Professional Documents
Culture Documents
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
PENGENALAN
Ciri utama wujudnya sesebuah negara. Satu lambang kepada negara Malaysia yang merdeka. Tanda diuruskan oleh rakyat negara ini sendiri. Memelihara keamanan serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi demi kepentingan rakyat. Pentadbir awam merupakan jentera utama kepada kelancaran pembangunan negara.
Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran harian. Terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan dasardasar awam. Kekal walaupun bertukar pemerintah melalui pilihanraya.
JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara.
Organisasi tertinggi yang menjalankan Kuasa Eksekutif ialah Kabinet atau Jemaah Menteri.
Segala dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh pegawai-pegawai awam yang berkhidmat dalam organisasi-organisasi kerajaan yang berkaitan.
a) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Majlis Tanah Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan
(b) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa atau budi bicara kerajaan dan pihak pentadbiran seperti Kementerian, jabatan dan Perbadanan-Perbadanan Awam.
Kabinet
Merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan dan ini dilakukan di atas nama Yang Di Pertuan Agong (YDPA).
Dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan majoriti di dalam Dewan Rakyat. Diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Perdana Menteri.
Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada salah seorang ahli Dewan Rakyat dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut. Perdana Menteri bertanggungjawab untuk memaklumkan dan menjelaskan kepada Yang Di Pertuan Agong tentang pentadbiran negara. Tugas utama Perdana Menteri ialah mempengerusikan kabinet serta mengetuai kerajaan dalam hal-hal berkaitan dasar negara.
Organisasi Kerajaan yang Ditubuhkan Atas Budi Bicara Organisasi-organisasi ini dibentuk atas budi bicara kerajaan bagi membantu melicinkan lagi kelancaran pentadbiran. Kementerian Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
(b) Kementerian-Kementerian Khusus untuk sektor-sektor penting di dalam negara. Diketuai oleh seorang menteri
bertanggungjawab di dalam melaksanakan bidang kuasa yang disebut Portfolio. Bertanggungjawab menggubal dasar, merancang program dan melaksanakannya di bawah arahan polisi seorang menteri.
Struktur organisasi
ibu pejabat kementerian, jabatan dan perbadanan di bawah kawalannya.
Perbadanan Awam Membantu kelancaran pentadbiran kerajaan dengan diberikan sedikit autonomi atau kuasa ke atas beberapa perkara. Diperbadankan melalui undang-undang atau di bawah Akta Syarikat. Terdapat dua jenis Perbadanan Awam iaitu
(a) Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen Dewan Undangan Negeri.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
(b)Badan Tidak Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965. Taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat sektor swasta dan bergerak secara bebas di dalam kegiatan ekonomi. Apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah ekuitinya dimiliki sama ada sebahagian atau semuanya oleh kerajaan seperti MAS, PERNAS, BBMB dan MISC.
Dua organisasi penting yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Suruhanjaya dan Majlis.
(a) Suruhanjaya
Dua jenis suruhanjaya yang tetap dalam Kerajaan Persekutuan
Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Perkhidmatan.
Kerajaan juga boleh menubuhkan Suruhanjaya Khas Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan penubuhan tiga suruhanjaya
(i) Suruhanjaya Pilihan Raya (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan (iii) Suruhanjaya Khas untuk tujuan tertentu
telah
Suruhanjaya Perkhidmatan
untuk memberi layanan yang adil kepada semua anggota perkhidmatan dari segi pelantikan, kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib.
Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah berunding dengan majlis Raja-Raja.
Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis RajaRaja. Ahli-ahli Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan kerana sebab-sebab tertentu dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.
(b) Majlis-Majlis Terdapat dua jenis Majlis yang ditubuhkan di dalam system kerajaan (i) Majlis yang ditubuhkan Perlembagaan Malaysia. di bawah peruntukan
untuk melicinkan tugas-tugas pentadbiran seperti strategi dan menyelaras sesuatu dasar. Terdapat empat buah majlis yang telah ditubuhkan di bawah peruntukan ini
Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan, dan Majlis Angkatan Tentera.
(ii) Majlis yang ditubuhkan untuk membantu melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan.
berasaskan kepentingan atau keperluan pentadbiran kerana sesuatu atau kejadian atau perkara penting seperti:
Majlis Tindakan Negara menyelaras perlaksanaan semua program dan projek pembangunan. Majlis Ekonomi Negara mewujudkan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diwujudkan bagi membantu menguruskan dan mencari jalan untuk mengatasi kegawatan ekonomi. Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab dalam menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan keselamatan negara.
JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI Lazimnya struktur bagi jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang sama. Berbeza sedikit di negeri-negeri di Sabah dan Sarawak. Majlis Mesyuarat Kerajaan Kuasa Eksekutif terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing. Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) atas nama raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri masing-masing.
Sarawak dijalankan oleh Majlis Tertinggi. Sabah pula badan yang sama taraf disebut kabinet.
Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mestilah atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri
melantik tidak lebih daripada lapan atau kurang daripada empat orang ahli lain dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. terdapat tiga ahli pegawai (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.
Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Setiausaha kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Jabatan
Dua jenis jabatan di peringkat negeri
jabatan negeri dan cawangan jabatan persekutuan.
Jabatan Negeri
Dibahagikan kepada jabatan negeri
bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada kedua-dua Persekutuan. Kerajaan Negeri dan
Suruhanjaya
Kerajaan-Kerajaan Negeri boleh menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya berbentuk tetap atau khas. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau Sultan atau yang Di Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau ketua Menteri.
Contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Perbadanan Awam Kerajaan Negeri juga mempunyai perbadananperbadanan awam yang merangkumi badan-badan tidak berkanun (syarikat kepunyaan kerajaan).
Contoh badan berkanun yang terdapat di setiap negeri Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pentadbiran Negeri di Semenanjung Malaysia Tiga peringkat iaitu daerah, mukim, dan kampung. (a) Daerah Kebanyakan projek kerajaan dilaksanakan di peringkat ini. Pejabat pentadbiran yang utama ialah Pejabat Daerah. Kelantan pejabat pentadbiran daerah dikenali sebagai Pejabat Jajahan. Menyelaras usaha-usaha pembangunan daerah. Pegawai pentadbir utama ialah Pegawai Daerah dan bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
(b) Mukim Daerah terbahagi kepada beberapa mukim. Di Kelantan dikenali sebagai daerah. Diketuai oleh seorang Penghulu ataupun Penggawa di negeri Kelantan. Di setiap mukim atau daerah di Kelantan terdapat Pejabat Penghulu atau Pejabat Penggawa bagi memudahkan lagi urusan pentadbiran antara rakyat dan kerajaan. Peranan utama Penghulu ialah membantu pejabat daerah dan agensi-agensi kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosioekonomi di kampung-kampung yang berada di bawah jagaannya.
Pentadbiran Peringkat Negeri di Sabah Dua peringkat pentadbiran iaitu daerah dan kampung. Ketua pentadbir di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah. Beliau dibantu oleh penolong-penolong pegawai daerah dan seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab bagi pentadbiran yang berkaitan hal-ehwal suku kaum di daerah berkenaan. Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Anak Negeri (dikenali juga sebagai Ketua Bumiputera) yang bertanggungjawab kepada Ketua Daerah. Ketua-Ketua Anak Negeri adalah merupakan personel awam manakala Ketua Kampung yang mengetuai kampung bukan sebahagian daripada personel awam.
Pentadbiran Peringkat Negeri di Sarawak Dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahagian, daerah, daerah kecil, dan kampung. Terdapat sembilan Bahagian di negeri Sarawak dan tiap-tiap satu diketuai oleh Residen. Sesuatu Bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Masyarakat yang bergelar Pemanca. Beliau bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah. Sesebuah daerah pula dipecahkan kepada daerah-daerah kecil yang diketuai oleh Pegawai-Pegawai Perkhidmatan tadbir Sarawak. Ketua pentadbir di peringkat kampung ialah Penghulu.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pembahagian Kuasa yang jelas dan bertulis. Jadual Kesembilan yang mengagihkan kuasa kepada tiga senarai: (i) Senarai Persekutuan menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan. Ada 27 bidang kuasa antaranya ialah hubungan luar, pertahanan dan kewangan. (ii) Senarai Negeri menyenaraikan bidang kuasa negeri. Ada 12 bidang kuasa antaranya ialah kanun tanah, perhutanan dan pertanian juga pengurusan air. (iii) Senarai Bersama menyenaraikan bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ada 18 bidang kuasa antaranya kebajikan masyarakat, biasiswa, perancangan bandar dan perlindungan binatang liar.
KESIMPULAN Jentera pentadbiran kerajaan penting kerana ; alat untuk memastikan kelancaran dan kemantapan pentadbiran alat yang menghubungkan antara rakyat dan kerajaan. John Locke seorang ahli falsafah dan undang-undang mengatakan kerajaan diwujudkan atas kehendak dan aspirasi rakyat, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat terjamin.
Sekiranya rakyat tidak mendapat hak-hak mereka adalah menjadi satu hak kepada rakyat untuk mengubah kerajaan yang sedia ada. Ketua pelaksana kuasa eksekutif adalah dilantik menerusi proses pemilihan oleh rakyat atau pilihan raya untuk memastikan suara rakyat diwakili dalam pentadbiran negara ini. Jentera pentadbiran negara berjalan lancar biarpun kerajaan telah bertukar kerana pentadbir bukan dipilih melalui politik.
Para pentadbir awam akan tetap kekal biarpun kerajaan. Kelancaran proses pentadbiran ini akan mewujudkan jentera pentadbiran kerajaan yang mantap dan akhirnya menjadikan negara ini lebih teguh dan kuat dalam mewujudkan masa depan yang lebih cemerlang.