You are on page 1of 4

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Malaysia merupakan sebuah negara yang ditadbir dan dibentuk berdasarkan konsep
Demokrasi Berparlimen dan mengangkat sistem Raja Berpelembagaan. Perkataan
demokrasi berasal dari Bahasa Yunani iaitu demos yang berarti rakyat dan kratia
yang bermaksud pemerintah (Al Nahwy & Adnan,1990). Secara keseluruhannya
membawa maksud kekuasaan berada pada rakyat. Rakyat bebas memilih
perwakilan melalui pilihanraya bagi membentuk sesebuah kerajaan. Menurut
Almond & Powell (2010); Moten & Islam (2014) dan Roskin, Robert L. Cord, James
A. Medeiros, & Walter S. Jones (2014), pilihanraya merupakan medium pilihan
utama bagi setiap negara yang mengamalkan sistem demokrasi untuk memperoleh
mandat dari rakyat untuk memerintah dalam sesebuah kerajaan yang berdaulat.
Pengamalan sistem ini bertujuan untuk memperlihatkan pemerintahan negara yang
berlandaskan kebebasan. Walaupun begitu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong tetap berperanan sebagai Ketua Negara.

Raja Berpelembagaan membawa maksud raja memerintah berdasarkan kuasa yang


diberikan kepada baginda Yang Di-Pertuan Agong oleh Perlembagaan. Baginda
bertindak dengan nasihat kabinet atau nasihat seorang menteri yang berada
dibawah kuasa am kabinet atau Perdana Menteri. Sebagai Ketua Negara Malaysia,
Yang Di-Pertuan Agong berada di atas ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif,
perundangan dan kehakiman. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai keutamaan
melebihi semua orang dalam negara ini dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan
mana-mana mahkamah. Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai raja
berpelembagaan juga membolehkan baginda berfungsi sebagai lambang kekuasaan
dan sekaligus menjadi simbolik kepada kedaulatan dan perpaduan negara.
(Arifin,2012)
Untuk melengkapkan pembentukan negara, Perlembagan Persekutuan telah digubal
dan menjadi sumber kuasa dan sumber perundangan utama negara. Struktur
pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran negara Malaysia terdiri daripada
Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Di dalam sistem
badan perundangan Malaysia terdirinya Parlimen Malaysia. Dari segi struktur
pentadbirannya, Parlimen Malaysia mengandungi tiga institusi penting, iaitu Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen Malaysia berfungsi sebagai platform bagi Kerajaan Persekutuan


menggubal undang-undang. Dari segi prosedur, undang-undang yang dibentang dan
diluluskan
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan diangkat untuk mendapat perkenan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, sebelum diwartakan dan
dikuatkuasakan di seluruh negara. Di samping itu, selain penggubalan undang-
undang, Parlimen Malaysia juga berfungsi meluluskan pindaan kepada undang-
undang persekutuan, memeriksa dasar-dasar serta meluluskan perbelanjaan
Kerajaan Persekutuan dan hasil-hasil cukai yang baharu.

Seterusnya, badan eksekutif merupakan badan pemerintah bagi Kerajaan Malaysia.


Ini juga dikenali sebagai Kabinet atau Jemaah Menteri. Badan ini dibantu oleh
jentera Pentadbiran Awam (Perkhidmatan Awam) yang bertanggungjawab
melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang, dasar-dasar awam dan
mentadbir negara. Bidang kuasa Jemaah Menteri dijelaskan dibawah Perkara 39,
Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan peruntukan tersebut, kuasa eksekutif
untuk pemerintahan bagi Persekutuan terletak pada Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong dan kuasa tersebut boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau
Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet.
Selain itu, adalah badan kehakiman atau judiciary di mana bidang kuasanya adalah
untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian antara rakyat, atau rakyat dengan
pihak berkuasa. Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa
kuasa kehakiman bagi Persekutuan terbahagi kepada dua Mahkamah Tinggi, dan
pewujudan Mahkamah ini adalah bersesuaian dengan bidang kuasa dan tarafnya.
Untuk kuasa kehakiman di negeri-negeri Semenanjung terletak dibawah bidang
kuasa Mahkamah Tinggi Malaya. Manakala, untuk kuasa kehakiman bagi negeri
Sabah dan negeri Sarawak adalah terletak dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi
Borneo.

Sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Persekutuan, Mahkamah Tinggi


yang berkaitan dan mana-mana mahkamah yang lebih rendah mempunyai bidang
kuasa tertentu sebagaimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang
Persekutuan. Selain Mahkamah Tinggi, terdapat juga Mahkamah Rayuan yang
berperanan untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat
oleh Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya. Manakala itu, Mahkamah
Persekutuan pula mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap
keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi atau seseorang hakim mahkamah tersebut.

Sebagai rumusan, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan adalah


amat penting untuk mentadbir negara Malaysia kerana ia merupakan tulang
belakang untuk memastikan negara Malaysia ditadbir dengan lancar berdasarkan
konsep "Separation of Power", untuk memastikan berlakunya pengasingan kuasa
tanpa tertumpu pada satu badan sahaja. Dengan ini, sistem kerajaan Malaysia
adalah lebih sistematik, teratur, makmur dan stabil.
Senarai Rujukan

Almond, G. A., & Powell, G. B. J. (2010). Comparative Politics Today: A World View.
New York: Longman.

Arifin,BM (2012). Peranan Institusi Kepimpinan di Malaysia. Universiti Malaya:.

Al-Nahwy & Adnan, A.R. (1990). Syura Bukan Demokrasi. Kuala Lumpur: Media
Ehsan

Moten, A. R., & Islam, S. S. (2014). Introduction to Political Science. Singapore:


CENGAGE Learning Asia.

Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Dimuat turun daripada


https://www.parlimen.gov.my/.

Roskin, M. G., Robert, L. C., James, A. M., & Walter, S. J. (2014). Political Science:
An Introduction (13th ed.). Harlow: Pearson Education Limited.

You might also like