You are on page 1of 3

MUHAMMAD AMIRUL BIN MAT ALI

961205145485

Sistem Pentadbiran Negara


Sistem pentadbiran di negara Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan
raja berpelembagaan. Sistem pentadbiran negara Malaysia ini juga terbentuk
dengan kewujudan tiga badan utama iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan
Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Badan Perundangan atau Parlimen Malaysia mengandungi tiga komponen
utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Badan ini
hanya berfungsi mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat, dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana
pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain. Selain daripada mempunyai kuasa
mengubal undang-undang Negara, Badan ini juga mempunyai kuasa mengubal
undang-undang dalam negerinya. Terdapat tiga jenis undang-undang, undang-
undang yang dibuat oleh Parlimen ialah Akta, undang-undang yang dibuat oleh
Dewan Undangan Negeri pula adalah Enakmen, manakal bagi undang-undang yang
dibuat oleh kerajaan Sarawak pula adalah Ordinan.
Dalam Badan Perundangan, Yang Di-pertuan Agong berada di kemuncak
badan, akan tetapi, baginda tidak terlibat dalam mengubal undang-undang. Tugas
pengubalan undang-undang terletak di tangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Seperti yang diperuntukan dalam Perkara 55, tugas Yang Di-pertuan Agong
hanyalah memanggil Parlimen untuk bersidang, menamatkan penggal Parlimen, dan
membubarkan Parlimen.Yang Di-pertuan Agong tidak mempengerusikan Dewan
Rakyat dan Dewan Negara, tetapi baginda hanyalah menyampaikan titah semasa
pembukaan rasmi penggal Parlimen, dan juga memberi ucapan dalam mana-mana
majlis Parlimen atau kedua-dua majlis Parlimen bersama-sama
Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara, ia berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih
terperinci dan halus. Perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum juga akan
dibincang dalam Dewan Negara. Menurut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan,
Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di-pertuan
Agong untuk diperkenankan. Dewan Negara hanya boleh menangguhkan
pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu. Mengikut perlembagaan Persekutuan
Perkara 45, Dewan Negara hendaklah dianggotai oleh 70 orang ahli. Dewan Rakyat
pula merupakan satu majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat
serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan
Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat
merupakan komponen yang penting dalam Parlimen, ia melambangkan demokrasi
kerana ia adalah dewan yang dianggotai oleh wakil rakyat yang memenangi kerusi
dalam pilihan raya umum.Terkini, jumlah keseluruhan Ahli Dewan Rakyat ialah 222.
Setiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan Malaysia adalah layak
menjadi ahli Dewan Rakyat dan hendaklah berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
melainkan jika seseorang itu hilang kelayakan menjadi ahli menurut perlembagaan.
Badan Pemerintah pula terdiri daripada Jemaah Menteri atau kabinet yang
merupakan Badan pelaksana dasar kerajaan. Ia merupakan juga badan yang
bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut undang-undang
dan Perlembagaan, badan ini tidak boleh mengubal undang-undang dan urusan
penghakiman. Kuasa memerintah negara Malaysia adalah terletak pada Yang Di-
pertuan Agong mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tersebut
tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan, dan
mengikut peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri
atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi dengan
undang-undang, Parlimen boleh juga memberi tugas-tugas pemerintah kepada
orang lain.
Jemaah Menteri atau kabinet merupakan badan yang menjalankan kuasa
eksekutif yang dipegang oleh Yang Di-pertuan Agong. Yang Di-pertuan Agong
hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal
ehwal menjalankan tugas-tugasnya menurut Perkara 43, Perlembagaan
Persekutuan. Jemaah Menteri bertanggungjawab membuat dasar tertinggi negara
dan mengubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri
merupakan Ketua Jemaah Menteri yang dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong
daripada ahli Dewan Rakyat. Beliau juga hendaklah dipilih berdasarkan daripada
kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli dewan.
Sekiranya, beliau gagal mendapat sokongan daripada ahli-ahli Jemaah Menteri,
Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan.
Badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia adalah Badan Kehakiman.
Badan Kehakiman melaksanakan tugas kehakiman dan kuasanya terletak pada
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan ini berperanan sebagai pelindung
hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh pihak kerajaan ataupun orang
perseorangan. Seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130
Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman juga terletak pada Mahkamah
Agung. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara
jenayah dan sivil. Perkara jenayah adalah melibatkan kanun keseksaan, manakala
perkara sivil pula berkaitan dengan saman dan biasanya memerlukan afidavit.
Mahkamah di Malaysia memiliki hieraki dari kategori Mahkamah Agung dan
Mahkamah Rendah. Dalam Mahkamah Agung, yang tertinggi ialah Mahkamah
Persekutuan, seterusnya Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Dalam
Mahkamah Rendah pula, ia mempunyai Mahkamah Sesyen diikuti dengan
Mahkamah Majistret. Bagi pelantikan hakim-hakim pula, di bawah Perkara 122 B,
Perlembagaan Persekutuan, Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan,
Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan Hakim-Hakim yang lain bagi Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja.

You might also like