You are on page 1of 8

PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

PENGENALAN
Operasi perniagaan di definisikan sebagai proses yang menggunakan Input Pengeluaran
(sumber) untuk ditukarkan kepada output melalui system (proses) transformasi.
Penyediaan rancangan operasi perniagaan perlu berpandukan Rancangan Pemasaran yang
telah disediakan.
Rancangan operasi
Pemilihan tapak/permis
Saiz kapasiti pengeluaran
Pembelian mesin & peralatan
Sistem & prosedur pemprosesan pengeluaran
Rancangan pembelian bahan mentah/ sumber lain
Bajet belanja mengurus & belanja modal.
TRANSFORMASI INPUT KEPADA OUTPUT
Dalam proses pengeluaran, proses transformasi input kepada output memerlukan.
perancangan, pengurusan dan pengawalan yang sistematik untuk mencapai
matlamat pengeluaran

menepati kualiti yang diharapkan


jumlah kuantiti pada masa yang ditetapkan
kos pengeluaran yang optimum
Input Perniagaan
–Pekerja, bahan mentah, mesin & peralatan, teknologi, informasi dan modal.

Sistem Transformasi
–Rancangan bahan mentah, rekabentuk proses operasi, penentuan terhadap susunatur dan tenaga
kerja.

Output
–Produk/perkhidmatan akhir daripada proses transformasi.
MODEL UMUM PROSES
TRANFORMASI INPUT KEPADA
OUTPUT
KEPENTINGAN RANCANGAN
PROSES
Rancangan proses yang jelas boleh membantu syarikat untuk menganalpasti input
yang diperlukan untuk sesuatu proses.

Di samping itu, syarikat boleh memilih proses produk yang cekap yang
meminimumkan kos dan masa.

Syarikat perlu membangunkan aliran proses atau carta proses untuk melihat dengan
lebih jelas proses operasi.
PERANCANGAN KAPASITI
Kapasiti bermaksud keupayaan sesebuah operasi perniagaan mengeluarkan
barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan permintaan pasaran.

Kapasiti boleh diukur sama ada nilai unit keluaran tertentu seperti:
 Unit keluaran sehari atau sebulan atau setahun
 Bilangan projek (mengikut saiz) yang boleh dikendalikan
 Bilangan tempahan yang boleh dipenuhi
Nisbah kapasiti diukur dengan membandingkan kapasiti yang diguna berbanding jumlah
kapasiti penuh. Kapasiti penuh merupakan keupayaan operasi mengeluarkan output
maksima pada sesuatu tempoh masa.

Perancangan kapasiti dalam sesebuah organisasi lazimnya melibatkan dua aspek input
operasi utama iaitu peralatan mesin dan tenaga pekerja.

Kombinasi dua input utama operasi ini akan menentukan tahap keupayaan atau kapasiti
sesebuah pengeluaran.

You might also like