You are on page 1of 7

1.

0 KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan 1957 telah dijadikan asas kepada Perlembagaan Persekutuan bagi Negara Malaysia (16 September 1963)

Perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan negara Sebuah dokumen yang mengandungi undangundang tertinggi negara

Berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid

Punca kepada segala perundangan lain yang wujud dalam sesebuah negara

Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan

JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Bertulis

Perlembagaan negara kita Malaysia adalah merupakan perlembagaan bertulis Sumber undang-undang bertulis ialah yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, undangundang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan perundangan kecil yang dibuat oleh badan-badan yang diberi kuasa oleh Akta Parlimen dan Enakmen/Ordinan Dewan Undangan Negeri.

Perlembagaan Tidak Bertulis

Undang-undang tidak bertulis pula terdapat dalam adat tempatan, kes-kes yang dibicarakan di mahkamah dan sebagainya. Contoh: Adat pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan

1.1 UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN

Bahasa Kebangsaan

Agama Persekutuan

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

Pemerintahan Beraja

BAHASA KEBANGSAAN
Memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan Negara Malaysia adalah merupakan Bahasa Malaysia

Namun tiada sesiapa di antara rakyat Malaysia yang dihalang atau ditegah untuk belajar bahasa lain mahupun mengajar bahasa lain

Telah dinyatakan di dalam Akta (pindaan) Perlembagaan 1971

AGAMA PERSEKUTUAN
PERKARA 12 (2) -> Persekutuan atau sesuatu negeri sah dalam membantu atau menyelenggara Islam serta mengeluarkan perbelanjaan sebagaimana yang perlu. PERKARA 121 (1A)

-> Mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidak boleh campur tangan dalam bidang kuasa mahkamah syariah.
PERKARA 11 (4) -> Undang-undang persekutuan boleh menyekat atau mengawal pengembangan iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam

Setiap agama mempunyai hak bagi: -> Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri -> Menubuh institusi bagi maksud agama atau khairat -> Memiliki harta benda serta mentadbirnya mengikut undang-undang.

Kedudukan agama Islam terdapat dalam perkara 3 (1) iaitu agama Islam adalah agama rasmi persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Dalam Perkara 153, telah dinyatakan bahawa hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain

Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), 'Melayu' itu ditakrifkan sebagai; Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu Menganuti agama islam Mengamalkan adat istiadat Melayu

Sarawak

Sabah

terdiri daripada suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Melayu, Melanau dan pelbagai lagi

anak atau cucu kepada seseorang daripada suku kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

PEMERINTAHAN BERAJA

Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British

-> Kuasa mutlak raja mula terhad semasa zaman penjajahan British. Raja hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam -> Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan Malayan Union. -> Akhirnya kuasa rajaraja Melayu telah dikembalikan apabila MU ditentang hebat oleh orang Melayu dan setelah itu Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.

Setelah mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berperlembagaan. Menurut konsep ini, raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang ditetapkan

You might also like