangan awam.
Contoh-contoh Suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman,
Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera

7
iii. Badan Kehakiman
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan
jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan afidavit) manakala
perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Peranan badan kehakiman adalah
menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana, mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem
mahkamah diwujudkan oleh perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman.
Tugas-tugas mahkamah adalah mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir undang-
undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-
undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara ini merupakan
kuasa Badan Perundangan atau Parlimen.

Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini,
individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah
boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang
Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat
dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong.
Seseorang hakim dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Urusan pelantikan , kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang
di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa
sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin
keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Peguam negara merupakan penasihat undang-
undang kerajaan. Peguam negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan
Kehakiman.

Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan raya merupakan proses
memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Manakala
calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah.

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya pilihan
raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah / pembangkang.

8
Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. SPR bertindak menentukan
sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan mengendalikan
pilihan raya. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali. Di samping itu, pilihan raya umum
diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri serentak di
seluruh negara.

D.Pilihan Raya
Pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil
diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan
Undangan Negeri disebabkan kematian, peletakan jawatan dan pelucutan jawatan. Selepas
kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti yang
bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari
sahaja. Pembubaran Parlimen akan dilakukan oleh Yang di Pertuan Agong.

Proses pilihan raya bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Selepas itu penamaan calon-calon yang bertanding akan
dilaksanakan. Kemudian penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding. Selepas
selesai penyediaan manifesto, pelancaran kempen pilihan raya dilakukan. Kemudian
pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi dilakukan oleh SPR.
Semasa hari mengundi pengundi akan diberikan kertas undi yang mengandungi
lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat mengundi. Pengundi akan memangkah
calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi. SPR akan
membuat pengiraan undi calon yang bertanding dan pengumuman keputusan pilihan raya
dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya.
Calon pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di
Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan.
Pengundi hanya boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Mengikut perkara 119 perlembagaan Malaysia, pengundi hendaklah warganegara yang
berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan
pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan negeri. Seorang pengundi hanya boleh
mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.

Anggota SPR akan menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang
berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh

9
sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR wajib mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
Pemerhati luar terdiri daripada negara –negara luar yang mengamalkan sistem demokarasi
seperti negara Pakistan dan negara India.

Komponen Utama Kerajaan Malaysia


Pengenalan
1. Setelah kedatangan British pada abad ke-19, berlaku perubahanketara dalam sistem
politik dan pentadbiran negara.
2. Sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia. Terdapat
dua institusi utama iaitu Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
3 .YDPA sebagai ketua Negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri
yang ada.
4. Gelaran rasmi dari segi kedudukan YDPA sebagai Ketua Utama Negara .
5.YDPA ketua raja-raja seluruh Negara.
6. Dari segi jentera pentadbiran sebenar, ia diketuai oleh Perdana Menteri.

7 .YDPA mengetuai tiga badan :


a) Badan Perundangan
b) Badan Pemerintahan
c) Badan Kehakiman

Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)


-YDPA merupakan ketua Negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebagai ketua
kepada tiga komponen dalam sistem berkerajaan negara , iaitu badan pentadbian , badan
perundangan dan badan kehakiman .YDPA dilantik lima tahun sekali dalam kalangan
Sembilan orang raja-raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja .

10
Tugas YDPA
YDPA merupakan ketua negara. Antara peranan atau tugas yang dilaksanakan oleh
YDPAialah pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia.
Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara.
Majlis AngkatanTentera dibawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk
memerintah, menjaga tatatertib,mentadbir dan menguruskan segala perkara yang
berhubung dengan angkatan tentera. Bagindajuga berkuasa untuk menjatuhkan
hukuman, mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang
dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan
– kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan segala
hukuman dijatuhkan dalam mahkamah syariah di Melaka, Pulau Pinang,Sabah, Sarawak
dan Wilayah Persekutuan.Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri -
negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan – kawasan
tersebut. YDPA juga menjadi ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri.Dalam bidang
perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang –
undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum
diisytiharkan menjadi undang – undang yang sah. Semua perlaksanaan undang – undang
yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan.
Baginda mestilah mengiktiraf undang – undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas
diluluskanoleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang – undang,
baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula

Badan pentadbiran
-Di Malaysia , kuasa eksekutif dijalankaan secara berperingkat , iaitu pentadbiran peringkat
Persekutuan , kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan . Peringkat-peringkat seumpama
ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisien .

Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang


yang dibuat oleh Badan Perundangan. Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak
kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah
Menteri untuk menjalankannya.
Perlantikan Jemaah Menteri adalah bertujuan untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong
dalam menjalankan tugas-tugasnya. Pada dasarnya Jemaah Menteri atau Kabinet di
Malaysia terdiri daripada :

11
a. Perdana Menteri
Perdana Menteri (selepas ini disebut sebagai PM) adalah merupakan ketua kepada Jemaah
Menteri yang dilantik dan merupakan jawatan yang terpenting di Malaysia. Lantikan
jawatan ini kepada seseorang yang berkelayakan adalah berdasarkan kepada budibicara
Yang Di-Pertuan Agong (selepas ini disebut sebagai YDPA). Beliau hendaklah merupakan
seorang ahli Dewan Rakyat dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang pada pendapat
baginda beliau akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat.
Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh
YDPA sebagai menganggotai kabinetnya. Selaku Ketua Kabinet, maka PM juga akan
mempengerusikan mesyuarat yang diadakan setiap minggu sekali sebagaimana yang
ditetapkan. Oleh yang demikian, perjalanan mesyuarat tersebut akan dikendalikan dan
dikuasai oleh Perdana Menteri sepenuhnya.

Perdana Menteri juga berperanan sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kata
putus dalam menentukan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk melayakkan
seseorang menjadi Perdana Menteri , maka beliau hendaklah merupakan seorang ketua
parti yang memerintah negara pada masa yang material. Keadaan ini diputuskan melalui
perolehan kerusi yang terbanyak dalam Dewan Rakyat selepas tiap-tiap kali pilihanraya
dijalankan. Beliau akan memegang jawatannya selagi beliau mendapat kepercayaan
(confidence) sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekiranya kepercayaan ini sudah
gagal beliau perolehi, maka terdapat dua cara yang perlu dilakukannya ; meletak jawatan
bersama-sam menteri kabinetnya atau membubarkan Parlimen dengan persetujuan YDPA.
Walaubagaimanapun, YDPA boleh, dengan kuasa yang ada padanya untuk memecat
seseorang Perdana Menteri yang enggan meletakkan jawatannya sekiranya Perdana
Menteri tersebut sudah hilang kepercayaan oleh sebilangan ahli dewan yang lain melalui
undi tidak percaya yang dijalankan terhadapnya dan YDPA sendiri tidak bersetuju dengan
keputusan Perdana Mentri untuk membubarkan Parlimen.
Boleh dikatakan bahawa kuasa-kuasa Perdana Menteri adalah kebanyakannya tersirat
dalam konvensyen dan dan hanya beberapa keadaan sahaja ianya terdapat dalam
Perlembagaan Persekutuan.
b. Timbalan Perdana Menteri
Jawatan ini adalah merupakan suatu jawatan yang tiodak termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan secara khusus, namun ianya adlah terletak di bawah suatu konvensyen. Beliau
akan menjalankan tugas-tugas PM semasa ketiadaan PM dan beliau juga akan
mengambilalih tempat PM sekiranya PM meninggal dunia semasa masih dalam jangka tugas
jawatannya.

12
c. Menteri-menteri Lain Dalam Kabinet
Tanggungjawab menteri-menteri Kabinet adalah merupakan suatu konvensyen
perlembagaan yang penting di negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen. Antara tanggungjawab mereka adalah :
1. Tanggungjawab menteri secara individu terhadap Parlimen
Tanggungjawab ini terkandung dalam dua aspek iaitu setiap menteri adalah
bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan peribadinya dan setiap menteri
adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan (act) atau ketinggalan
(omission) yang dilakukan oleh kementeriannya atau kakitangan dan pegawai-pegawai
atasan kementeriannya.
Oleh yang demikian, setiap menteri tidak patut terlibat dalam sebarang perbuatan yang
boleh menjatuhkan meruah Parlimen seperti skandal seks, rasuah atau salahguana kuasa.
Beliau juga mestilah memantau segala perjalanan kementeriannya bagi memastikan ianya
sejajar dengan kehendak yang telah ditentukan oleh perundangan dan pemerintahan
negara.

2. Tanggungjawab Kabinet atau Jemaah Menteri secara kolektif atau bersesama terhadap
Parlime
Tanggungjawab ini merupakan suatu tanggungjawab yang bersifat bergerak secara
berjamaah atau satu pasukan dalam memastikan kesinambungan pembangunan negara
akan dapat dicapai dengan jayanya. Garis panduan tanggungjawab ini adalah merupakan
suatu konvensyen yang telah dikanunkan.
Mereka juga bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap segala dasar
dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Sekiranya mereka tidak berpuashati terhadap
dasar tau keputusan tersebut mereka hendaklah samada menerima keputusan yang dibuat
atau meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet.
Mereka juga bertanggungjawab secara kolektif dan bersesama dalam meletakkan jawatan
apabila suatu undi tidak percaya terhadap seseorang PM telah dilakukan atau keputusan PM
meletakkan jawatan telah berlaku.

13
PERANAN AHLI PARLIMEN
Mereka juga bertanggunjawab dalam soal-jawab dalam Parlimen. Mereka berhak menyoal
menteri yang berkenaan tentang hal-ehwal dan perjalanan dalam kementeriannya. Mereka
juga berperanan dalam mengambil bahagian dalam perdebatan atas titah ucapan DiRaja
mengenai belanjawan dan laporan Jawatankuasa Akaun Umum atau Awam. Seterusnya,
mereka juga berhak mengemukakan suatu usul (motion) di Parlimen meminta apa-apa
perkara yang menyentuh dan melibatkan pentadbiran kerajaan semasa suatu ucapan
penangguhan (adjournment speech) pada akhir suatu persidangan Parlimen untu hari yang
berkenaan. Namun demikian, ucapan penangguhan tidak boleh dilakukan dalam mesyuarat
pertama persidangan Parlimen atau dalam mesyuarat di mana suatu rang undang-undang
perbekalan (supply bill) sedang dipertimbangkan di Parlimen.
Usul (motion) yang boleh dikemukan oleh setiap ahli Parlimen untuk dibahaskan dengan
segera hendaklah melibatkan kepentingan awam[10]. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk
kepada syarat-syarat berikut iaitu :
a. perkara yang hendak dibincangkan itu hendaklah suatu perkara yan perlu disegerakan
b. hanya perkara yang tertentu sahaja yang boleh dibincangkan
c. ianya mestilah perkara yang melibatkan kepentingan awam.
Walaubagaimanapun, kebenaran Yang DiPertua Dewan Rakyat hendaklah diperolehi
terlebih dahulu sebelum ianya dapat diteruskan.

PERANAN PEMBANGKANG
Walaupun dalam polisi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah prinsip check
and balance adalah merupakan konsep yang amat penting, namun, ianya tidaklah diamalkan
secara menyeluruh di Malaysia pada masa ini. Peranan ini merupakan peranan yang
dimainkan oleh pembangkang dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan adalah
dijalankan dengan garis panduan yang ditetapkan dan demi kemajuan seluruh rakyat.
Di Malaysia, pembangkang tidak diberikan masa yang secukupnya di Parlimen dalam sessi
soal-jawab yang dijalankan bagi menyoal menteri-menteri yang terbabit. Mereka juga
disekat dalam banyak hal termasuklah kebebasan akhbar dan media-massa yang secara
tidak langsung menyukarkan peranan pembangkang untuk membincangkan serta
membahaskan isu-isu politik yang penting yang melibatkan pihak kerajaan dalam mengkritik
serta mempersoalkan dasar-dasar kerajaan bagi membetulkan keadaan.

14
Badan perundangan
-sistem perundangan di tanah Melayu telah melalui satu proses yang panjang . Sebelum
kedatangan Barat , masyarakat Tanah Melayu telah pun mempunyai sistem perundangan
sendiri . Dalam hal ini , negeri-ngeri di Semenanjung Tanah Melayu menggunakan Undang-
Undang Adat Melayu sementara di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Undang-Undang
Adat Bumiputera. Pada era tradisional , terdapat dua kategori perundangan Melayu yang
berasaskan dua sistem adat , iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih .

15
Badan Kehakiman
-Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara
121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan
dalam perkara 121-131 .Untuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini , sistem
mahkamah telah diwujudkan.
Peranan Kehakiman
-fungsi kehakiman adalah untuk mentafsir undang-undang , mengadili Tindakan-tindakan
sivil, mengadili pendakwaan jenayah , mndengae rayuan dari mahkamah bawahan dan
sebagainya.

16

You might also like