You are on page 1of 8

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

OBJEKTIF Selepas mempelajari tajuk ini, pelajar akan dapat: Memberi definisi perakaunan. Membezakan pengguna maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan luaran. Membezakan dengan jelas simpankira dan perakaunan. Membezakan dua cabang utama perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. iaitu perakaunan

Mengenalpasti ciri-ciri tiga bentuk pemilikan perniagaan iaitu pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat. Menjelaskan tiga jenis aktiviti pembarangan dan perkilangan. perniagaan iaitu perkhidmatan,

Menjelaskan empat jenis penyata kewangan iaitu penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai. Menerangkan tiga badan perakaunan di Malaysia iaitu MASB, MIA dan MICPA

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.0

PENGENALAN PERAKAUNAN

Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan, dan lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan. 1.1 DEFINISI PERAKAUNAN

Berikut adalah beberapa definisi perakaunan yang dipetik dari beberapa sumber: Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta mentafsirkannya. Satu seni untuk merekod, meringkas, mengkelas, menganalisa dan mengkomunikasi maklumatmaklumat dari peristiwa ekonomi. Satu seni merekod, mengkelas dan meringkaskan data-data mengenai peristiwa dan urusniaga secara sistematik dan bererti dengan nilai wang serta mentafsirkan maklumat-maklumat perakaunan yang dihasilkan darinya. Mengenalpasti (identifying) Merekod (recording) Mengkelas (classify Meringkas (summarize) Melapor (communicating) Mentafsir (interpret) Membuat pemerhatian ke atas peristiwa ekonomi dan memilih peristiwa yang sesuai untuk direkodkan bagi sesuatu perniagaan tertentu. Proses catatan urusniaga harian secara sistematik dalam buku catatan pertama iaitu jurnal. Proses pengkelasan melalui penggunaan akaun berdasarkan prinsip perakaunan, Pengkelasan tersebut dibuat kepasa aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja. Meringkaskan maklumat urusniaga yang telah dikelaskan kepada imbangan duga. Imbangan duga ialah senarai yang menunjukkan baki-baki akaun pada satu tarikh tertentu. Proses di mana firma membuat laporan kepada pihak yang memerlukan seperti pelabur dan pihak pengurusan. Satu penyata kewangan akan disediakan untuk tujuan ini. Melibatkan pengkajian, penganalisaan dan penterjemahan maklumat-maklumat perakaunan dalam penyata kewangan kepada satu bahasa dan bentuk yang mudah difahami oleh pengguna maklumat perakaunan.

Perakaunan berperanan untuk menyediakan maklumat tentang prestasi dan kedudukan kewangan syarikat. Maklumat tersebut berguna kepada pengguna-pengguna maklumat perakaunan dalam membuat keputusan ekonomi. Perakaunan juga merupakan bahasa perniagaan kerana ia adalah satu alat untuk menyampaikan maklumat sesebuah perniagaan.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.2

PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN

Pengguna maklumat perakaunan terbahagi kepada dua iaitu pengguna dalaman (internal users) dan pengguna luaran (external users). Pengguna dalaman terdiri daripada mereka yang berada dalam perniagaan berkenaan. Contohnya, pihak pengurusan. Pengguna luaran terdiri daripada individu atau kumpulan orang di luar syarikat yang mempunyai kepentingan atau tidak mempunyai kepentingan dalam perniagaan. Contohnya, pelabur, bank, pemiutang, agensi-agensi kerajaan. Amnya, pengguna luaran memerlukan maklumat perakaunan bagi membolehkan mereka membuat perbandingan prestasi kewangan sesebuah perniagaan. Setiap pengguna maklumat mempunyai kepentingan yang tertentu terhadap maklumat perakaunan. Kepentingan maklumat kepada pengguna adalah seperti berikut: Pengguna Maklumat Pengguna dalaman (internal users) 1. Pihak pengurusan Pengguna luaran (external users) 1. Pelabur sedia ada Kegunaan Maklumat Menilai keputusan pengurusan yang lepas Mengawal aktiviti operasi syarikat Membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan Mengetahui nilai modal yang dilaburkan Mengetahui dividen yang diterima daripada modal yang dilaburkan Mengetahui sumber-sumber kewangan perniagaan. Melihat keuntungan atau kerugian sebelum membuat keputusan melabur atau menjadi rakan kongsi. Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman Menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan atas untung perniagaan Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.

2. Bakal pelabur atau bakal rakan kongsi 3. Pihak bank atau pemiutang 4. Agensi kerajaan

1.3

PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN DAN SIMPANKIRA Perakaunan (Accounting) Perakaunan adalah proses mengenal pasti, merekod, mengkelas dan meringkas peristiwa dan urusniaga secara sistematik dalam bentuk nilai wang serta mentafsirkan dan menganalisa maklumat perakaunan. Ia merupakan proses mengkomunikasi maklumat ekonomi kepada pengguna untuk membantu membuat keputusan kewangan. Perakaunan bukan saja sekadar menyediakan penyata kewangan tetapi juga menganalisa dan menterjemah penyata kewangan tersebut untuk menjelaskan kedudukan kewangan yang sebenar dalam perniagaan dan memudahkan pihak luaran memahaminya.

Simpankira (Bookkeeping) Simpankira adalah sebahagian daripada perakaunan. Simpankira merupakan proses mengenal pasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga dalam nilai wang kepada bentuk penyata kewangan. Simpankira tidak melibatkan proses mentafsir penyata kewangan dan membuat keputusan. Ianya lebih merupakan proses menyimpan data-data urusniaga dalam bentuk akaunakaun perniagaan

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.4

CABANG PERAKAUNAN

Dua cabang perakaunan yang penting ialah perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Lain-lain cabang termasuklah perakaunan kos (cost accounting), percukaian (tax accounting), pengauditan (auditing), sistem maklumat perakaunan, perakaunan antarabangsa, perakaunan kerajaan dan lain-lain. 1.4.1 Perakaunan Kewangan

Perakaunan kewangan (Financial Accounting) melibatkan proses merekod urusniaga dan peristiwa, mengkelas, meringkas serta melapor dan mentafsir penyata kewangan. Oleh itu, objektif perakaunan kewangan yang utama adalah untuk menyediakan laporan kepada pengguna luaran dengan mematuhi standard perakaunan. Maklumat dalam perakaunan kewangan ini merupakan sumber yang digunakan juga oleh pengguna dalaman perniagaan. Pengguna-pengguna maklumat perakaunan tersebut menggunakan maklumat yang disediakan di bawah perakaunan kewangan bagi tujuan penilaian prestasi dan pembuatan keputusan mengikut kepentingan masing-masing. 1.4.2 Perakaunan Pengurusan

Perakaunan pengurusan (Management Accounting) menyediakan maklumat mengikut keperluan pihak pengurusan bagi tujuan membuat keputusan. Selain daripada membantu pihak pengurusan membuat keputusan, perakaunan pengurusan juga penting untuk tujuan kawalan, koordinasi dan perancangan aktiviti perniagaan. Perancangan dan pengawalan bertujuan untuk memastikan aktiviti organisasi berjalan lancar untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa laporan yang disediakan seperti laporan prestasi, laporan penyiasatan ketidakcekapan aktiviti dan laporan cadangan pengorganisasian semula. Laporan perakaunan disediakan mengikut kehendak pengurusan dan tidak mempunyai satu bentuk yang standard seperti laporan perakaunan kewangan. 1.5 JENIS-JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN

Terdapat tiga jenis pemilikan perniagaan iaitu: 1. Perniagaan tunggal (proprietorship) 2. Perkongsian (partnership) 3. Syarikat (corporation) 1.5.1 Perniagaan Tunggal

Perniagaan tunggal adalah sebuah perniagaan yang dimiliki oleh seseorang individu yang tertentu. Ianya diuruskan oleh pemilik perniagaan itu sendiri. Perniagaan ini bersaiz kecil dan senang untuk diuruskan. Sebagai pemilik, ia menerima semua hasil perniagaan dan menanggung semua risiko yang dialami oleh perniagaannya. Kelebihan perniagaan tunggal: 1. Senang untuk ditubuhkan kerana tidak melalui prosedur yang banyak. 2. Modal untuk memulakan perniagaan yang kecil. 3. Pemilik adalah bebas untuk membuat keputusan. 4. Semua keuntungan adalah milik pemilik.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Kelemahan perniagaan tunggal: 1. Potensi untuk berkembang adalah terhad kerana modal yang terhad. 2. Bergantung kepada pemilik dalam kemahiran pengurusan. Sekiranya kemahiran terhad, perniagaan boleh mengalami kegagalan. 3. Liabiliti tidak terhad. Pemilik secara peribadi menanggung semua hutang perniagaan. 4. Tidak mempunyai jaminan perniagaan akan berterusan. 1.5.2 Perkongsian

Perniagaan ini dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang dan maksimum 20 orang yang akan berkongsi keuntungan mengikut kadar tertentu yang dipersetujui bersama. Pendapatan, risiko dan tanggungjawab dikongsi oleh semua pekongsi perniagaan. Setiap pekongsi mesti mencapai persetujuan mengenai beberapa perkara seperti jumlah wang yang ingin dilaburkan, kerja yang patut diagihkan, pembahagian untung atau rugi dan lain-lain lagi. Sekiranya perniagaan mempunyai perjanjian perkongsian, segala urusan perniagaan perlulah merujuk kepada perjanjian tersebut. Kelebihan perniagaan perkongsian: 1. Penyatuan aset dan kemahiran pekongsi akan meningkatkan pelaburan dan menambahkan potensi untuk berkembang. 2. Senang ditubuhkan kerana tidak memerlukan prosedur yang banyak dan remeh. 3. Perniagaan mempunyai potensi untuk berkembang kerana mudah untuk mengumpulkan modal tambahan apabila perlu. 4. Mudah dalam membuat keputusan. Kelemahan perniagaan perkongsian: 1. Liabiliti tidak terhad. Pekongsi secara peribadi menanggung semua hutang perkongsian. 2. Konflik mungkin timbul antara pekongsi dalam menguruskan perkongsian. 3. Jangkahayat perkongsian adalah terhad. Perkongsian boleh dibubarkan akibat kematian pekongsi atau penarikan diri pekongsi. 4. Agensi bersama. 1.5.3 Syarikat

Satu bentuk perniagaan yang dimiliki oleh ramai pemilik melalui pegangan saham dalam syarikat tersebut. Bilangan pemilik sekurang-kurangnya dua orang. Pemilik boleh memindahkan pemilikan melalui penjualan saham yang dipegangnya. Pemilik mempunyai liabiliti yang terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja. Pemilik membahagikan untung, risiko dan tanggungjawab bergantung kepada jumlah saham yang dimiliki. Pemilik tidak terlibat dalam aktiviti harian perniagaan syarikat. Kepentingan pemilik dijaga oleh Lembaga Pengarah syarikat. Kelebihan syarikat: 1. Syarikat dengan kuasa undang-undang boleh bertindak sebagai orang perorangan, boleh membeli, memiliki dan menjual harta atas nama sendiri. 2. Jangka hayat perniagaan tidak terhad. 3. Pemegang saham mempunyai liabiliti terhad. 4. Potensi untuk berkembang yang tinggi kerana saham boleh diterbitkan untuk mendapat dana tambahan.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Kelemahan syarikat: 1. 2. 3. 4. Perlu mematuhi undang-undang yang ketat berbanding dengan jenis perniagaan lain. Cukai perbadanan selalunya tinggi kerana ia bergantung kepada pembentangan belanjawan terhadap cukai perniagaan syarikat antara 25-35% terhadap keuntungan yang boleh dikenakan cukai. Laporan kewangan perlu dihantar kepada kerajaan untuk menghindarkan perniagaan daripada dikenakan denda. Dengan itu tahap kerahsiaan perbadanan sukar dikawal. Terdapat had kredit sama ada dengan pihak bank atau pemiutang bergantung kepada reputasi perniagaan. JENIS-JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN

1.6

Perniagaan boleh dibahagikan kepada 3 aktiviti utama iaitu perkhidmatan, pembarangan dan perkilangan. 1.6.1 Perniagaan Perkhidmatan

Perniagaan perkhidmatan tidak melibatkan penjualan barangan. Perniagaan berbentuk perkhidmatan dibahagikan kepada dua iaitu : a. Perniagaan perkhidmatan seperti kedai dobi, kedai gunting rambut dan bengkel membaiki kenderaan. b. Perkhimatan profesional pula adalah seperti perundingan klinik, penilaian hartanah, khidmat kaunseling, akauntan awam bertauliah dan khidmat pelaburan. 1.6.2 Perniagaan Pembarangan

Perniagaan pembarangan melibatkan pembelian dan penjualan barang-barang siap sama ada kepada peruncit atau pengguna akhir. Contoh seperti kedai runcit dan pasaraya. 1.6.3 Perniagaan Perkilangan

Perkilangan merupakan perniagaan yang melibatkan proses penukaran bahan mentah kepada barang siap. Contoh perniagaan adalah seperti kilang pembuatan kenderaan, kilang memproses makanan dan perniagaan membuat perabut. 1.7 JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan merupakan satu penyata yang mengandungi maklumat tentang prestasi kewangan sesebuah organisasi bagi sesuatu tempoh tertentu dan juga menunjukkan kedudukan kewangan organisasi tersebut pada tarikh tertentu. Terdapat tiga jenis penyata kewangan yang utama iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai. 1.7.1 Penyata Pendapatan (Income Statement)

Penyata yang menunjukkan ringkasan hasil dan belanja bagi satu tempoh tertentu. Tujuan penyata ini disediakan adalah untuk menilai prestasi perniagaan tersebut.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.7.2

Kunci Kira-kira (Balance Sheet)

Penyata tentang kedudukan kewangan pada satu titik masa tertentu. Penyata ini menunjukkan kedudukan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh berkenaan. 1.7.3 Penyata Aliran Tunai (Statement of Cash Flows)

Penyata ini adalah satu bentuk penyata kewangan yang menunjukkan sumber tunai diperolehi dan cara tunai berkenaan digunakan dalam tempoh perakaunan tertentu. Ia memberi analisis tentang perubahan akaun tertentu dalam kunci kira-kira. 1.8 BADAN-BADAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA Di Malaysia terdapat beberapa badan perakaunan yang ditubuhkan untuk membentuk peraturan dan amalan yang dikenali sebagai prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum. 1.8.1 Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

MACPA adalah singkatan kepada Malaysian Association of Certified Public Accountants (Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia). Ia merupakan satu-satunya badan profesional perakaunan di Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 1965 mengikut Akta Syarikat 1965. Sekarang dikenali sebagai MICPA Malaysian Association of Certified Public Accountants (Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia). Objektif utama pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan teori dan amalan perakuanan dalam berbagai aspek; memilih, mengajar, melatih dan menilai sekumpulan ahli yang pakar dalam bidang perakaunan melalui peperiksaan atau lain-lain cara; sentiasa memelihara kebebasan profesional akauntan dalam setiap bidang yang diceburi; mengekalkan amalan dan etika ahlinya pada tahap yang tinggi; dan melakukan pelbagai perkara yang boleh meningkatkan profesion perakaunan di Malaysia. 1.8.2 Institut Akauntan Malaysia (MIA)

MIA adalah singkatan kepada Malaysian Institute of Accountants. Ianya merupakan satu badan perakaunan di Malaysia yang diperundangkan dalam tahun 1969 di bawah Seksyen 3 Akta Akauntan 1967. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempengaruhi perkembangan dan pembangunan profesyen perakaunan di Malaysia. Fungsi utama MIA adalah mengadakan latihan, pendidikan dan peperiksaan kepada orang yang ingin mengamalkan profesion ini perlu menjadi ahli kepada badan ini. Ahli institut ini dikenali dengan gelaran akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) atau akauntan berlesen (LA). Keahlian tersebut diberikan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan ini.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

1.8.3

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

MASB adalah singkatan kepada Malaysian Accounting Standards Board yang membawa maksud Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 1 Julai 1997. Peranan MASB adalah membangunkan satu rangka kerja perakaunan yang bersesuaian di mana rangka kerja ini akan dikuatkuasa di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997. Akta Pelaporan Kewangan 1997 merangkumi struktur standard-standard perakaunan yang bebas. Oleh yang demikian, MASB akan menjadi satu badan teknikal bebas yang bertanggungjawab untuk membangunkan dan menerbitkan standard pelaporan perakaunan dan kewangan di Malaysia. Fungsi MASB ialah menerbitkan standard yang diluluskan dan menyemak atau mengadaptasikan standard-standard yang sedia ada sebagai satu standard yang diluluskan. MASB mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai Financial Reporting Foundation (FRF). Badan ini berperanan sebagai penasihat perkara-perkara pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB, menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi. Pada masa akan datang, penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang ditubuhkan di Malaysia perlu mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan yang ditetapkan melalui pematuhan kepada standard-standard perakaunan yang diluluskan oleh MASB.

You might also like