You are on page 1of 3

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.

1. Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislative),
badan pemerintahan (Executive) dan badan kehakiman (Judicial).

2. Yang di-Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen.

3. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa
mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera.

4. Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang


Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu.

5. Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

6. Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa
melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat
nasihat Perdana Menteri.

7. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati


keselamatan negara terancam.

8. Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda
juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi
Persekutuan.

Kepentingan Raja Berperlembagaan

1. Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini

2. Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita

3. Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja
Konsep Raja Berperlembagaan

1. Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi.

2. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.

3. Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

4. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.

5. Yang di-Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri.
secara bergilir-gilir.

6. Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

1. Perlembagaan Persekutuan menjelaskan struktur pembahagian kuasa dalam sistem


pentadbiran negara yang meliputi :

i. Badan Perundangan (Legislative)

ii. Badan Eksekutif (Executive)

iii. Badan Kehakiman (Judicial)

2. Tujuan pembahagian kuasa adalah untuk :

i. mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang kuasa.

ii. mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan
tertentu.

iii. tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.

BAHAGIAN PERUNDANGAN

1. Parlimen Malaysia adalah badan perundangan dalam sistem Kerajaan Malaysia.

2. Dari segi struktur pentadbirannya, Parlimen Malaysia mengandungi tiga institusi utama iaitu Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

3. Parlimen Malaysia berfungsi sebagai platform bagi Kerajaan Persekutuan menggubal undang-
undang. Dari segi prosedur, undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat
dan Dewan Negara akan diangkat untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong, sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan di seluruh negara.
4. Selain penggubalan undang-undang, Parlimen Malaysia berfungsi meluluskan pindaan kepada
undang-undang Persekutuan, memeriksa dasar-dasar serta meluluskan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan dan hasil-hasil cukai yang baru.

5. Parlimen Malaysia juga menjadi forum untuk ahli parlimen membahaskan isu-isu
berkepentingan nasional serta menyampaikan pandangan dan kritikan berhubung perkara-
perkara yang berlaku dalam dan di luar negara.

BADAN EKSEKUTIF

1. Jemaah Menteri atau badan eksekutif merupakan badan pemerintah bagi Kerajaan Malaysia.

2. Badan ini bertanggungjawab menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan


Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

3. Badan ini dibantu oleh jentera pentadbiran awam yang bertanggungjawab melaksana dan
menguatkuasakan undang-undang, dasar-dasar awam dan mentadbir negara.

4. Kuasa Jemaah Menteri dijelaskan di bawah Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan
peruntukan tersebut, kuasa memerintah bagi Persekutuan terletak pada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan kuasa tersebut boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau Menteri-
menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

BADAN KEHAKIMAN

1. Badan Kehakiman berperanan menyelesaikan sesuatu bentuk perselisihan di kalangan rakyat


dan antara rakyat dengan pihak berkuasa.

2. Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa kehakiman begi


Persekutuan terbahagi kepada dua Mahkamah Tinggi, yang mana pewujudan mahkamah ini
adalah bersesuaian dengan bidang kuasa dan tarafnya.

3. Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan
masing-masing.

Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana
Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan
Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan
(Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas
daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

You might also like