You are on page 1of 81

Sistem Pemerintahan dan struktur pentadbiran di Malaysia

-Federalisme -Raja Berperlembagaan -Doktrin Pengasingan kuasa -Demokrasi Berparlimen

Konsep Negara

Merupakan sebuah wilayah yang diakui sah, Diterima keutuhan dan kedaulatannya oleh sesbuah negara lain. Mempunyai ciri-ciri berikut: 1. sempadan yang jelas 2. rakyat 3. kerajaan yang sah dan berwibawa 4. kedaulatan dan keupayaan membuat hubungan dengan negara lain

Empat Sistem Pentadbiran Malaysia


1. federalisme 2. Raja Berperlembagaan 3. Doktrin Pengasingan Kuasa 4. Demokrasi berparlimen

1. Federalisme

Pemerintahan Federalisme atau Kerajaan Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan gabungan di antara Kerajaan Pusat dan Negeri. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing mengikut peruntukan perlembagaan. Kuasa tersebut merangkumi kuasa perundangan dan pemerintahan serta pentadbiran

Ciri-ciri Kerajaan Persekutuan


1. Satu sistem pemerintahan gabungan diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 2. Kerajaan negeri mempunyai autonomi dalam bidangbidang tertentu (Senarai Negeri) 3. Kerajaan pusat berkuasa atas hubungan luar, ketenteraan, dan pendidikan (Senarai Persekutuan) 4. kedua-duanya mendapat legitimasi memerintah melalui plilihanraya 5. wujud wilayah dengan kuasa tersendiri 6. Rakyat terikat dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Bidang Kuasa Pentadbiran

1. Kerajaan Pusat boleh membuat perundangan dan melaksanakan pentadbiran mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan (Pertama) serta Senarai Bersama (Ketiga) Perlembagaan.

2. Kerajaan Negeri-mempunyai fungsi membuat perundangan dan melaksanakan pentadbiran mengikut kuasa dalam Senarai Negeri (Kedua) dan Senarai Bersama.

-Pembahagian

kuasa diantara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ini telah tertulis dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia. -Dalam hal-hal tertentu, kedua-dua Kerajaan Pusat dan Negeri mempunyai kuasa bersama untuk mentadbir yang merangkumi semua perkara yang terdapat dalam Senarai Bersama ( Ketiga) Perlembagaan Malaysia.

Jadual Kesembilan Perlembagaan MalaysiaSENARAI PERSEKUTUAN,SENARAI NEGERI & SENARAI BERSAMA


PEMBAHAGIAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SENARAI PERSEKUTUAN (I) Hal-ehwal luar negara Pertahanan Keselamatan dalam Negeri Undang-undang acara sivil dan jenayah Pentadbiran Keadilan Kewarganegaraan Jentera Kerajaan Perdagangan, komersial & perusahaan Perkapalan, pelayaran & perikanan laut dalam Perhubungan & pengangkutan Siasatan & penyelidikan Pendidikan Ubat & kesihatan Hari kelepasan am penapisan Pelancongan

SENARAI NEGERI (II)

SENARAI BERSAMA (III)

Hal-ehwal Islam Tanah Pertanian & Perhutanan Kerajaan Tempatan Undang-undang dalam senarai negeri Ganti rugi di bawah undang-undang Perkhidmatan kerajaan tempatan Penyu dan penangkapan Ikan di sungai Kerja negeri & bekalan air Jentera kerajaan negeri Hari kelepasan am Perpustakaan, monumen, rekod purbakala dan sejarah, tapak & peninggalan zaman purba

Kebajikan Masyarakat Biasiswa Perlindungan binatang liar & burung liar Taman negara Pencegahan & penganiayaan terhadap binatang Perancangan bandar & kampung Kutu rayau & penjaja beredar Kesihatan awam Kebersihan & pencegahan penyakit Perparitan & pengairan Pemulihan tanah lombong Kebudayaan & sukan Bekalan air Pemeliharaan warisan

Tujuan Pembahagian Kuasa Pusat dan Negeri


untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kerja serta dapat melancarkan pentadbiran. Jika berlaku percanggahan dengan undangundang negeri, maka undang-undang persekutuan (pusat) akan diguna pakai dan undang-undang kerajaan negeri akan terbatal.

CIRI 2
RAJA BERPERLEMBAGAAN

2. Raja Berperlembagaan

bidang kuasa dan kedudukan Raja-raja Melayu telah termaktub di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Raja akan memerintah dengan berpandukan peruntukan-peruntukan perlembagaan perkara 38(4) perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan sebarang pindaan berkaitan kedudukan Raja perlu mendapat kelulusan Majlis Raja-raja terlebih dahulu-

Sistem Beraja di Malaysia

1. Yang di-Pertuan Agong di Peringkat Persekutuan (pusat) 2. Raja @ Sultan @ Yang Dipertua Negeri di Peringkat Negeri

Yang Di-Pertuan Agong


Perkara 32 perlembagaan menetapkan YDPA sebagai ketua negara Malaysia. disandang oleh Raja-raja Melayu mengikut giliran setiap 5 tahun. Perlantikan dan pemilihan dibuat oleh Majlis raja-raja

Kuasa Yang di-Pertuan Agong

1. Ketua Esekutif -perkara 39 dan 40-menetapkan kuasa eksekutif dibawah bidang kuasa baginda yang dilaksanakan melalui nasihat jemaah menteri.

Kuasa YDPA
2. Kuasa perundangan -baginda boleh memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen 3-baginda juga berperanan merasmikan persidangan dan memperkenankan undangundang yang telah diluluskan oleh parlimen. 4-kuasa melantik dan memecat hakim

Kuasa YDPA

5. menjadi ketua badan Eksekutif, Perundangan Dan Kehakiman 6. Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera 7. Berkuasa melantik ahli-ahli Suruhanjaya, Peguam Negara, Hakim Negara, Ketua Audit Negara dan lain-lain. 8.mempunyai kuasa budi bicara berkaitan perlantikan PM, pembubaran parlimen, memanggil Majlis Raja-raja bermesyuarat bagi membincangkan isu kedudukan raja.

Pengehadan Kuasa YDPA


Kuasa terbatas kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan Perlembagaan memperuntukkan YDPA tidak boleh: 1. memegang jawatan bergaji 2. berada d iluar negara lebih dari 15 hari kecuali atas urusan rasmi atau rawatan 3. melakukan kesalahan yang terkandung dalam kanun keseksaan 4. menjalankan tugas raja atau manjadi raja dinegeri sendiri 5. mengampunkan kesalahan diri sendiri.

Majlis Raja-raja

Dianggotai oleh 9 Raja-raja Melayu dan 4 Yang Dipertua Negeri. Bersidang sebanyak 3 atau 4 kali setahun. Dipengerusikan oleh raja yang paling kanan senioritinya atau YDPA Semasa persidangan- Raja-raja Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar, YDPA diiringi oleh PM dan Yang Dipertua diiringi Ketua Menteri

Peranan Majlis Raja-raja


Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan menetapkan peranan Majlis Raja-raja: 1. membincangkan hal-hal berkaitan perubahan sempadan negeri 2. hal-hal berlkaitan negara 3. hal-hal berkaitan dengan agama Islam 4. melantik YDPA dan Timbalan 5. Mempertimbangkan hal yang berkaitan dengan hak-hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak 6. Mempertimbangkan perkara-perkara berkaitan kedudukan Rajaraja Melayu 7. Mempertimbangkan perlantikan jawatan hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli suruhanjaya Perkhidmatan dan Pilihan raya.

3. Doktrin Pengasingan Kuasa


Badan Fungsi undangundang persekutuan
Laksana

Perundangan Menggubal

Institusi terlibat Parlimen

(Legislatif) Pentadbiran (Eksekutif)

dan jalankan Kabinet pentadbiran, dasar-dasar kerajaan dan awam dan kuatkuasa jentera undang-undang dibawahnya
laksanakan

Kehakiman

(judisiari)

proses keadilan & penghakiman -mentafsir undang2

Institusi

mahkamah

TEORI PENGASINGAN KUASA

Montesqeu:

dalam sesebuah negara, pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Badan Eksekutif (Pentadbiran) Badan Legislatif (Perundangan) Badan Judisiari (Kehakiman)

3 bentuk pemerintahan utama:


Tujuan Pengasingan Kuasa

1. mengelak wujudnya sebarang penyalahgunaan kuasa atau sebarang permuafakatan atau komplot oleh satu badan dengan badan yang lain yang akan mempengaruhi sistem pemerintahan iaitu wujud pemerintahan diktator. 2. pengasingan kuasa perlu dalam negara demokrasi supaya kehidupan rakyat lebih terjamin dan terbela.

Tujuan Pengasingan Kuasa


3. mengelak dari berlakunya pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan 4. mengelakkan daripada berlakunya pertindihan kuasa diantara ketiga-tiga badan tersebut. -YDPA mengetuai ketiga-tiga badan pemerintahan ini. -tidak berlaku pengasingan kuasa sepenuhnya dalam sistem pemerintahan kerajaan Malaysia sekarang ini.

KOMPONEN UTAMA

YANG DIPERTUAN AGONG

BADAN PERUNDANGAN

BADAN PENTADBIRAN

BADAN KEHAKIMAN

PARLIMEN

PERDANA MENTERI

KETUA HAKIM NEGARA

DEWAN NEGARA

KABINET

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

DEWAN

KEMENTERIAN

MAHKAMAH TINGGI

SURUHANJAYA

MAHKAMAH RENDAH

1.

BADAN EKSEKUTIF- BADAN

PENTADBIR

YANG DIPERTUAN AGONG JEMAAH MENTERI/KABINET KEMENTERIAN PERKHIDMATAN AWAM SURUHANJAYA-SURUHANJAYA (baca dari slide Jentera Pentadbiran)

2. Badan Perundangan (Legislatif)

-kuasa badan perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen yang terdiri daripada Yang diPertuan Agong dan dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. -Parlimen mempunyai kuasa menggubal dan meluluskan undang-undang. YDPA sebagai ketua negara dan ahli parlimen sebenarnya tidak terlibat dalam proses penggubalan undang-undang

BADAN LEGISLATIF
YANG DIPERTUAN AGONG

MAJLIS RAJA-RAJA

PARLIMEN

Fungsi Parlimen
-menggubal, melulus, meminda atau memansuh undang-undang persekutuan. Meluluskan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai Meluluskan belanjawan negara Membahaskan dasar-dasar negara untuk kepentingan rakyat dan negara. Menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara-perkara nasional

Komponen Parlimen di Malaysia


Yang di-Pertuan Agong Dewan Rakyat Dewan Negara

Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Dewan Rakyat

Dianggotai oleh mereka yang dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya. Fungsi:i. membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat dalam parlimen. Ii. Penggubal undang-undang Iii-membincangkan, menyemak dan membahaskan dasar-dasar yang dicadangkan atau diputuskan oleh kerajaan. Iv. Kuasa pemutus dalam rang undang2 kewangan.

Dewan Negara

Ahli dilantik oleh YDPA berdasarkan sumbangan kepada negara. Dikenali sebagai senator. Mesti berusia lebih dari 30 tahun. Mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan dewan rakyat.

HILANG KELAYAKAN ADUN APABILA:


Diisytiharkan tidak sempurna akal. Seorang bankrap. Memegang jawatan berpendapatan. Tidak menghantar penyata perbelanjaan p/r. Dihukum penjara 1 tahun / denda RM2000. Kehilangan kelayakan di bawah mana-mana undang-undang. Memperolehi kewarganegaraan negeri asing.

Proses penggubalan undang2


1. Cadangan dari kerajaan/wakil rakyat (kabinet) 2. Rang Undang2 digubal oleh Peguam Negara. 3. Bacaan Pertama-di dewan rakyat (pengenalan) 4. Bacaan Kedua- di DR- membincangkan dasar dan kesannya. 5. Peringkat Jawatankuasa-di DR-perbincangan lebih mendalam 6. Bacaan ketiga-dibahaskan dengan pindaan terperinci oleh Jawatankuasa Dewan. 7. Perbincangan di Dewan Negara (sama kaedah dgn DR) 8. Dipersembahkan kpd YDPA untuk diperkenankan 9. Diwartakan

10. dikuatkuasakan

3. Badan Kehakiman (Judisiari)


-Kuasa kehakiman untuk badan kehakiman terkandung dalam perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan. -Badan kehakiman terletak di mahkamah -peranan badan kehakiman ialah menjaga keadilan semua pihak tanpa mengira kedudukan, keistimewaan, warna kulit, fahaman politik, agama dan lain-lain.

Kuasa Mahkamah

1. Mentafsir Perlembagaan Persekutuan 2. Mentafsir sesuatu undang-undang 3. Mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis sama ada persekutuan atau negeri 4. Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sah atau tidak sah dari segi undang-undang 5. Menyelesaikan pertikaian antara individu dan individu serta individu dan kerajaan.

Kod Etika Hakim (1994)

1. Perkara 125 (3A)Perlembagaan Persekutuan menetapkan hakim-hakim dikehendaki mematuhi Kod Etika Hakim yang menggariskan seseorang hakim tidak boleh melakukan perkara-perkara berikut: 1. kurang cekap atau kurang berusaha serta membelakangi tugas-tugas hakim. 2. Berkelakuan tidak jujur sehingga mencemarkan nama badan kehakiman

Batasan-batasan bagi Hakim


-Melengah-lengah kes tanpa sebarang alasan yang munasabah -Tidak mematuhi arahan-arahan statutori -tidak hadir di mahkamah pada waktu pejabat tanpa alasan atau kebenaran Ketua Hakim Negara/ mahkamah Rayuan/ Hakim Besar. Seorang hakim perlu mengisytiharkan secara bertulis segala harta miliknya kepada Ketua Hakim Negara

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Atasan Mahkamah Rendah Mahkamah Khas

Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo. Mahkamah Seksyen Mahkamah Juvana Mahkamah Majistret Mahkamah Tuntutan Kecil Mahkamah Penghulu. Mahkamah Tentera Mahkamah Perusahaan Mahkamah Khas Raja-raja Mahkamah Negeri.

MAHKAMAH NEGERI
Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Mahkamah Rendah Syariah Mahkamah Adat Mahkamah Adat (Sabah dan Daerah Sarawak) Mahkamah Pegawai/Ketua adat Mahkamah Penghulu

PUNCA UNDANG-UNDANG

Undang-undang bertulis:

perlembagaan perundangan Persekutuan dan Negeri.

Keputusan2 Mahkamah. Undang-undang Inggeris. Undang-undang Islam. Undang-undang Adat.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Selesikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Sahkan undang2 oleh Parlimen dan DUN. Mendengar kes2 rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Meliputi kes sivil dan kes jenayah. Kes sivil yang nilai tuntutannya RM 250000 ke atas

MAHKAMAH RAYUAN

Membincangkan kes rayuan jenayah. Bicarakan kes sivil nilainya RM250,000 ke atas. Bicarakan kes jenayah dari Mahkamah Tinggi.

MAHKAMAH TINGGI

Bicarakan apa sahaja kesalahan warganegara dan pelancong asing. Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Kes sivil melibatkan hal penjagaan kanak2 serta orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan dan perceraian agi bukan muslim serta kemuflisan. Dengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah bernilai RM25,000 ke atas. Beri nasihat kepada mahkamah2 rendah tentang tatacara dan proseding di mahkamah dan soal2 perlembagaan.

MAHKAMAH SESYEN

Bicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil bernilai RM25,000 ke atas. Bicarakan apa juga kesalahan jenayah kecuali menjatuhkan hukuman mati. Jalankan siasatan awal sebeum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kenakan hukuman maksima 5 tahun penjara, denda RM10,00,12 kali sebatan atau kedua2nya sekali.

MAHKAMAH JUVANA

Bincangkan kes2 jenayah bagi umur 10-18 tahun. Kanak2 bersalah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga umur 21 tahun. Perbicaraan dijalankan secara tertutup.

MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1


Bincangkan kes2 jenayah dan sivil. Kes jenayah libatkan hukuman penjara dan hukuman denda. Hukuman maksimum - 5 tahun penjara, denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga2nya. Kes sivil libatkan RM12,000 ke atas setahun.

MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II

Kes jenayah - hukuman maksimum dijatuhkan tidak melebihi 3 bulan penjara dan denda RM250 atau kedua2nya sekali. Ks sivil - nilai kes tuntutan RM3000 ke atas.

MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL

Bicarakan kes tuntutuan sivil bernilai RM3000 ke atas.

MAHKAMAH PENGHULU

Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Dikendalikan oleh Penghulu sesuatu Mukim. Kes sivil - tuntutan nilai RM50 ke bawah. Kes jenayah - denda sebanyak RM25 ke bawah. Rayuan terhadap mahkamah penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.

MAHKAMAH TENTERA

Kendalikan kes tingkah laku tentera. Tidak bicarakan kes sivil dan jenayah. Kesalahan yang dibicarakan: tidak patuh pada arahan pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas. Jatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati. Pesalah boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

MAHKAMAH KHAS RAJA2

Bicarakan kesalahan Dipertuan Agung dan Sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam persekutuan. Tindakan akan dikenakan terhadap Agung atau Sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.

MAHKAMAH SYARIAH

Untuk mengadili umat Islam. Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Kes sivil - nafkah dan tanggungan, perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahaagian harta. Kes jenayah - berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan, minum minuman keras, tidak zakat dan fitrah. Kesalahan besar dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.

MAHKAMAH ADAT

Bicarakan kes2 pelanggaran adat oleh suku2 kaum di Sabah dan Sarawak. Contoh:

adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dll.

Dalam konteks negara Malaysia pada dasarnya konsep Pengasingan Kuasa tidak dipraktikkan sepenuhnya. Ini kerana di antara tiga badan tersebut adalah berkaitan di antara satu sama lain. Undang-undang dibuat oleh badan pemerintah seperti Yang di Pertuan Agong dan Menteri-menteri. Ahli Parlimen yang berfungsi sebagai penggubal undang2 juga dilantik mengetuai kementerian2 tertentu untuk menjalankan kuasa pemerintahan.

4. Demokrasi Berparlimen

Ciri-ciri: 1. Parlimen 2. Pilihan raya 3. Perlembagaan 4. Corak pemerintahan (pegasingan kuasa) 5. Parti-parti politik 6. Kebebasan Asasi

Pilihan Raya
Penting kerana: -merupakan satu kaedah politik yang penting bagi rakyat memberi mandat atau menentukan kuasa kepada sesuatu parti untuk membentuk kerajaan. -ini menunjukkan rakyat bebas menentukan dan memilih pemimpin.

Jenis Pilihan Raya


Terdapat dua jenis pilihanraya iaitu: 1. Pilihanraya Umum-yang diadakan di seluruh negara secara berpenggal dengan tempoh maksimum lima tahun sekali. 2.Pilihanraya kecil-tidak melibatkan pembubaran manamana Dewan samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri-samada kerana kematian wakil rakyat, atau kerana ada wakil rakyat yang tidak hadir persidangan parlimen dalam satu tempoh yang ditetapkan (enam bulan tanpa sebab) dan kerana keputusan pilihanraya sesuatu kawasan itu dianggap tidak sah

Masa Pilihan Raya


-pilihanraya umum diadakan lima tahun sekali -di peringkat Persekutuan Parlimen perlu dibubarkan oleh YDPA atas nasihat atau permintaan PM sebelum pilihan raya diadakan. -Peringkat negeri, Dewan Perundangan Negeri perlu dibubarkan oleh Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri atas permintaan Menteri Besar atau Ketua Menteri. -pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung dan 90 hari di Sabah dan Sarawak selepas pembubaran parlimen.

Pengundi dan Syarat-syaratnya


Warganegara boleh mengundi setelah berusia 21 tahun Bermastautin dalam satu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan. Mendaftar sebagai pengundi dan nama tersenarai dalam daftar pemilih Tarikh kelayakan dengan merujuk tarikh 31 Ogos setiap tahun yang menjadi asas penyemakan dan penyiapan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihanraya

Undian Pos

Mereka yang tidak bermastautin di bahagian pemilihan kerana bekerja sebagai tentera atau polis perlu membuat undian secara pos sekiranya dia mendaftar sebagai pemilih Seseorang yang tinggal di luar negeri dan bekerja dengan kerajaan persekutuan atau kerajaan Negeri atau penguasa tempatan atau badan berkanun yang mendaftarkan diri sebagai pemilih. Warganegara yang belajar diluar negara Pegawai SPR yang bertugas semasa pilihanraya

Tidak Layak Mengundi


1. sekiranya pada tarikh kelayakan, pengundi ditahan di penjara atau hilang akal 2. sesorang itu didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan hukuman mati atau dipenjarakan selama 12 bulan dalam mana-mana negara komanwel.

Syarat Kelayakan Calon Pilihan Raya


1. Warganegara Malaysia 2. sempurna akal 3. Berumur 21 tahun ke atas 4.Mempunyai ketaatan yang penuh pada negara dan tidak memperolehi kewarganegaraan asing 5.Tinggal di negeri mana dia akan bertanding

Hilang kelayakan sebagai calon


1. sekiranya didapati atau diistiharkan tidak siuman 2. bankrap atau muflis 3. memegang jawatan bergaji 4. disabit dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang 2000 ringgit dan belum mendapat sebarnag pengampunan

Hilang Kelayakan Sebagai calon


5. telah memperolehi kewarganegaraan asing 6. gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh 33 hari selepas pengumuman pilihan raya 7. disabit melakukan kesalahan berhubung pilihan raya.

Tempoh Menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri


Tempoh menjadi ahli parlimen adalah sehingga pembubaran parlimen Tempoh menjadi ADUN adalah sehingga DUN dibubarkan Seorang wakil rakyat boleh dilucutkan daripada jawatan sekiranya tidak hadir dalam setiap mesyuarat (Persidangan) selama enam bulan tanpa keizinan Dewan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


Merupakan badan yang mentadbir pilihan raya di Malaysia Ditubuhkan untuk menjaga fungsi pilihan raya sebagai mekanisme berdaulat dan mengekalkan demokrasi yang perlu ditadbir secara telus. Perkara 113 Perlembagaan, menetapkan SPR perlu menguruskan perjalanan pilihanraya bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap amalan demokrasi dilaksanakan dengan baik dan adil.

Tugas Utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


1. Mempersempadankan kawasan pilihanraya 2. menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya 3. Mengurus proses pilihan raya bagi kawasan parlimen DUN 4. Mendaftar calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan

Anggota Suruhanjaya Pilihan raya


-dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-raja -Terdiri dari seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan tiga orang ahli lain. -mendapat saraan melalui penubuhan dana yang diluluskan oleh Parlimen mengikut undangundang -boleh memegang jawatan sehingga 65 tahun -boleh meletak jawatan dengan hanya menghantar surat kepada YDPA

Syarat-syarat Menjadi Anggota SPR


1. Tidak mufllis 2. berumur kurang dari 65 tahun 3. tidak memegang jawatan bergaji 4. bukan ahli mana-mana parti politik atau Wakil Parlimen atau Wakil DUN 5. Tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tetapi perlu melalui prosedur khusus -sekiranya didapati berlaku perkara-perkara di atas YDPA boleh memecat keahlian mereka daripada menjadi ahli SPR

Proses Pilihan Raya


1. Penamaan Calon 2. Deposit Tunai 3. Penggunaan Simbol parti 4. Kempen 5. Hari Mengundi 6. Kebenaran Memasuki Tempat Mengundi 7. Cara mengundi

Proses Pilihanraya

8. Undi Pos 9. Ejen Mengundi 10. pengiraan Undi 11. Perjumlahan rasmi Undi 12. Petisyen Pilihan Raya 13. Penyata Perjalanan Pilihan raya 14. Penyimpanan dan Pelupusan

Pilihan Raya Umum

Setelah parlimen dibubarkan, YDPA atas nasihat PM dan SPR akan menitahkan pegawai pengurus mengeluarkan kenyataan melalui warta Kerajaan atau surat khabar tentang tarikh penamaan calon bagi satusatu kawasan pilihan raya, tarikh pilihan raya dan tempat mengundi. Hari penamaan calon tidak kurang daripada 10 hari selepas pengumuman dibuat.

Pilihan Raya

Calon yang dinamakan perlu mempunyai seorang pencadang, seorang penyokong dan empat orang lain yang namanya tercatat dalam kertas penamaan calon. Calon perlu meletakkan wang deposit iaitu Rm10 000 bagi Parlimen dan RM5000 bagi DUN. Hari mengundi akan diadakan selepas tiga minggu dari tarikh penamaan calon dan tidak boleh melebihi lapan minggu.

You might also like