You are on page 1of 19

SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022 A211

(GMGA2013) PERLEMBANGAAN MALAYSIA 

KUMPULAN D

TUGASAN BERKUMPULAN 

TAJUK: KONSEP DAN KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK MOKHTAFIZAM BIN MOKHTAR

DISEDIAKAN OLEH: 

KUMPULAN SUNFLOWER:

NAMA NO. MATRIK

Azah Umairah Binti Sari’ee 276885

Armiela Safiqa Binti Ko King Ming 265796

Nurul Izzati Nasuha Binti Mat Pauzi 279822

Nor Syafika Ilyanie Binti Zakaria 279249


1.0 Pendahuluan

Badan Kehakiman adalah mana-mana organisasi awam atau cawangan kerajaan yang

bertanggungjawab untuk pentadbiran keadilan atau penguatkuasaan undang-undang. Perkara

121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan kuasa kehakiman badan kehakiman.

Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bersatu, dan semua mahkamah mengambil kira

undang-undang persekutuan dan negeri. Badan Kehakiman di Malaysia mempunyai pelbagai

kuasa antaranya mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah, menentukan

kesasihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana dan

mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri. Selain itu juga, badan

kehakiman juga dikenali sebagai hakim dan majistret, yang biasanya dipilih oleh ketua

mahkamah bagi membentuk sistem perundangan dan ahlinya.

Kebebasan dalam badan kehakiman ini adalah asas dalam sistem pentadbiran undang-

undang. Konsep kebebasan kehakiman ini adalah bermaksud idea kebebasan kehakiman

bertujuan untuk membezakan antara badan Eksekutif dan Badan Perundangan dari segi

hubungan atau bidang tanggungjawab masing-masing. Kebebasan kehakiman adalah lebih

daripada sekadar menghalang badan eksekutif daripada mengganggu keupayaan hakim

membuat penghakiman tanpa pengaruh daripada pihak lain. Kebebasan badan kehakiman ini

juga perlulah dilaksanakan kepada para hakim juga. Hakim mesti diberi kebebasan untuk

melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin, memastikan keadilan

ditegakkan dan identiti negara terpelihara.

Akhir sekali, setiap rakyat memerlukan keadilan dan kesaksamaan untuk menerima

keputusan yang jelas daripada badan kehakiman apabila sesuatu kes atau masalah sedang

disiasat. mahkamah mesti dapat menjalankan tugasnya untuk menegakkan keadilan tanpa

rasa takut digeruni atau dipengaruhi oleh sesiapa saja. Hakim seharusnya dapat menumpukan
seluruh perhatian mereka untuk mencari keadilan, walaupun keputusan mereka mempunyai

pengaruh yang memudaratkan pihak berkuasa. Perlembagaan Malaysia mengecualikan hakim

Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan daripada melaksanakan peraturan dalam

Perkara132(2A).

2.0 Latar Belakang

Secara umumnya, konsep utama bagi kebebasan badan kehakiman ialah dimana

seseorang hakim itu berada dalam kedudukan untuk mencapai keputusan yang bebas daripada

campur tangan politik terutamanya bidang eksekutif. Badan kehakiman juga adalah bebas

daripada campur tangan pihak eksekutif dan juga pihak perundangan dalam menjalankan

tugas sebagai hakim dan fungsi kehakiman. Jadi, para hakim seharusnya tidak takut terhadap

sebarang apa yang mungkin atau telah dilakukan dengan betul dalam menjalankan fungsi

kehakiman. Oleh itu, secara tradisionalnya, konsep kebebasan badan kehakiman sebenarnya

adalah merujuk kepada kebebasan peribadi para hakim itu sendiri dalam menjalankan tugas

sebagai hakim.

Walaubagaimana pun, konsep kebebasan badan kehakiman kini dilihat semakin

meluas. Walaupun konsep kebebasan badan kehakiman secara tradisional masih diterima

pakai, namun konsep kebebasan badan kehakiman kini mempunyai empat aspek iaitu

kebebasan substantif, kebebasan peribadi, kebebasan kolektif dan kebebasan dalaman.

Kebebasan substantif dalam kebebasan badan kehakiman adalah kebebasan berfungsi atau

membuat keputusan. Ini bermakna seseorang hakim bebas untuk membuat keputusan

mengikut sumpah mereka tanpa tunduk kepada apa-apa jenis tekanan dalaman dan juga

luaran, tetapi hanya kepada rasa keadilan sendiri dan perintah undang-undang. Seorang

hakim dalam mentadbir keadilan hanya boleh berada di bawah undang-undang dan itu sahaja

undang-undang yang boleh mempengaruhi kandungan keputusan yang dibuat oleh seorang
hakim. Tiada pihak berkuasa meskipun dalam kedudukan tertinggi yang dibenarkan

mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman. Oleh itu, kebebasan substantif

bermaksud kebebasan seorang hakim untuk melaksanakan tugas membuat keputusan sebenar

hanya berdasarkan penilaian mereka terhadap fakta kes serta pemahaman undang-undang

mengikut sumpah jawatan mereka tanpa mengambil kira apa jua jenis dorongan, tekanan atau

ancaman daripada mana-mana pihak.

Kebebasan peribadi dalam kebebasan badan kehakiman adalah dimana hakim tidak

bergantung kepada kerajaan dalam apa jua cara yang mungkin mempengaruhi mereka dalam

membuat keputusan secara individu. Terma dan juga syarat perkhidmatan kehakiman adalah

terjamin secukupnya untuk memastikan hakim individu tidak tertakluk kepada kawalan

eksekutif. Oleh itu, kebebasan peribadi membayangkan bahawa hakim individu hendaklah

bebas daripada cabang politik kerajaan, terutamanya eksekutif berkenaan dengan syarat

perkhidmatan kehakiman termasuk pemindahan, saraan, pencen dan keselamatan tempoh

perkhidmatan sehingga atau umur persaraan wajib dan harus diletakkan dalam jawatan yang

dimiliki.

Seterusnya ialah dari aspek kebebasan kolektif. Kebebasan kolektif bermaksud

kebebasan institusi pentadbiran dan kewangan badan kehakiman secara keseluruhannya

berbanding cabang kerajaan yang lain, iaitu eksekutif dan perundangan. Ia bertujuan untuk

menghapuskan peranan dominan eksekutif dalam hal pentadbiran dan kewangan mahkamah

di peringkat pusat. Dalam kata lain, kebebasan kolektif menuntut penyertaan kehakiman yang

lebih berkesan dalam pentadbiran mahkamah termasuk kawalan ke atas kakitangan

pentadbiran, penyelenggaraan bangunan mahkamah, penyediaan dan penggubalan bajet dan

peruntukan sumbernya. Apabila eksekutif campur tangan dalam pengurusan badan

kehakiman secara keseluruhannya akan mendatangkan kesan buruk kepada seseorang hakim

dalam melaksanakn fungsi kehakiman. Kebebasan kolektif dalam badan kehakiman dianggap
sebagai satu cara penting untuk melindungi dan menyokong kebebasan seseorang hakim

dalam membuat keputusan daripada campur tangan eksekutif dengan cara kawalan dalam

pentadbiran.

Dari segi aspek kebebasan dalaman pula ialah dimana seseorang hakim itu bebas

daripada sebarang jenis perintah, petunjuk atau tekanan daripada pihak atasan dalam

membuat keputusan bagi kes individu. Ini bermakna ancaman terhadap kebebasan kehakiman

mungkin bukan sahaja datang dari luar, ia juga mungkin boleh datang dari dalam institusi

kehakiman itu sendiri. Oleh itu, seorang hakim seharusnya bukan sahaja bebas daripada

campur tangan eksekutif dan perundangan tetapi juga daripada rakan sekerja kehakiman dan

atasannya, yang mempunyai kuasa pentadbiran dan kawalan juga dalam memutuskan sesuatu

kes. Seorang hakim mesti bebas daripada pihak atasan dalam proses membuat keputusan

penghakiman.

Dalam menbincangkan berkaitan kebebasan badan kehakiman, hanya Piawaian

Minimum Persatuan Bar Antarabangsa yang mengiktiraf empat jenis kebebasan kehakiman

iaitu kebebasan dari segi substantif, peribadi, kolektif dan dalaman. Walaupun Deklarasi

Universal Montreal dalam Kemerdekaan Keadilan mengandungi peruntukan nyata mengenai

kebebasan substantif dan dalaman hakim, ia tidak memperuntukkan kebebasan peribadi

hakim dan telah merujuk kepada kebebasan kolektif badan kehakiman. Sebaliknya, Prinsip

Asas Persatuan Bangsa Bersatu dalam kebebasan badan kehakiman mengiktiraf secara nyata

hanya kebebasan substantif bagi hakim dan mengandungi rujukan tersirat kepada kebebasan

dalaman hakim. Walaupun Penyata Prinsip Kemerdekaan Badan Kehakiman Beijing dalam

Wilayah LAWASIA 1995 merangkumi peruntukan yang jelas mengenai substantif, dalaman,

dan kebebasan kolektif hakim, ia tidak mengandungi sebarang rujukan sama sekali kepada

kebebasan peribadi hakim. Oleh itu, adalah jelas bahawa semua norma antarabangsa ini
mempunyai pendekatan yang seragam hanya dalam satu aspek kebebasan kehakiman iaitu

kebebasan substantif para hakim.

1.0 Elemen dalam Mahkamah di Malaysia

1.1 Fungsi Badan Kehakiman

Badan kehakiman berfungsi untuk melindungi hak- hak asasi manusia daripada

campur tangan daripada pihak Eksekutif. Kehakiman juga bertanggungjawapp

untuk mentafsir, mengesahkan, dan membetulkan undang-undang dan tindakan

yang bertentangan dengan Perlembagaan. Seterusnya Badan Kehakima turut

memainkan peranan untuk menjadi pentadbir keadilan dengan membicarakan kes-

kes jenayah dan sivil yang berlaku di dalam Malaysia. Badan ini juga berfungsi

untuk meneliti undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan

juga Parlimen.

1.2 Perlantikan Hakim

Yang di-Pertuan Agung memainkan peranan untuk mengetuai badan kehakiman

manakala Ketua Hakim Negara pulak berperanan sebagai ketua bagi Badan

Kehakiman. Bagi perlantikan Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi akan dilantik oleh Yang

di-Pertuan Agung atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis

Raja-Raja. Hakim bagi Mahkamah Seksyen pula dilantik oleh Yang di-Pertuan

Agong atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Bagi peringkat Majistret,

Yang di-Pertuan Agong akan melantik Hakim Majistre bagi Wilayah-wilayah

Persekutuan atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi manakala Majistret bagi
negeri-negeri lain akan dilantik oleh Ketua Negeri atas nasihat Hakim Besar

Malaya.

3.3 Struktur di dalam Badan Kehakiman di Malaysia

Badan Kehakiman di Malaysia terdiri daripada tiga iaitu Mahkamah Atasan,

Mahkamah Rendah dan juga Mahkamah Khas. Mahkamah yang berada di bawah

mahkamah atasan ialah Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan jugak

Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Manakala mahkamah

yang berada di bawah Mahkamah Rendah ialah Mahkamah Seksyen, Mahkamah

Majistret dan Mahkamah untuk Kanak-kanak dan yang terakhir ialah Mahkamah

Khas. Hiraki di dalam Badan Kehakiman diwujudkan bagi membezakan bidang

kuasa diantara mahkamah tinggi dan juga mahkamah rendah.

1.3 Mahkamah Atasan

3.4.1 Mahkamah Persekutuan

Mahkamah persekutuan merupakan otoriti kehakiman yang tertinggi di

dalam negara Malaysia. Keputusan yang dibuat di dalam mahkamah

ini mengikat semua mahkamah di bawahnya. Mahkamah ini diketuai

oleh Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim

Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh orang Hakim Mahkamah

Persekutuan yang lain. Di bawah perlembagaan Persekutuan, Perkara

122B memperuntukkan kesemua ahli di dalam mahkamah ini perlu

dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri

setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Mahkamah persekutuan

berkuasa untuk menentukan kesahihan undang-undang yang dilakukan


di Parilmen ataupun Dewan Undangan Negeri. Mahkamah Persekutuan

juga bertanggungjawap untuk memutuskan rayuan keatas keputusan

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

3.4.1 Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan merupakan mahkamah yang bertindak untuk

membincangkan kes rayuan dan juga kes jenayah terhadap Mahkamah

Tinggi sahaja. Mahkamah ini boleh membicarakan kes sivil yang

nilainya melebihi RM250,000 setelah mendapatkan persetujuan

daripada Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah Rayuan kebiasaanya

terdiri daripada sekurang-kurarngnya tiga hakim sahaja dan diketuai

oleh Presiden Mahkamah Rayuan dan juga Hakim Mahkamah Rayuan

3.4.2 Mahkamah Tinggi

Di dalam mahkamah ini, terdapat dua jenis mahkamah yang

mempunyai bidang kuasa yang sama iaitu Mahkamah Tinggi Malaya

dan juga Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Kedua-dua

mahkamah ini diketuai oleh seorang Hakim Besar dan Hakim

Mahkamah Tinggi yang lain namun perbicaraan yang dijalankan

adalah daripada seorang hakim sahaja. Mahkamah ini mempunyai

kuasa untuk membicarakan apa sahaja kes yang berkaitan dengan kes

sivil atau jenayah. Kesalahan yang dibicarakan tidak terhad kepada

warganegara Malaysia sahaja malah ia juga merangkumi warganegara

asing yang tinggal di Malaysia. Bagi kes jenayah, mahkamah ini


berkuasa untuk mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rendah yang

nilainya tidak melebihi RM250,000 sahaja.

3.5 Mahkamah Rendah

3.5.2 Mahkamah Seksyen

Mahkamah seksyen merupakan mahkamah yang tertinggi di dalam

komponen Mahkamah Rendah. Mahkamah ini dianggotai oleh Hakim

Mahkamah Seksyen yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

atas pengesyoran Hakim Besar. Mahkamah ini berkuasa untuk

membicarakan kes-kes jenayah dan juga sivil. Mahkamah bebas untuk

membicarakan kesalahan kecuali melibatkan kesalahan yang boleh

dikenakan hukuman mati. Bagi kes sivil, mahkamah boleh

membicarakan kes dengan nilai maksimum tidak melebihi

RM250,000.

3.5.3 Mahkamah Majistret

Mahkamah Majistret terbahagi kepada du akelas iaitu Majistret Kelas 1

dan Majistret Kelas 2. Majistret Kelas 1 boleh membicarakan kes sivil

yang nilainya tidak melebihi RM10,000 manakala bagi kes jenayah

mahkamah boleh membicarakan kes yang hukumannya ialah penjara

lima tahun. Jika terdapat kes-kes yang dibicarakan di bawah Aktta

Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957 dan Akta Kebebasan 1953

hukuman yang lebih tinggi boleh dikenakan. Bagi Majistret Kelas 2,

kes jenayah yang dibicarakan adalah melibatkan hukuman tidak


melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1000 atau kedua-duanya

sekali.

3.5.4 Mahkamah Kanak-Kanak

Mahkamah kanak-kanak dianggotai oleh Majistret Kelas 1 dan dibantu

oleh dua orang penasihat dengan salah seorang daripada mereka

merupakan ahli wanita. Kebiasaannya prosiding yang melibatkan

mahkamah ini akan dijalankan secara tertutup. Bidang kuasa dalam

mahkamah ini membolehkan untuk membicarakan semua jenis

kesalahan kecuali jika ianya melibatkan hukumann mati. Jika didapati

bersalah, kanak-kanak tidak akan dipenjarakan. Sebaliknya mereka

akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak sehingga mencapai usia 21

tahun. Namun jika kesalah yang dilakukan membawa kepada hukuman

mati, maka pesalah perlu ditahan atau dipenjarakan atas perkenan Raja.

3.6 Mahkamah Khas

Mahkamah Khas merupakan mahkamah yang hanya membicarakan kesalahan

yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan. Pengadilan di dalam

mahkamah ini akan dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Besar

Mahkamah Tinggi dan dua orang Hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh

Majlis Raja- Raja. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong atau Sultan didapati
bersalah, tindakan akan dikenakan setelah mendapat keizinan daripada Peguam

Negara. Perbicaraan di dalam mahkamah ini akan dilakukan secara tertutup.

3.7 Peguam Negara

Peguam Negara memainkan peranan sebagai penasihat undang-undang utama

kepada Kerajaan. Peguam Negara akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas

nasihat Perdana Menteri. Jawatan ini akan dipegang selama mana yang telah

diperkanankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh dipecat daripada

jawatan melainkan atas alasan dan cara yang sama seperti seorang hakim

Mahkamah Persekutuan. Peguam Negara bertindak untuk menasihat Yang di-

Pertuan Agong ataupun Jemaan Menteri mengenai perkara yang melibatkan

undang-undang. Peguan Negara berkuasa untuk menjalankan, memulakan

ataupun menghentikan apa apa prosiding atas budi bicaranya kecuali prosiding di

hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

4.0 Artikel Perlembagaan Malaysia

Kebebasan Kehakiman merupakan sebuah komponen yang memainkan peranan

penting dalam sistem kehakiman dan perundangan pada sesebuah negara yang mengamalkan

demokrasi. Berdasarkan Doktrin Pengasingan Kuasa yang tertakluk di dalam Perlembagaan,

sistem kebebasan kehakiman tertakluk kepada para hakim secara individu. Ini memboleh para

hakim untuk melaksanakan tugasan mereka secara profesional tanpa menerima sebarang

gangguan ataupun pengaruh daripada pihak Eksekutif dan juga Legislatif.


Doktrin Pengasingan Kuasa merupakan sebuah doktrin yang mengasingkan kuasa

mentadbir kepada tiga bahagian utama iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Artikel 121

(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan bahawa kuasa kehakiman di dalam

Perlembagaan diletakkan di dalam bidang kuasa badan kehakiman dan tidak tertakluk kepada

undang-undang yang telah ditetapkan di Parlimen. Berbanding dengan Legaslatif dan

Eksekutif, Badan Kehakiman merupakan satu-satunya kuasa yang diletakkan dibawah kuasa

persekutuan melainkan jika ianya melibatkan hukum-hukum syariah yang kuasanya telah

diletakkan di bawah bidang kuasa negeri khususnya Mahkamah Syariah.

Di dalam Artikel 121 (1A) di dalam Perlembagaan Persekutuan pula ada menyebut

berkenaan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Selepas Malaysia mencapai

kemerdekaannya pada tahun 1957, urusan-urusan yang melibatkan Mahkamah Syariah sering

mendapat campur tangan daripada Mahkamah Civil. Ini menyukarkan urusan umat islam

untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Dengan adanya peruntukkan Perlembagaan

Persekutuan pada tahun 1988, barulah hak umat Islam di tanah melayu dikembalikan semula.

Pengasingan kuasa antara Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil ini membolehkan

Mahkamah Syariah membicarakan kes yang berkaitan dengan umat islam selagi mana ianya

tidak bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan seperti hukum hudud.

Seterusnya di dalam Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan menyentuk tentang sekatan

kepada ahli Majlis Parlimen untuk membincangkan tentang kelakuan hakim di dalam

Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Mana-mana hakim daripada Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan di

dalam mana-mana Parlimen kecuali jika ianya melibatkan sesuatu usul yang khusus yang

diberikan oleh ahli Majlis Parlimen dengan jumlahnya tidak kurang daripada satu perempat.

Ini bermakna kelakukan para hakim tidak boleh dibincangkan dengan sewenang-wenangnya

bagi menjamin kewujudan pengasingan kuasa Badan Legislatif dan juga Badan Kehakiman.
6.0 Kes dan Isu yang Berkaitan

Semasa Krisis Kehakiman Malaysia pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara, Tun

Dato'Haji Mohamed Salleh bin Abbas, dan dua hakim kanan Mahkamah Agung, Tan Sri Wan

Suleimen bin Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah, dipecat atas tuduhan salah laku

kehakiman, walaupun dakwaan ditolak oleh Majlis Peguam Malaysia dan pihak lain.

Tuntutan ini telah dilihat oleh mereka sebagai percubaan kerajaan untuk menjejaskan

kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang di negara ini. Kerajaan menolak rayuan

Majlis Peguam untuk mengkaji semula insiden itu walaupun mendapat sokongan daripada

orang awam. Menjelang ulang tahun ke-20 acara ini, Majlis Peguam telah menerajui

pembentukan panel penyiasatan yang dikenali sebagai Panel Tokoh Tertinggi untuk mengkaji

peristiwa 1988. Malaysia mengikut prinsip pengasingan kuasa, yang membahagikan kuasa

antara badan perundangan (Parlimen), eksekutif (pentadbiran), dan badan kehakiman

(mahkamah). Setiap entiti ini dilarang mencampuri urusan pihak lain. Masalah ini menjadi

lebih serius apabila pihak eksekutif campur tangan ke mahkamah yang dikatakan telah

menganggu badan kehakiman dan demokrasi negara.

Punca utama krisis ini bermula adalah apabila berlakunya perhimpunan agung parti

UMNO pada tahun 1987. Kewujudan pemimpin parti-parti yang kuat telah mencabar pimpin

yang pada ketika itu diketuai oleh Perdana Menteri ke 4 iaitu Dr Mahathir Mohamad.

Gerakan Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat sokongan Tun Musa Hitam tidak mampu

menggulingkan/menggugat Dr Mahathir dan timbalannya, Tun Ghafar Baba. Walau


bagaimanapun, gabungan yang dikenali dengan nama UMNO11 ini bertindak mencabar

keputusan susulan dakwaan undi daripada cawangan adalah tidak berdaftar sehingga

menyebabkan keputusan yang dikira adalah tidak adil. Oleh itu, pemilihan Majlis Tertinggi

UMNO didapati menyalahi undang-undang oleh mahkamah tinggi pada 26 Jun 1987,

sehingga meletakkan kedudukan Perdana Menteri dalam bahaya.

Disebabkan ketiadaan jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini, mahkamah

mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memutuskan apa yang akan berlaku kepada UMNO dan

hal ini menyebabkan Perdana Menteri kurang bersetuju dengan keputusan tersebut. Sehingga

menyebabkan kerajaan mencuba untuk menggantikan Hakim yang mengendalikan perbicaran

tersebut namun gagal. Akhirnya, mahkamah tinggi memutuskan keputusan pemilihan parti

UMNO adalah menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan persatuan. UMNO telah

dikategorikan sebagai sebuah parti tidak sah penubuhan dan menyebabkan kedudukan Dr

Mahathir Mohamad goyah untuk mengekalkan kedudukan beliau. Oleh itu berlaku nya

konfllik di antara badan eksekutif dan badan kehakiman yang membawa kepada

penstrukturan semula badan kehadiman oleh kerajaan pusat.

Kerajaan persekutuan telah meminda perlembagaan Malaysia, yang dikenali sebagai

Akta Pindaan Perlembagaan 1988, sebagai tindak balas kepada semua keputusan

penghakiman mahkamah. Perubahan ini dibuat di bawah Perkara 121, yang mengehadkan

kuasa badan kehakiman. Menurut kerajaan pada masa itu, Langkah ini adalah wajar bagi

mengelak hakim membuat keputusan penghakiman hanya berdasarkan pendapat mereka

sendiri. Pada waktu yang sama juga, pentadbiran kerajaan dan UMNO bekerjasama untuk

menyerang dan memperlekehkan badan kehakiman secara terbuka melalui pengedaran media

untuk menyokong Dr Mahathir. Disebabkan hal ini Tun Abas dan 20 hakim mahkamah tinggi

menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong, menuntut kerajaan supaya tidak campur

tangan dalam badan kehakiman. Tindakan tersebut telah diketahui oleh kerajaan, mereka
beranggapan bahawa tindaka tersebut merupakan tindakan yang terancang untuk

memburukkan kerajaan.

Pada 25 Mei 1988, Dr Mahathir juga menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong,

menuntut Tun Salleh Abas disingkirkan kerana beliau telah hilang keupayaan untuk membuat

pilihan yang tepat kerana isu kesihatan. Tun Salleh Abas telah dipanggil bertemu dengan Dr

Mahathir pada 27 Mei 1988, dan diperintahkan untuk berhenti. Tun Salleh pula enggan

menerima arahan itu dan membawa isu itu ke mahkamah. Prosedur tribunal diulang dua kali,

mengakibatkan beberapa konfrontasi dan konflik diantara kedua belah pihak. Akhirnya, Tun

Salleh dan beberapa hakim lain yang terlibat dalam kes itu terpaksa berhenti kerana terdapat

bukti bahawa badan kehakiman cuba merosakkan reputasi kerajaan.

Berdasarkan krisis 1988 ini, kita dapat lihat bahawa campur tangan ke badan-badan

ini boleh membawa kepada keburukan dalam demokrasi negara Malaysia. Oleh itu, setiap

pemimpin perlulah sentiasa menjadikan Perlembangaan Persekutuan Malaysia sebagai

rujukan sebelum melakukan sebarang keputusan. Selain itu juga merekah hendaklah

mengetahui peranan badan-badan tersebut tanpa perlu mencampuri pandangan ataupun

keputusan yang dilakukan. Hal ini kerana setiap keputusan yang dilakukan mestilah

mempunyai pelbagai prosedur dan pemikiran sebelum sesebuah keputusan itu wujud.

7. SWOT Analisis

Kekuatan dalam kebebasan badan kehakiman di Malaysia ialah untuk mentafsir dan

menggunakan undang-undang untuk kes-kes tertentu. Mahkamah mempunyai kuasa untuk

mentafsir perlembagaan negara, dan undang-undang bertulis kerajaan persekutuan atau

negeri, serta mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah. Selain itu juga, Kebebasan badan

kehakiman ini tidak menguntungkan ataupun berpihak kepada sesiapa. Badan kehakiman ini

mempunyai kebebasan sendiri dan tidak akan dipengaruhi oleh badan perundangan atau
eksekutif. Badan kehakiman ini mempunyai kebebasan yang tersendiri dan tidak akan

dikenakan apa-apa kawalan oleh badan perundangan dan eksekutif.

Kelemahan utama dalam Badan Kehakiman adalah kebebasan kehakiman untuk

membuat keputusan. Hal ini kerana pelantikan hakim hanya boleh dibuat berdasarkan budi

bicara daripada Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Perdana Menteri

mempunyai kuasa untuk melantik lima daripada sembilan anggota JAC. Oleh itu, Perdana

Menteri mempunyai kuasa untuk membatalkan pelantikkan mana-mana daripada empat orang

yang terkemuka tanpa perlu memberikan sebarang alasan. Kekuasan ini menyebabkan

Perdana Menteri secara tidak langsung mengawal perjalanan JAC di mana PM diberikan

kuasa untuk melantik lima daripada sembilan anggota JAC tanpa ada ruang untuk

mengelakkan isu penyalahgunaan kuasa. Walau bagaimanapun, kebebasan kehakiman

membuat keputusan ini sering mendapat kritikan mengenai keputusan yang berat sebelah

kerana hakim mempunyai kekuasan untuk membuat keputusan sendiri. Hal ini membolehkan

berlakunya keputusan yang berat sebelah yang membawa kepada kebaikan hanya kepada satu

pihak sahaja. Hal ini kerana campur tangan politik yang menyebabkan banyak pihak merasa

keputusan yang dibuat adalah tidak efesien dan berat sebelah.

9.0 Penyelesaian atau Cadangan untuk Mengatasi Masalah Tersebut

Keutamaan yang tinggi seharusnya diberi perhatian dalam usaha untuk memulihkan

semula keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman dalam negara dan keutamaan ini

tidak seharusnya berubah dari masa ke semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana susulan

daripada krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1988 sehingga meninggalkan kesan

yang amat mendalam apabila kes tersebut berakhir dengan penyingkiran Tun Salleh Abas

sebagai ketua hakim dalam negara. Kes ini telah menbawa kepada rendahnya keyakinan

umum yang berpendapat terhadap badan kehakiman susulan daripada kes tersebut dan masih
terdapat mereka yang bertegas bahawa tahap itu tetap rendah. Walaubagaimana pun, keadaan

ini dilihat semakin bertambah baik akhir-akhir ini. Akan tetapi, dalam hal ini, badan

kehakiman seharusnya dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untk memulihkan sepenuhnya

keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman dalam negara. Hal ini dikatakan demikian

kerana kebebasan badan kehakiman adalah sangat penting dalam demokrasi dan keyakinan

masayarakat juga sangat perlu bagi sesebuah system keadilan yang berkesan. Sebagai hakim,

sudah tentu menjadi tugas untuk melaksanakan keadilan dengan sebaiknya. Oleh itu, ada

baiknya jika dapat mengembalikan semula keyakinan masayarakat terhadap institusi badan

kehakiman negara.

Sungguhpun begitu, dakwaan yang mengatakan bahawa keyakinan masyarakat

terhadap badan kehakiman negara adalah sangat rendah bukan sepenuhnya yang berpendapat

sedemikian. Ini kerana masih terdapat ramai orang yang datang ke mahkamah bagi

menyelesaikan masalah tersendiri dan lebih parah apabila mereka yang mengkritik badan

mahkamah itu sebagai tidak adil, berat sebelah dan juga tidak saksama itu sendiri yang dating

ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah. Bukan itu sahaja, malah pembangkang juga

banyak membawa kes ke mahkamah untuk menentang kerajaan. Jika tiada keyakinan

terhadap badan kehakiman, sudah tentu mereka tidak akan menggunakan perkhidmatan

badan kehakiman mahkamah.


RUJUKAN
1. Astro Awani (2021). Laporan BERSIH:Wujud kelemahan pelantikan hakim di bawah
JAC. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/laporan-bersih-wujud-kelemahan-
pelantikan-hakim-di-bawah-jac-289444
2. Bell, J. (2001). Judicial Cultures and Judicial Independence. Cambridge Yearbook of
European Legal Studies, 4, 47-60.

3. Bidang Kuasa Eksklusif Mahkamah syariah selepas ... - core. (n.d.).


https://core.ac.uk/download/pdf/229472461.pdf

4. Perlembagaan Persekutuan - mail.jakess.gov.my. (n.d.). Retrieved January 3, 2022, from


https://mail.jakess.gov.my/pdffile/ENAKMEN/Perlembagaan%20Persekutuan%20.pdf

5. Hoze, J. (2019, July 29). KONSEP Kebebasan & Perjalanan Badan Kehakiman di
Malaysia. KONSEP KEBEBASAN & PERJALANAN BADAN KEHAKIMAN DI
MALAYSIA. Retrieved January 3, 2022, from
http://joehoze.blogspot.com/2015/06/konsep-kebebasan-perjalanan-badan.html

6. Lemieux, S. (2017). Judicial Supremacy, Judicial Power, and the Finality of Constitutional
Rulings. Perspectives on Politics, 15(4), 1067-1081.
7. Malaysia Bar (2007). Laporan Panel Tokoh Tokoh Terkemuka untuk mengkaji semula
krisis badan kehakiman 1988 di Malaysia.
https://www.malaysianbar.org.my/cms/upload_files/document/Report%20of%20the
%20Panel%20of%20Eminent%20Persons%20(Malay).pdf
8. Namri Sidek (2021). Krisis Perlembagaan 1988: Konflik Perdana Menteri Lawan Badan
Kehakiman Negara. https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-
mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html
10. Sivakumar, V. (2014, April 15). Penolakan Usul Khusus Mengenai perilaku Hakim-
Hakim Telah melumpuhkan perkara 127 Perlembagaan Persekutuan. DAP Malaysia.
https://dapmalaysia.org/statements/2014/04/15/18384/

10. Unknown. (1970, January 1). Badan Kehakiman ( judiciary). Badan Kehakiman
( Judiciary). Retrieved January 3, 2022, from
http://pengajianmalaysiagrp4.blogspot.com/2016/08/badan-kehakiman-
judiciary_19.html

You might also like