You are on page 1of 16

NOTA RINGKAS

PENGAJIAN AM
S1

NAMA : NISASO

KABINET
 Fungsi kabinet sebagai badan pelaksana eksekutif
Kerajaan Persekutuan
- Membentuk atau menggubal dasar kerajaan
- Mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yg
terdapat dlm senarai kerajaan Persekutuan
- Memberi nasihat kpd yg YDPA berkaitan dgn pentadbiran negara
- Menanggani segala masalah dan kecemasan yg melanda negara

 Fungsi Jemaah Menteri dalam sistem pemerintahan


Malaysia
- Menggubal dasar-dasar Kerajaan Persekutuan samada dasar dlm
negara dan luar negara
- Memberi arahan pelaksanaan dasar untuk dilaksanakan samada di
peringkat kementerian, jabatan dan peringkat kerajaan negeri
- Membentuk JK Kabinet seperti JK Kabinet Bencana Alam, JK Kabinet
Pelaburan Asing dan JK Kabinet Perpaduan.

 Majlis yang ditubuhkan oleh kabinet


- Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Majlis Tindakan Negara
- Majlis Perancang Negara

Perdana Menteri
Syarat kelayakkan sebagai seorang PM
- Mestilah seorang anggota DR
- Mestilah mendapat sokongan majoriti dari kalangan ahli DR
- Memperolehi kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-
undang.
- Mendapat perkenan YDPA

Tugas seorang PM
- Menjadi penasihat kepada YDPA
- Menamakan senarai menteri kabinet utk dilantik oleh YDPA
- Menyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua
dasar kerajaan
- Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan
dalam negara

MRR
Fungsi Majlis Raja-raja

- Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-


Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut
peruntukan-peruntukan jadual 3

- Mempertimbangkan soal-soal dasar negara dan apa-


apa jua perkara lain yang difikirkan patut

- Menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan


atau upacara agama Islam meliputi seluruh
Persekutuan

- Memberi nasihat mengenai pelantikan yang


memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja seperti
pelantikan Ketua Hakim Negara dan Ketua Audit
Negara.

YDPA
Peranan/tugas utama Yang di-Pertuan
Agong mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekutuan

- Melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan


Bumiputera serta menjaga hak dan kepentingan sah
kaum bukan Melayu

- Menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak


beraja dan negeri baginda sendiri

- Berkuasa memperkenankan undang-undang yg tlh


diluluskan di DR dan DN

- Bertanggungjawab mengisytiharkan darurat apabila


berlaku sesuatu yg mencemaskan negara di bawah
Perkara 150.
Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah
Badan Eksekutif
- Melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli
DR
- Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat
MRR diadakan semata-mata untuk membincangkan hal
yg berkaitan dgn keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran raja-raja dan mengambil sebarang
tindakan dlm mesyuarat itu.
- Melantik ahli kabinet atau jemaah menteri atas
nasihat dan cadangan PM
- Melantik ahli suruhanjaya, Ketua Audit Negeri dan
hakim-hakim mahkamah atasan atas nasihat PM
selepas berunding dgn MRR
- Melantik Yang di-Pertuan Negeri atas nasihat PM
selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri
berkenaan.

Peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah


badan Perundangan
- Merasmi pembukaan persidangan Parlimen. Selagi
Yang di-Pertuan Agong tidak merasmi persidangan
parlimen, selagi itulah Parlimen tidak boleh bersidang.

- Mempersetujui atau tidak mempersetujui


permohonan PM Menteri untuk membubar Parlimen
sebelum tamat tempoh 5 tahun.

- Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke


semasa

- Meluluskan RUU yang telah digubal di DR dan DN


kecuali perkara 66(4)

- Melantik senator iaitu seramai 40 orang dari kalangan


orang banyak berjasa kepada negara dan yg blh
mewakili golongan minoriti, 2 orang dari Kuala Lumpur,
masing-masing seorang dari Labuan dan Putrajaya.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong


- Melantik seorang PM dari kalangan ahli DR
- Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan
PM utk membubarkan Parlimen
- Memohon supaya diadakan mesyuarat MRR bagi
membincangkan hal-hal yang berkaitan dgna
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran
raja-raja Melayu.

Perkara yg tdk boleh dilakukan oleh Yang di-


Pertuan Agong
- Tidak boleh menjalankan apa-apa tugas sebagai raja
di negeri baginda kecuali sebagai ketua agama Islam,
meminda Perlembagaan Negeri dan melantik seorang
pemangku raja.
- Tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang
mempunyai apa-apa ganjaran wang.
- Tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dlm apa-
apa syarikat perniagaan dan parti politik.
- Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen /
saraan dari negeri baginda.

Tugas yang dilaksanakan oleh YDPA atas


nasihat PM
- Melantik menteri-menteri cabinet

- Melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah


Rayuan, Hakim-hakim Besar, Hakim- hakim Mahkamah
Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan
Hakim-hakim Mahkamah Tinggi

- Baginda menjalankan tugas sebagai Ketua Negara


atas nasihat kabinet yang diketuai oleh Perdana
Menteri

YANG DI-PERTUA NEGERI


fungsi Yang di-Pertua Negeri

 Melantik Ketua Menteri


 Menyetujui atau tidak menyetujui permintaan
pembubaran DUN
 Melantik Majistret
 Menganugerahkan pingat-pingat kebesaran negeri
 Membuka dan merasmikan persidangan DUN
 Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri/exco
 Memperkenan RUU yang telah diluluskan oleh
DUN
 Melantik penghulu mengikut nasihat Kerajaan
Negeri
 Menjadi Pengerusi Lembaga Pengampunan,
 Mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan
kesalahan di mahkamah awam di negeri masing-
masing

PARLIMEN
Fungsi Parlimen
-Membahas/menggubal/meminda
undang-undang persekutuan.
- Membentang, membahas dan meluluskan bajet
- Membahas/membincang perkara-perkara yang berkaitan
dengan kepentingan rakyat.
- Memeriksa dan menyemak dasar-dasar kerajaan
- Meluluskan hasil-hasil cukai baru
- Mengawal kewangan kerajaan

DEWAN RAKYAT
Bidang kuasa Dewan Rakyat
- Membahaskan hal rakyat dan dasar negara
- Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan
- Menggubal dan meluluskan undang-undang Persekutuan
- Mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan
- Menolak atau melulus undang-undang pindaan Akta atau
Perlembagaan Persekutuan

DEWAN NEGARA
Peranan Dewan Negara
- Membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan rakyat
- Membincangkan dasar kerajaan
- Membahas, dan menangguh atau meluluskan rang undang-
undang, pindaan akta atau pindaan
Perlembagaan
- Memulakan semua rang undang-undang kecuali rang
undang-undang kewangan

Fungsi Jawatankuasa Kira-


kira Wang Negara (PAC)
- Memastikan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen
diuruskan dengan baik
- Membuat teguran dan cadangan tentang pengurusan
akaun awam berdasarkan laporan Ketua Audit Negara

Fungsi kerajaan
- Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan
dan kesejahteraan warganegara
- Menyediakan kemudahan ekonomi
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan
- Memastikan keamanan dan ketenteraman
- Memastikan kestabilan persaingan
- Melindungi alam sekitar
- Menyediakan keperluan asasi
- Memastikan kestabilan ekonomi

Fungsi kerajaan dalam


mentadbir negara
- Menguatkuasa undang-undang
- Merancang,melaksana, menilai dan menyelaras
pentadbiran negara.
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara
luar
- Merancang dan melaksanakan program-program bagi
kesejahteraan hidup rakyat

Peranan Penyimpan Besar


Mohor Raja-raja
- Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang
hendak dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja

- Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari


semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong
atau Majlis Raja-raja

- Menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dan


menyimpan minit-minit mesyuarat

- Mengesahkan semua keputusan mesyuarat Majlis


Raja-raja

-Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja seperti


berkaitan menentukan tarikh puasa dan
tarikh hari raya
Peranan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat (Speaker
Dewan Rakyat)

- Mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat

- Memastikan tatatertib dan peraturan Dewan Rakyat


dipatuhi

- Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang


tidak mematuhi peraturan

- Menjadi jurucakap Dewan Rakyat

- Memaklumkan kekosongan luar jangka kepada


Suruhanjaya Pilihan Raya
Peranan Ketua Audit Negara.

- Memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun


kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,
Kerajaan Tempatan dan agensi-agensi kerajaan

- Menghantar laporan kewangan kepada Yang di-


Pertuan Agong / Raja/ Yang di-Pertuan Negeri yang
kemudiannya akan dibentang di Parlimen/Dewan
Undangan Negeri.

You might also like